Dahulu, hidup masyarakat Melayu sebelum Islam memilih kepercayaan animisme sebagai pegangan spiritual kami.

Malah ia kekal lama juga sekalipun Islam telah hadir ke Nusantara. Hanya apabila Islam bertebaran dengan lebih berkesan dan menjadi lebih menyeluruh, barulah pegangan animisme dan kepercayaan khurafat ini beransur-ansur ditinggalkan.

Sekalipun berpegang kepada kepercayaan animisme, masyarakat Melayu ketika itu tidak lekang dengan sambutan perayaan atau keraian yang hanya unik kepada bangsa Melayu.

Ia bolehlah dianggap seperti Tahun Baru Cina untuk kaum Cina, Pesta Kaamatan yang unik kepada masyarakat Dusun, ataupun seperti Gawai yang unik kepada Dayak.

Salah satunya ialah perayaan ‘Main Pua’. Ia diraikan selepas selesai aktiviti mengempang air dan membina sistem pengairan menandakan bermulanya musim menanam padi, salah satu aktiviti ekonomi utama Melayu pada masa itu.

Ia diraikan dengan meluncurkan batang pokok pua yang keras dan padat (digambarkan seperti batang bunga kantan) kepada orang lain, berkejaran dengannya, sama seperti perbuatan menyimbah air kepada orang lain dalam Pesta Songkran di Thailand, atau membaling tomato masak dalam Pesta La Tomatina di Valencia, Sepanyol.

Pokok ini tumbuh melata di tebing sungai. Jika tidak ada, pokok keladi bahang dijadikan ganti.

Keraian tersebut yang dimulakan selepas selesai membina empang, hanya akan tamat apabila senja menjelang.

Pagi esoknya, seawal matahari terbit, Pesta Main Pua akan bersambung dengan upacara penyembelihan kerbau, satu lagi komoditi penting masyarakat Melayu sejak zaman berzaman.

Daging kerbau yang dikorbankan akan diraikan dalam kenduri yang diusahakan secara gotong royong di dalam sesebuah komuniti itu.

Hati dan limpa kerbau tersebut akan tetap dimasak tetapi kemudiannya diasingkan, sebelum ia akan diletakkan di dalam dulang beralas dan ditutup dengan daun pisang, kemudiannya dihantar ke hulu sungai yang mengairi kawasan padi mereka ketika itu.

Hati dan limpa itu disediakan untuk menjadi persembahan kepada ‘Tok Puaka’ atau semangat sungai yang dipercayai menjaga aliran sungai, mengairi dan menyuburkan padi yang dikerjakan kelak.

Hanya selepas ‘Main Pua’ dirayakan, barulah komuniti Melayu tersebut akan memulakan kerja menanam padi.

Itulah dianya, antara perayaan atau pesta yang diraikan suatu ketika dahulu ketika masyarakat Melayu di Tanah Melayu masih memegang kepada kepercayaan animisme sebelum tiba malah masih diamalkan sebelum Islam benar-benar meresapi ke seluruh pelusuk Nusantara.

Dari catatan temubual; Y. Bhg Dato’ Haji Muhamad Bin Haji Yassin Ahli Jawatankuasa Unit Adat Perpatih Lembaga Muzium Negeri Sembilan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

Comments are closed.