Bangsa Arab berdepan dengan stigma sejarah. Memang benar sebelum kedatangan Islam, ada kawasan yang mengamalkan sistem jahiliyah. Hampir setiap amalan Arab ketika itu seolah-olah menghampiri kancah kehancuran.

Semua orang tahu tentang bayi perempuan ditanam hidup-hidup. Tetapi ramai tidak tahu bahawa Arab meletakkan darjat mulia pada golongan bangsawan, hingga sudi membiarkan isteri sendiri hamil dengan benih bangsawan.

Jahiliyah memang berlaku dan mengundang aib pada bangsa Arab. Namun bukan semua Arab pra-Islam itu jahil.

Tidak pasti zaman bila lembah kejahilan sebegini bermula. Namun Arab sebelum kedatangan Islan pernah menggapai status tinggi. Bukan setakat jaguh kampung. Bangsa Arab pernah dijulang sebagai penguasa agung Rom pun.

Ada sebab kenapa ramai salah sangka yang semua penguasa Rom berkulit cerah ala-ala bangsa Itali. Faktornya adalah kerana nama maharaja Rom yang kelihatan sama.

Empayar Rom adalah seperti Amerika Syarikat, yang beridentiti sendiri. Senang cakap, semua amalan dan tradisi bangsa dianggap “budaya Rom”. Jadi siapalah akan sangka yang Marcus Julius Philippus sebenarnya berbangsa Arab?

Mengenali Asal-Usul Maharaja Philippus

Tidak banyak yang ditulis tentang asal-usul Maharaja Philippus. Ada teori (yang disangkal sejarawan) mengatakan baginda berdarah bawahan, dengan bapanya Julius Marinus adalah ketua penyangak (Zahran, 2001).

Kerana Marinus dipercayai menyandang jawatan penting dalam hierarki awam Rom. Marinus berkahwin dengan seorang wanita (tidak dikenali) yang melahirkan Philippus dan Gaius Julius Priscus.

Gandingan Philippus dan Priscus benar-benar menjadi. Priscus menjadi seorang Pengawal Praetoria dibawah Maharaja Gordian III (238-244). Semasa berperang melawan Parsi, pihak Rom kehilangan seorang pemimpin bernama Timesitheus.

Jadi ada kerusi kosong dalam politik Rom. Maka Priscus pun berfikir dengan licik. Beliau meletakkan nama Philippus sebagai pengganti, yang diperkenan Gordian.

Ketika itu, Gordian baru melangkaui usia 18 tahun. Jadi Philippus dan Priscus merencanakan rancangan untuk berkuasa di sebalik tabir dengan nama Gordian (Syvanne, 2021).

Seorang Arab Sebagai Maharaja Rom

Rancangan ini tidak menjadi. Gordian mangkat pada Februari 244, masih mentah dan tanpa sebarang legitimasi sendiri. Takhta pun turun kepada Philippus yang pantas menokhtahkan perjanjian damai dengan Parsi. Baginda kemudian bergegas balik ke Rom untuk mengukuhkan kedudukannya dalam Dewan Senat.

Tempoh Pemerintahan

Untuk menyedapkan hati anggota-anggota politik, Philippus kerap menunggang adat istiadat dan hukum-hakam Rom. Namun baginda tidak pandai dari segi tadbir urus. Pertama sekali, baginda perlu membayar ufti sangat mahal kepada Parsi. Kemudian baginda perlu menyogok kalangan tentera yang menyokong kepimpinannya.

Sudahlah poket koyak kiri kanan, Philippus mengisytiharkan sambutan Ludi Saeculares sempena ulang alaf pertama sejak kota Rom diasaskan. Sambutan ini memang menyedapkan hati rakyat.

Cuma baginda pergi bina kota Philippopolis di tanah Syam itu yang menimbulkan tanda tanya kerana cukai habis naik melambung.

Sudahlah tidak pandai bertadbir urus, Philippus tidak arif dalam bab menjaga pertalian diplomasi pun. Pada tahun 248, Philippus berdepan dengan pencabar-pencabar takhta. Kadar cukai dan kezaliman Priscus menyebabkan Marcus Jotapianus angkat senjata demi rakyat di sebelah timur. Philippus tidak dapat menyelamatkan saudara serahimnya, kerana baginda sendiri berdepan dengan Tiberius Pacatianus.

Memang tradisi Rom – kalau seorang bangkit mencabar, ramai akan bangkit. Selepas dua anggota politik ini, Marcus Silbannacus dan Sponsianus pun mencuba nasib tetapi tidak ke mana. Mungkin sebab Sponsianus terlalu spontan dan tidak fikir panjang.

Pencabar paling hebat dalam kalangan mereka adalah Gaius Decius yang menjatuhkan Philippus dalam sebuah peperangan saudara.

Kekalahan Philippus di Verona pada tahun 249 mengakhiri kepimpinan seorang Arab di empayar paling berkuasa itu. Sebaik sahaja Philippus mangkat, Decius pun kembali ke Rom untuk dijulang sebagai maharaja baru.

RUJUKAN:

Syvanne, I. (2021). Gordian III and Philip the Arab: The Roman Empire at a Crossroads. Pen and Sword Military. Halaman 144.

Zahran, Y. (2001). Philip the Arab: A Study in Prejudice. Stacey International. Halaman 18.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.