Jika hari ini kita bertanya kepada orang-orang Cina yang konservatif tentang siapakah Maharaja China era imperialis yang paling berpengaruh dalam sejarah, pasti ada segelintir dari kita mengagak mereka akan menjawab pengasas Dinasti Qin merangkap maharaja pertama yang menyatukan seluruh China iaitu Qin Shi Huangdi, tetapi rata-rata kajian sosial menunjukkan golongan tradisionalis China lebih memuja Maharaja Han Wudi dari Dinasti Han.

Maharaja Han Wudi dianggap sebagai yang pemerintah yang paling hebat dari kesemua maharaja Han, bahkan adakalanya mengatasi prestasi pemerintah Dinasti Qin sebelumnya, Maharaja Qin Shi Huangdi kerana peranannya bukan sekadar memperluaskan sempadan kuasa Dinasti Han, bahkan beliau berjaya mengekalkan tempoh kemakmuran dalam sebuah empayar pemerintahan yang berpusat pada masa yang sama menundukkan mvsuh-mvsuhnya yang kuat.

Maharaja Wu dari Dinasti Han juga dikenali sebagai Han Wudi telah memerintah Han dari tahun 141–87 SM. Sebagai seorang yang giat melancarkan kempen yang berani dan bertenaga dari semua tokoh Dinasti Han, dia merupakan tokoh yang mendapat penghormatan tertinggi dari sejarawan tradisional China kerana peranannya dalam memperluas wilayah China dan mewujudkan sebuah negeri yang makmur dan berpusat yang dikenang hari ini sebagai salah satu tempoh terhebat dalam sejarah China.

Dilahirkan pada tahun 157 SM dengan nama kelahiran Liu Che, bakal pemegang gelaran Maharaja Wu itu adalah cucu Maharaja Wen dan anak ke-10 Maharaja Jing. Semasa bapanya meninggal pada tahun 141 SM, putera mahkota berusia 16 tahun itu menaiki takhta sebagai maharaja ketujuh Dinasti Han.

TRADISI NAMA GELARAN PEMERINTAHAN

Maharaja Wu memperkenalkan amalan menamakan tahun pertabalan maharaja dengan nama-nama gelaran yang dianggap suci, atau disebut dalam bahasa mandarin sebagai nian hao, atau ‘gelaran pemerintahan’. Ia bertujuan untuk mempermudahkan rujukan bagi catatan sejarah China, dan nama-nama pertabalan akan ditukar setiap tahun atau setiap beberapa tahun, samada pada waktu yang dianggap membawa tuah atau apabila untuk memperingati suatu peristiwa. Tahun pertama pemerintahan Maharaja Wu dinamakan sebagai era Jian Yuan, yang bermaksud era “penubuhan yang pertama.”

MENYELARAS PENYATUAN KUASA BERPUSAT

Setelah menaiki takhta, Maharaja Wu mengambil beberapa siri tindakan khusus untuk menyatukan kuasa pemerintahan pusat. Sejak awal permulaan Dinasti Han, terlalu ramai anggota kerabat diraja Han sebelum itu telah menduduki sebagai wakil maharaja di wilayah-wilayah besar yang berbeza-beza untuk mentadbir, mereka dilantik dengan jawatan dan gelaran tertentu tetapi semuanya setara dengan jawatan seorang Raja atau Gabenor.

Proses perluasan kuasa Dinasti Han

Namun, lama kelamaan, peningkatan kuasa dan pengaruh mereka menimbulkan ancaman yang berpotensi terhadap Maharaja yang berkuasa di atas ‘mandat syurga’, maka situasi begini cenderung menyebabkan berlakunya per4ng saudara.

Maharaja Wu melemahkan kekuasaan mereka dengan menggubal dasar undang-undang yang membenarkan mana-mana raja dan pangeran kerajaan kota, daerah dan kerajaan kecil, untuk melepaskan tanah mereka kepada mana-mana dari salah seorang anak mereka dan bukan hanya anak lelaki sulung sahaja. Ini menyebabkan kawasan yang luas terbahagi kepada banyak unit-unit pentadbiran yang lebih kecil.

Kemudian, pemerintah pusat secara beransur-ansur mengasimilasikan unit-unit pentadbiran yang lebih kecil ini menjadi sebuah wilayah yang diperintah secara berdaulat oleh seorang Maharaja, menggantikan konsep negeri perseorangan atau kerajaan-kerajaan tunggal yang setia dibawah naungan Maharaja tetapi masing-masing diperintah mengikut sistem dan undang-undang dibawah Raja atau Gabenor masing-masing.

