Mahavira (bermaksud ‘Wira Ulung’) merupakan seorang ketua agama dalam kalangan masyarakat India purba, yang turut dipercayai sebagai pengasas Jainisme

Namun ramai juga yang menganggap agama Jain sudah wujud sejak sekian lama dan Mahavira hanya bertanggungjawab menghidup dan memperbaharuinya sahaja.

Mahavira juga dihormati dalam kalangan penganut Jain sebagai Tirthankara ke-24 (Tirthankara bermaksud ‘orang yang telah merentasi sungai Samsara’). Beliau hidup pada kurun ke-6 Sebelum Masehi dan berkemungkinan sezaman dengan Buddha.

Sama seperti pengasas Buddhisme, Mahavira dilahirkan dalam kelas sosial Kshatriya dan membesar sebagai seorang putera. Namun kemudian, beliau meninggalkan kesenangan dunia untuk menjadi seorang pertapa.

Selepas meraih kevala atau pencerahan, Mahavira mengembara sebagai seorang guru kerohanian yang bertanggungjawab menuntun murid-muridnya mencapai kevala. Beliau juga dikatakan telah meraih moksha, atau pembebasan diri dari kitaran kem4t1an dan kehidupan semula, dan meninggal dunia pada usia 72 tahun.

Imej Mahavira dari koleksi peribadi Jules Jain

KEHIDUPAN AWAL MAHAVIRA

Menurut sumber tradisi, Mahavira dilahirkan pada tahun 599 Sebelum Masehi dalam sebuah keluarga diraja yang menetap di Bihar moden. Nama asalnya adalah Vardhamana (bermaksud ‘bertambah’ atau ‘tumbuh’), yang menyimbolkan kelimpahan harta-kemewahan keluarga dek kelahirannya.

Bapa Mahavira bernama Siddharta, seorang raja (yang memerintah Nata atau Jnatri) manakala ibunya pula sama ada seorang Brahmin bernama Devananda atau seorang Kshatriya bernama Trishala/Videhadinna/Priyakarini.

Menurut penganut Jain, selepas Mahavira dilahirkan, beliau diambil oleh Indra si raja dewa dalam Hinduisme untuk dimandikan di sungai susu kayangan dan menjalani upacara yang selayaknya bagi seseorang yang bakal menjadi Tirthankara.

Harinaigameshin membawa bayi Mahavira kepada Ratu Trishala, imej dari Kalpasutra

Ada juga sumber yang mendakwa beliau hidup membujang sepanjang usia, walaupun sumber lain menyatakan beliau sempat berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan sebelum menjalani kehidupan bertapa.

Berikutan statusnya sebagai putera seorang raja (atau pembesar), Mahavira hidup dalam serba kemewahan. Namun, kehidupannya berubah setelah mencapai usia 30 tahun di mana beliau mengubah gaya hidup lama menjadi lebih sederhana dan kedana.

MENJALANI KEHIDUPAN SEBAGAI PERTAPA

Sepanjang 12 tahun setengah, Mahavira bermeditasi, berpuasa, dan menyerahkan tubuhnya dijamah alam, haiwan, dan serangga. Beliau juga menghindari sebarang tingkah ingkar, khususnya meng4nc4m dan menggangu hidupan-hidupan lain.

Pertapaannya ini dipercayai bertujuan untuk menundukkan nafsu syahwat dan keterikatannya pada duniawi. Dakwa sumber Jain lagi, Mahavira kononnya berjaya mencapai kevala dan tidak hanya berhenti di situ, beliau turut membimbing anak-anak muridnya untuk turut mencapai pencerahan yang sama sepertinya.

Ajaran Mahavira kebanyakannya berasaskan ajaran yang disebarkan oleh Parshavanatha, iaiu Tirthankara ke-23. Penganut Jain mempercayai bahawa Mahavira bukanlah pengasas agama mereka, sebaliknya hanya bertanggungjawab memperbaharui dan menyusun-kemas doktrin mitologi, kosmologi, dan sistem kepercayaan metafiziknya.AJARAN-AJARAN MAHAVIRA

Mahavira juga menggubal peraturan hidup buat sami-sami, biarawati-biarawati dan pengamal Jain secara umum. Sebelum men1ngg4l dunia, beliau sempat membimbing seramai 14 000 orang sami dan 36 000 orang biarawati.

Intisari ajaran beliau berkisar pada lima sumpah setia (mahavratas) – iaitu menghindari perbuatan z41im (ahimsa), berlaku jujur (satya), tidak sesekali mencvri (asetya), memelihara kesucian diri (brahmacharya), dan ketidakterikatan pada duniawi (aparigraha).

Ahimsa merupakan salah satu intipati ajaran Mahavira yang meninggalkan kesan berpanjangan dalam falsafah India. Kelima-lima sumpah setia ini bertujuan untuk membimbing para pengikut Mahavira dalam mencapai kevala. Mahavira menghembuskan nafas terakhirnya di Pava, Bihar, pada tahun 527 Sebelum Masehi ketika berusia 72 tahun.

Jata agama Jain dengan ‘Lima Sumpah Setia’

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.