Sesungguhnya, Monarki Jepun merupakan monarki tertua di dunia. Tetapi persoalannya, seberapa tuakah monarki Jepun yang disebut-sebut itu sehingga mampu bertahan sehingga ke hari ini? Apakah sezaman dengan monarki Kedah atau Inggeris yang turut didabikkan usia ketuaannya? Untuk rekod, mitologi Jepun menceritakan kepada kita bahawa sekurang-kurangnya monarki Jepun bermula seawal 660 SM lagi. Kira-kira sekitar 100 tahun lebih awal daripada tarikh rasmi tamadun Melayu terawal setakat ini iaitu Tamadun Sungai Batu.
Nama Jimmu ditemui dalam rekod rasmi dalam sejarah Jepun sekurang-kurangnya dalam dua hikayat Jepun pada abad ke-8, merujuk kepada legenda Jimmu ini ialah Kojiki dan Nihon Shoki yang memberitahu kita tentang era pemerintahan Maharaja Jimmu (11 Februari 660 SM – 9 April 585 SM). Untuk pengetahuan semua, era Jimmu memerintah Jepun dikenali sebagai era awal pemerintahan manusia kerana sebelum ini, Jepun seperti mana yang diceritalam dalam mitologi mereka, berada dalam Zaman Dewa-Dewi.
Meski pemerintahan Jimmu bermula sekitar 660 SM, namun kelahirannya dikatakan jauh lebih awal daripada tempoh pemerintahannya, sekurang-kurangnya untuk 13 Februari 711 SM. Dikatakan bahawa Maharaja Jimmu adalah daripada keturunan Dewi Matahari bernama Amaterasu memalui jaluran ayahnya. Daripada jalur keturunan Jimmu inilah, Maharaja Jepun hari ini mendakwa dirinya layak untuk takhta Jepun kerana bersambung terus dengan keturunan Amaterasu.
Kisah bagaimana Jimmu berjaya menjadi maharaja Jepun agak menarik untuk dibincangkan. Dalam mitologi Jepun, diceritakan bahawa mereka memulakan migrasi ke bahagian Jepun adalah daripada Selatan Jepun, di wilayah sekitar Takachiho. Mereka mula bergerak menuju ke arah timur untuk mencari lokasi paling strategik untuk pentadbiran. Perjalanan mereka membawa mereka sampai ke Osaka hari ini.
Di sana, mereka berjumpa dengan puak-puak tempatan yang bermaustatin di sekitar Osaka yang dipanggil sebagai Nagasunehiko yang bermaksud manusia yang berkaki panjang. Abang Jimmu yang bernama Itsuse no Mikoto terbunuh dalam pertempuran menentang puak lokal ini. Kononnya sebab utama kekalahan mereka ialah sebab menentang musuh mereka dalam arah yang membelakangkan matahari. Lalu mereka pun menukar arah dengan menghadap matahari lalu menghadapi kemenangan ketika di Yamato.
Di sana, barulah dinasti monarki Jepun hari ini didirikan dan Jimmu terus dinaikkan sebagai maharaja pertama Jepun. Dari situlah Dinasti Yamato yang terkenal hari ini didirikan. Jimmu kemudiannya mangkat pada usia 126 tahun dan dimakamkan berhampiran dengan wilayah Kashihara. Makamnya masih boleh dilawat lagi di Jepun hari ini. Keturunan-keturunan Maharaja Jimmu masih memerintah dan memegang takhta Maharaja Jepun sehingga ke hari ini. Untuk rekod, Maharaja Jepun kini ialah Maharaja Akihito (maharaja Jepun yang ke 125) yang menaiki takhta sejak tahun 1989.
Apa yang menarik, dikisahkan di dalam mitos mereka, seekor burung ‘raven’ berkaki tiga yang dikenali sebagai Yatagarasu, telah memberi panduan dan alamat kepada Maharaja Jimmu menyeberang laut dari Tanah Besar untuk membuka negara Jepun. Kalau kita perasan di dalam logo pasukan bola sepak kebangsaan Jepun, burung ini padanya dijadikan simbol dengan satu dari tiga kakinya memegang bola.
Sebenarnya mitos haiwan serta mergastua memandu raja ni bukannya berbeza sangat dengan kita. Orang Melayu ada mitos Kancil menendang anjing pemburu Parameswara hingga jatuh ke Sungai Melaka, memberi alamat kepada Parameswara untuk membuka Melaka.
Malah lebih lama dari itu terdapat pengkisahan di dalam Hikayat Merong Mahawangsa tentang bagaimana burung Jentayu membantu Raja Merong Mahawangsa seperti berikut;
“Maka Raja Merong Mahawangsa pun menarik busar anak panah yang bernama Ayun-ayunan itu keudara, bergemuruhlah bunyinya seperti halilintar membelah. Maka Raja Merong Mahawangsa pun segera memanah dengan anak panahnya Berana Pura itu keudara bergemuruh perginya hendak mengenai burung geruda itu.
Demi dilihat oleh Raja Merong Mahawangsa hal anak panahnya itu tewas tiada jua memberi bekas pada burung geruda itu, maka terlalulah marahnya lalu dibalas pula suatu anak panahnya, dipanahkan naik keudara bergempita gemuruh bahananya di dalam laut itu, seketika datanglah seekor burung jentayu menghambat burung geruda.”
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih