Ramai yang percaya bahawa pelakon Minah Hashim yang terkenal dengan watak Mak Minah (filem Masam-Masam Manis) mati dibunuh dalam peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969. Peringatan, artikel ini bukan artikel politik, tetapi untuk menjernihkan suasana.
Mak Minah atau nama sebenarnya Aminah binti Hashim dilahirkan di Muar, Johor pada tahun 1927. Dia mula bergiat aktif di pentas bangsawan pada usia 11 tahun. Salah satu grup bangsawan yang disertainya ialah Bangsawan Aman Belon.
Mak Minah mengikat kontrak dengan Studio Merdeka, Kuala Lumpur pada tahun 1963. Tahun itu saja Mak Minah telah berlakon sebanyak 4 buah filem di mana filem pertamanya berjudul Tangkap Basah, diikuti dengan Fajar Menyinsing, Ibu Ayam dan Anak Manja.
Selepas itu, Mak Minah terus berlakon dalam filem Tun Mandan, Hujan Darah, Jauh Di-Mata, Sitora Harimau Jadian, Dajal Suchi, Masam-Masam Manis, Damaq, Bumiputera, Gadis Langkawi, Do Re Mi, Keluarga 69, Anak Bapak, Ahmad Albab, Kanchan Tirana, Enam Jahanam, Keranda Jingga, Kembang Layu, Gelora dan yang terakhir Putus Sudah Kaseh Sayang.
Mak Minah dikatakan telah mati dibunuh ketika keluar daripada panggung Federal di Jalan Raja Laut, KL. Perutnya terburai akibat dirodok dengan parang (satu lagi versi cerita kena rodok dengan pedang samurai).
Yang menghairankan saya, Mak Minah pernah muncul dalam filem Gelora (1970) dan Putus Sudah Kaseh Sayang (1971). Kedua-dua filem yang diarahkan oleh P. Ramlee ni ditayangkan selepas peristiwa 13 Mei 1969. Macam mana tu?
Pada tahun 2017, Arman Yadi, hero filem Gelora pernah ditemuramah. Soalan yang ditanyakan kepada Pak Arman ialah bilakah filem tersebut dirakam?
Pak Arman jawab shooting dalam pertengahan tahun 1970 dan ditayangkan pada bulan November tahun yang sama.
Kata Pak Arman lagi, filem Putus Sudah Kaseh Sayang pula diselenggarakan oleh P. Ramlee pada awal tahun 1971 dan ditayangkan pada bulan Julai 1971.
Lepas cari punya cari punya cari dari mana datangnya kisah Mak Minah mati dibunuh ni, rupanya ia datang dari satu catatan dalam blog seorang ahli politik yang pernah tulis pasal kisah ni pada 4 Jun 2013.
Anda boleh baca di sini: http://zul4kulim.blogspot.com/2013/06/tanda-putera.html
Kisah Mak Minah mati dibunuh ni bolehlah dikatakan sebagai The Mandela Effect.
Mungkin dalam peristiwa 13 Mei tu ada orang lain yang bernama Mak Minah yang mati dibunuh. Tapi bukan Mak Minah pelakon ni. Mungkin. Lepas ni kalau ada orang up kisah pelakon Mak Minah mati dibunuh lagi anda tak payah percaya. Mengarut je semua ni.
By the way, lokasi Mak Minah Lodging tu masih ada ya. Ia terletak di No 40, Jalan Brunei Selatan, Kuala Lumpur.
Oleh: Azizul Farhan
___
Teringin nak tahu kisah hidup Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee dari awal kelahiran hinggalah hilangnya sebutir permata industri seni negara?
Dapatkan P.RAMLEE, TIADA YANG KEDUA yang akan ke udara ketika PBAKL nanti!
Baca bab-bab awal SECARA PERCUMA di sini: https://thepatriots.store/pramlee/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih