Aku terbaca satu artikel yang diterbitkan oleh Majalah tersohor Foreign Policy (FP) yang menyatakan Dasar Luar Negeri Malaysia kini hanya boleh ‘diakses’ dari minda YAB Tun Dr Mahathir.
FP juga terus berhujah menyatakan minda YAB Tun juga lebih jelas terarah pada kurun ke-20 dan terdapat sedikit ‘kebimbangan’ bagaimanakah Malaysia akan melalui cabaran abad kini baik dari geopolitik, ekonomi dan orde dunia baru.
Penulisan ini juga mengingatkan aku pada ucapan YAB Tun sewaktu di Tokyo baru-baru dimana beliau menekan pentingnya berunding dengan kuasa besar secara ‘berjemaah’ dari ‘berseorangan’
Mengenai kestabilan Laut China Selatan dan Selat Melaka, YAB Tun menyarankan agar semua kapal-kapal tentera di kedua perairan berkenaan ‘dinyahkan’ secara total.
Umum mengetahui bagaimana Beijing berkeras bahawa “9 dash-line” adalah sempadan wilayahnya tanpa kompromi. Ini adalah ketetapan China hatta siri ‘gertakan’ dari Amerika Syarikat (US) dan sekutunya untuk perairan itu bebas dari kawalan mana-mana kuasa khususnya China.
Kita juga masih ingat beberapa siri Sidang Kemuncak ASEAN yang ada diantaranya tidak berjaya mencapai konsensus mengenai Laut China Selatan.
Kemboja sebagai salah satu negara anggota ASEAN bertegas untuk tidak menggunakan ‘strong languages’ atau kenyataan keras pada China. Filipina pula sewaktu dibawah Presiden Benigno Aquino III dengan sokongan US bertindak membawa isu ini ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa di The Hague.
Pada waktu dan ketika itu, Beijing berkeras hanya akan menggunakan keadah rundingan dua hala (bilateral) dengan negara ASEAN yang mempunyai tuntutan bertindih.
Menyedari hal kesulitan secara ASEAN (multilateral), Malaysia dibawah Perdana Menteri yang lepas YB Datuk Sri Najib Razak memaksimakan “special relationship” yang dimulakan oleh Allahyarham Ayahandanya, Tun Razak untuk mendapat manfaat dari ‘Great Expansion China Global Influence’ i.e Belt and Road Initiative (BRI) untuk redakan ketegangan dan mendapatkan sokongan ekonomi.
Secara kasarnya, semuanya tampak akan berubah dibawah YAB Tun Mahathir. Sejarah jelas mencatatkan yang Tun lah mengungkapkan falsafah tersohor “Prosper Thy Neighbors” untuk memajukan rantau ini, sekaligus menjadikan ia rantau yang aman dan makmur.
Bersama-sama sahabat-sahabat beliau seperti Presiden Sukarno, Perdana Menteri Lee Kuan Yew, ASEAN diperkukuhkan dan perdagangan diantara jiran dipertingkatkan. Jangan lupa Wilayah Perdagangan Bebas ASEAN (ASEAN Free Trade Area (AFTA)) ditandatangani pada tahun 1994 oleh 6 anggota asal ASEAN.
Maka kini, ASEAN sudah berubah, Dunia juga sudah berubah. ASEAN kini punya 10 negara anggota dan konsensus dari setiap satunya diperlukan tanpa gagal, untuk menjayakan apa-apa diperingkat ASEAN baik dari Teras Politik-Keselamatan, Ekonomi dan Sosio-Budaya.
Bagaimanakah YAB Tun mahu menggerakkan ASEAN untuk menghadapi Beijing dan kemungkinan campur tangan kuasa-kuasa lain seperti US, Jepun, Rusia dan Kesatuan Eropah.
Jangan kita lupa, kuasa-kuasa ini jugalah yang menyalurkan puluhan billion dollar perlaburan dan bantuan di dalam ekonomi dan keselamatan negara anggota ASEAN.
Kembalinya YAB Tun Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia, salah sebuah negara pengasas dan antara arkitek awal kepada kestabilan ASEAN masa kini boleh mengukuhkan kembali ASEAN untuk bertindak sebagai SATU SUARA, SATU UNIT?
Pendapat aku? Sukar kerana perubahan itu banyak dan pantas. Tapi kita jangan pandang rendah pada YAB Tun M, gerak hati aku menyatakan sisi ‘realist’ beliau akan lebih mencorakkan Dasar Luar Negeri kita khususnya ASEAN.
Jika beliau berjaya, maka benarlah “The Don is coming back”. Di dalam senarai Ketua-Ketua Kerajaan anggota ASEAN, hanya Hun Sen, Perdana Menteri Kemboja mungkin akan mengalukan ‘rakan lama’. Bagaimanakah dinamika dua don ini kelak.
Sama-sama kita nantikan
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih