Bila borak pasal politik China dulu kala, biasanya nama-nama lelaki yang mendominasi catatan sejarah. Baik maharaja, jeneral, mahupum cendekiawan. Tapi, ada seorang wanita yang berjaya mencabar tradisi itu. baginda rampas takhta dan memerintah sebuah empayar besar dengan penuh kuasa.

Wanita itu ialah Wu Zetian, satu-satunya wanita bergelar emperor dalam sejarah China.

Wu Zetian dilahirkan sekitar tahun 624 Masihi ketika Dinasti Tang baru mula naik. Dari awal, gaginda sudah berbeza dengan wanita sezamannya. Gadis-gadis lain diajar untuk patuh, manakala Wu terkenal dengan kecerdikan, ketajaman politik dan lidah yang tajam.

Baginda mula masuk ke istana sebagai gundik Maharaja Taizong, tetapi selepas kematian baginda, Wu tidak berhenti di situ. Dengan penuh strategi, baginda kembali ke istana dan berjaya memikat hati anak Taizong, Maharaja Gaozong. Dari situlah, karier politik Wu Zetian bermula.

Selepas Gaozong jatuh sakit, Wu menjadi kuasa sebenar di sebalik takhta. Baginda kawal politik, atur strategi ketenteraan dan bina rangkaian pengikut setia. Malah, selepas kematian Gaozong, Wu tidak sekadar menjadi permaisuri balu. Baginda terus naik ke puncak.

Pada tahun 690 Masihi, Wu Zetian secara rasmi isytiharkan dirinya sebagai Maharaja Dinasti Zhou, lantas memadam sementara Dinasti Tang untuk menubuhkan dinasti sendiri.

Bayangkan betapa besar keberanian itu. Dalam budaya Konfusian yang menolak wanita sebagai pemimpin, Wu Zetian berjaya tumbangkan semua halangan. Baginda dikenali sebagai penguasa yang tegas, malah kejam dalam menyingkirkan musuh politik.

Ramai musuh politik baginda lenyap dan hilang dari istana dan sejarah tradisional sering menggambarkan Wu sebagai wanita penuh licik. Namun di sebalik reputasi gelap itu, baginda juga melakukan reformasi besar.

Wu Zetian meluaskan sistem peperiksaan awam, memberi peluang lebih ramai rakyat biasa memasuki birokrasi, bukan hanya anak bangsawan. Baginda juga memperkukuh ekonomi, memperluas wilayah empayar dan melindungi kedudukan China di pentas antarabangsa. Pada zaman pemerintahan Wu, status wanita sedikit terbuka berbanding sebelumnya.

Wu Zetian memerintah selama hampir setengah abad. Ini adalah sesuatu hal yang luar biasa untuk mana-mana penguasa, apatah lagi seorang wanita di tengah budaya patriarki. Selepas kematian WU pada 705 Masihi, Dinasti Tang dipulihkan, dan sejarawan tradisional cuba “memburukkan” imej Wu.

Namun, generasi moden melihat Wu Zetian sebagai seorang “girlboss” terawal dalam sejarah China. Wu ini wanita yang bukan saja berani melawan norma, tetapi juga berjaya buktikan kemampuan sebagai pemimpin politik dan pentadbir empayar.

Hari ini, kisah Wu Zetian jadi inspirasi: bahawa dalam dunia yang penuh sekatan, ada wanita yang berani merampas kuasa dan menulis sejarahnya sendiri.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Comments are closed.