REFORMASI EKONOMI

Maharaja Wu juga melaksanakan reformasi pelan ekonomi untuk meningkatkan nilai pendapatan negara. Dia menaikkan cukai dan mengenakan sistem pencukaian baharu untuk menggalakkan kemasukan perdagangan dan mengambil tindakan keras terhadap para pedagang yang tidak beretika. Industri besi, garam, dan alk0qhol telah dimonopoli secara nasional.

Maharaja Wu juga memajukan penyelidikan teknologi kejuruteraan hidraulik untuk meningkatkan hasil pengeluaran dalam sektor pertanian, dan pada zaman inilah bangsa Han menggunakan kalendar pertanian China buat kali pertama.

REFORMASI SISTEM PENTADBIRAN DAN PENGAWASAN WILAYAH

Menggalas tanggungjawab sebagai pemerintah yang perlu menghadapi sebuah empayar yang kian jauh berkembang, Maharaja Wu melantik 13 pegawai pemeriksa wilayah untuk mengawasi tugas para gabenor wilayah bagi melaksanakan reformasi menyeluruh sistem pentadbiran kerajaan.

Tanggungjawab pegawai-pegawai ini adalah untuk melaporkan kepada ketua pemeriksa mengenai prestasi para gabenor dan bangsawan setempat, biasanya ia melibatkan isu penyalahgunaan kuasa atau rasuah, dan mengenai maklum balas rakyat tempatan mengenai pentadbiran mereka.

Ketua pemeriksa kemudiannya akan membawa laporan-laporan ini secara terus kepada Maharaja. Ia dianggap sebagai sistem pengawasan pertama yang bebas dari pengaruh penguasa tempatan dan yang pertama dilaksanakan secara sistematik sepanjang sejarah imperialis China.

REFORMASI IDEOLOGI DOMINAN

Untuk melantik golongan elit sosial ke dalam perkhidmatan awam, Maharaja Wu telah mewujudkan sistem rekrut yang membolehkan para pegawai dari setiap peringkat memiliki kuota untuk mengesyorkan individu-individu yang cemerlang agar mereka berpeluang mendapatkan latihan atau tajaan supaya boleh berkhidmat untuk pemerintah suatu hati nanti.


Confucius

Pendekatan seperti itu memberi peluang kepada para sarjana yang berkebolehan tetapi kekurangan  status istimewa untuk menyertai sistem pentadbiran. Bahkan seseorang yang datang dari latar belakang keluarga yang sangat miskin atau berstatus sosial paling rendah, seperti hamba dan tawanan per4ng, berpeluang diterima sebagai pegawai dan jeneral yang penting.

Di samping itu, Maharaja Wu menjadikan ideologi falsafah Confucianisme sebagai prinsip ideologi pegangan ortodoksi pemerintahan dan menjadikan latihan dalam kajian Confucius sebagai syarat penting yang harus dilalui oleh calon-calon perkhidmatan awam.  Ini sekaligus menamatkan dominasi falsafah Legalisme atau Fajia, salah satu daripada enam aliran pemikiran klasik Sima Tan dalam bidang falsafah China yang dicampur adukkan dengan falsafah ajaran Taoisme pada tahun-tahun awa Dinasti Han.

Maharaja Wu menubuhkan “Kolej Imperial” di ibu kota Chang’an, yang merupakan kolej kebangsaan pertama dalam seluruh sejarah China. Majoriti besar subjek kuliah di kolej ini adalah berdasarkan falsafah Confucianisme dan mana-mana lulusan yang berjaya lulus dalam peperiksaan kerajaan akan diserap masuk terus ke dalam perkhidmatan awam.

Apabila Kolej Imperial terbukti berjaya, lebih banyak kolej dan sekolah aliran Confucian didirikan di beberapa wilayah dalam empayar. Semenjak itu, kombinasi pengesyoran oleh pegawai dan lulus peperiksaan ini dalam struktur pengambilan pegawai awam menjadi sebahagian peninggalan yang penting dari legasi Maharaja Wu.

Mengangkat falsafah Confucianisme sebagai prinsip ortodoks negara meninggalkan kesan yang mendalam terhadap politik, masyarakat, diplomasi, sertq budaya China dan Asia Timur. Matlamat ideal Confucius tertumpu kepada memajukan adab dan tingkah laku beretika serta prinsip-prinsip moral seperti kebajikan, kebenaran, kesopanan, kebijaksanaan, dan kesetiaan, yang dibina berdasarkan model raja-raja kuno yang bijaksana.

