Ketika P. Ramlee ingin mencari pelakon untuk filem Ibu Mertua Ku, beliau mahu Mak Dara sendiri yang melakonkan watak Nyonya Mansur. Pada mulanya Mak Dara menolak tawaran itu kerana dia bimbang tak dapat bawa watak itu dengan baik dan tak mahu menyusahkan P. Ramlee.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

 

P. Ramlee tetap berkeras ingin mengambil Mak Dara berlakon di bawah arahannya.

Kata P. Ramlee: “Tentang kebolehnya berlakon sebagai ibu mertua itu, Mak Dara nombor wahid, chuma perkara hendak menghafalkan senikata2-nya itu sebagai hendak mengasah parang yang berkarat”

Oleh kerana melihat P. Ramlee bersungguh-sungguh mahukan khidmat lakonannya, Mak Dara bersetuju untuk menerima tawaran itu. Filem Ibu Mertua Ku adalah filem arahan P. Ramlee yang paling lama untuk disiapkan iaitu 6 bulan.

Mak Dara tidak boleh membaca kerana dia buta huruf. Untuk berdialog, dia akan diajar dan berlatih dengan penolong pengarah S. Sudarmadji.

S. Sudarmadji akan melukis simbol-simbol pada setiap dialog untuk memudahkan Mak Dara menghafal dan belajar tinggi rendah tonasinya serta gerak tubuh yang sesuai dalam sesebuah babak.

Kehebatan lakonan Mak Dara amat teserlah dalam filem tersebut. Apabila disebut nama Mak Dara atau NYONYA MANSUR, pasti ramai akan terbayang wataknya yang kejam itu. Ia telah menjadi salah satu watak cult dalam sejarah perfileman Melayu.

Mak Dara mula berlakon di pentas bangsawan sebagai penari. Selepas banyak kumpulan bangsawan gulung tikar, seperti anak wayang lain Mak Dara beralih angin ke layar perak. Sebagai pelakon bebas yang tidak terikat dengan mana-mana studio, Mak Dara telah berlakon dalam 26 buah filem.

Filem-filem lakonan Mak Dara

Ibu Tiri (1941), Berdosa (1951), Norma (1951), Perkahwinan Rahsia (1951), Penarek Becha (1955), Anak-Ku Sazali (1956), Sultan Mahmood Mangkat Di-Julang (1961), Singapura Dilanggar Todak (1961), Sri Mersing (1961), Lela Satria (1961), Yatim Mustapha (1961), Puteri Gunong Ledang (1961), Siti Zubaidah (1961), Jalak Lenteng (1961), Ibu Mertua Ku (1962), Tun Fatimah (1962), Siti Payong (1962), Mabok Kepayang (1962), Tangkap Basah (1963), Ibu Ayam (1963), Rumah Itu Dunia Aku (1963), Darah Muda (1963), Budi dan Dosa (1963), Jeritan Batin (1964), Aksi Kuching (1966) dan yang terakhir Mat Toyol (1969).

Mak Dara meninggal dunia di Singapura pada 16 Februari 1970 akibat sakit tua. Tarikh 16 Februari itu juga merupakan hari lahirnya. Mak Dara meninggal dunia pada usia 63 tahun. Ramai sahabat seperjuangannya turut menyatakan kesedihan mereka di atas pemergian Mak Dara.

Al-Fatihah…


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang peminat sejarah filem tanah air. Suka menonton filem-filem Melayu hitam putih, terutama sekali arahan Hussain Haniff dan M. Amin.

Comments are closed.