Per.ang Dunia Pertama mungkin menjadi per.ang terakhir, atau yang paling banyak merakamkan detik-detik yang penuh nilai-nilai kemanusiaan, amanah, maruah dan penghormatan, diberi kepada tentera walaupun di pihak musuh. Peristiwa gencatan sen.jata demi meraikan Krismas di tengah-tengah pertem.puran antara Britain dan Jerman adalah salah satu contoh.

Namun, kisah kali ini melibatkan dasar simpati dan perikemanusiaan telah diberikan oleh seorang maharaja kepada seorang tentera musuhnya sendiri yang sangat amanah dan mengotakan janji

Kapten Robert Campbell memulakan kerjaya dalam Tentera Diraja British pada tahun 1903 di usia 18 tahun. Tak lama selepas Per.ang Dunia Pertama tercetus, pada Julai 1914 Campbell dan pasukan tentera yang dipimpinnya, Batalion Pertama Rejimen Surrey Timur telah dihantar ke terusan Mons-Condé di barat laut Perancis.

Bukti pembebasan Kapten Campbell melalui kiriman telegram dari Belanda.

Seminggu kemudian, selepas menghadapi ser.angan tentera Jerman, Kapten Campbell ced.era parah dan akhirnya dia ditangkap. Dia kemudian dirawat di hospital tentera Jerman di Cologne, dan setelah sembuh sedikit, dia dihantar ke kem ta.wanan per.ang (POW) di Magdeburg, Jerman.

Tiada satu pun daripada semua perkara ini menjadikan Kapten Campbell sangat unik dalam “per.ang yang akan mengakhiri segala per.ang.”  Antara tahun 1914 dan 1918, kira-kira 10 juta orang awam dan askar telah ditangkap dan dikebumikan di pelbagai kem tahanan.

Apa yang membuatkan kisah Campbell menjadi berbeza adalah satu peristiwa menarik yang berlaku dua tahun selepas penangkapannya. Ketika itu dia sudah berusia awal 30-an.

Kapten Campbell mendapat berita bahawa ibunya, Louise, sedang uzur kerana menghidap kan.ser. Tanpa berfikir panjang Campbell segera menulis surat kepada Kaiser Wilhelm II untuk memohon ehsan agar dibenarkan mengambil cuti supaya dia dapat menjenguk ibunya sementara masih sempat.

Kapten Robert Campbell.

Apa yang mengejutkan, Kaiser Wilhelm memberi keizinan, dia memberikan cuti selama dua minggu dengan syarat Campbell “berjanji sebagai seorang pegawai Tentera British bahawa dia akan kembali.”

Selepas dia memberikan janjinya, Kapten Campbell benar-benar dibebaskan. Pun begitu, catatan tentang bagaimana dia berjaya melalui perjalanan pulang ke rumah telah hilang dalam sejarah, tapi penemuan dari rekod Arkib Negara di England mendapati dia mungkin mengembara melalui Belanda dan kemudian menaiki bot ke Kent.

Apabila tiba di rumah, dia menghabiskan masa seminggu bersama ibunya sebelum kembali ke kem tahanan di Jerman dengan cara yang juga masih menjadi satu misteri.

Tentera Jerman dan Britain saling memimpin tentera masing-masing yang ced.era.

Tak ada sebarang penjelasan yang direkodkan dalam arkib tentera British yang menyebut tentang mengapa tiada seorang pun dalam tentera yang cuba menghalang kepulangannya ke kem tahanan, tetapi mungkin atas dasar maruah seorang pegawai British yang dipertaruhkan ada kaitan dengannya.

Walau bagaimanapun, pada Februari 1917, ibu Kapten Campbell akhirnya meninggal dunia semasa dia masih berada di dalam tahanan.

Mungkin kerelaannya itu dianggap sebagai satu penghormatan atau tugasan, sebaik saja Kapten Campbell kembali ke kem tahanan, dia dan sekumpulan tahanan lain menghabiskan masa sembilan bulan berikutnya menggali terowong keluar dari kem mereka.

Projek terowong ini sebahagiannya berjaya kerana mereka dapat menggunakannya untuk melarikan diri dari kem, tetapi mereka telah ditangkap berhampiran sempadan Belanda dan dihantar pulang.

Kaiser Wilhelm II

Kita mungkin menyangkakan bahawa kisah Kapten Campbell dan sifat belas kasihan dan niat baik di pihak Kaiser Wilhelm II ini mungkin akan memberi inspirasi kepada pihak British untuk melakukan perkara yang sama, tapi tidak.

Seorang tahanan per.ang dari Jerman bernama Peter Gastreich sedang ditahan di Isle of Wight semasa dia mengetahui keadaan bapanya yang sedang nazak. Dia kemudian memohon dibenarkan cuti untuk pulang menziarahi bapanya.

Laporan tentang permohonan askar Jerman yang ditolak British

Tetapi Jabatan Ta.wanan Per.ang British secara ringkas menentang permohonan ini, dengan kenyataan dalam surat yang berada di Arkib Negara dan ditemui oleh ahli sejarah dan pengarang British, Richard van Emden, lalu dimasukkan ke dalam bukunya:

‘I am to acquaint you, for the information of the Controller, that the Council regret they are unable to agree to this. They cannot recognise the temporary release, on parole, of Captain Campbell as a precedent for such concessions. They were not consulted before leave was granted to this officer by the German Government and would not have consented to such a proposal had it put before them.’ 

Mengimbas kembali kejadian itu hari ini, agak sukar hendak memahami pendirian pihak berkuasa British mengenai perkara itu dan mengapa mereka berasa terlalu berat untuk menunaikan hasrat seorang askar yang tiada kepentingan untuk terus ditahan agar dia dapat pulang menziarahi bapanya yang sedang t.enat.

Tentera Amerika Syarikat membantu tentera Jepun menyalakan rokok semasa Per.ang Dunia Kedua.

Menjelang berakhirnya per.ang, Kapten Campbell bersama-sama dengan ta.wanan per.ang yang lain dibebaskan dan kekal dalam Tentera Diraja British sehingga dia bersara pada tahun 1925. Apabila Per.ang Dunia II bermula, Campbell menyertai semula tentera dan berkhidmat sebagai Ketua Pemerhati Royal Observer Corps di Isle of Wight. Dia meneruskan hidup dan meninggal dunia pada tahun 1966.

Per.ang, amat menya.kitkan, namun pada waktu itu manusia masih lagi menjunjung tinggi nilai maruah, masih punya belas ehsan, apa yang dijanji harus dikotakan, cukup berbeza dengan dunia hari ini di mana seseorang akan berjanji demi kepentingan politik dan tanpa belas kasihan dia mengkhia.nati janji-janjinya.

Itu baru pilihanraya, belum peperan.gan yang sebenar lagi.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.