REFORMASI KETENT3RAAN

Diakui sebagai seoran arkitek kempen ketent3raan yang hebat, Maharaja Wu memimpin bangsa China Han melalui zaman perluasan kuasa yang terbesarnya ke segenap arah dan sudut. Dia meninggalkan dasar pertahanan Maharaja sebelumnya, menguasai kembali Korea di timur laut, dan memerintahkan angkatan tent3ranya menuju ke selatan China di Vietnam hari ini.

Kita kembali ke era kebangkitan Dinasti Han, ketika kejatuhan Dinasti Qin pada 206 SM dan China mengalami kekacauan, sebuah persekutuan bangsa-bangsa nomad dikenali sebagai Xiongnu yang bermula sebagai suku-suku Mongol dan Turkik yang kecil membina kekuatannya di bawah Modu Shanyu.

 

Han hanya mampu menundukkan Xiongnu apabila Maharaja Wudi menaiki takhta

Di saat Liu Bang atau Maharaja Han Gaozu memulakan langkah awal mengasaskan Dinasti Han pada 202 SM, puak Xiongnu juga telah pun menjadi kuasa besar bangsa padang rumput, kekuatan Xiongnu berada pada skala yang tidak pernah disaksikan oleh orang China sebelumnya. Kedua-dua kuasa ini bertembung, tetapi Dinasti Han terpaksa menghadapi per4ng saudara, akhirnya mereka gagal menandingi Xiongnu, bahkan dalam pertempvran Baideng, Liu Bang hampir kehilangan nyawanya.

Semenjak itu Dinasti Han tidak ada  pilihan lain, selain dari menerapkan dasar keamanan dengan mengirim puteri diraja untuk dikahwinkan dengan Modu Shanyu, mereka turut mengirim  sejumlah besar hadiah, untuk menjaga kestabilan dan kedamaian.

Waktu demi waktu berlalu hinggalah Maharaja Han Wudi menaiki takhta. Maharaja Wu bertekad untuk memenangi peper4ngan menentang bangsa-bangsa nomad Xiongnu yang masih amat kuat, ketika itu persekutuan Xiongnu sudah membina pusat pemerintahan di sekitar wilayah Mongolia moden dan sering menimbulkan ancaman besar terhadap sempadan utara China.

Siri ser4ngan besar-besaran dilancarkan dengan strategi yang lebih maju akhirnya berjaya menewaskan sebahagian besar pihak Xiongnu. Pasukan tent3ra Han mengusir Xiongnu yang dari utara itu keluar dari sempadan China dan kemudian tersebar luas ke barat di beberapa wilayah Turkestan Besar yang sekarang dikenali sebagai negara Kyrgyzstan dan Uzbekistan.

PEMBUKAAN JALAN SUTERA

Sementara itu, bermula pada tahun 138 SM, Maharaja Wu mengirim utusannya yang terkenal iaitu Zhang Qian jauh ke wilayah-wilayah barat untuk mencari sekutu jangka masa panjang dan memupuk aktiviti pertukaran budaya. Ini membuka kepada hubungan luar yang lebih jauh antara wilayah Han, wilayah barat China, dan wilayah Asia tengah.

Misi diplomatik Zhang Qian ke barat

Ekspedisi ini kemudian membolehkan sutera Cina dan pelbagai barangan berharga yang lain diangkut dari Chang’an ke Iran hari ini, dan kemudian terus ke barat menuju benua Eropah, aktiviti perdagangan dua hala ini akhirnya menjadi permulaan kepada pembukaan satu laluan terkenal yang digelar sebagai “Jalan Sutera.” Pada waktu ini juga lah Zhang Qian kembali membawa beberapa laporan yang menghubungkan Dinasti Han dengan Empayar Rom pada waktu itu.

China mula mencipta namanya hingga terkenal di seluruh dunia semasa era Maharaja Wu Dinasti Han, dan kerana itulah sebabnya, hari ini orang-orang Cina lebih dikenali sebagai sebagai bangsa Han, manakala nama moden untuk kerajaan atau negara mereka hari ini, iaitu ‘China’ diambil daripada nama Dinasti ‘Qin’.

TITAH TAUBAT

Maharaja Wu berkuasa selama 54 tahun dan meninggal dunia pada usia 70 tahun. Di bawah pemerintahannya, Dinasti Han menyaksikan kemuncak tertinggi kekuasaannya yang paling besar, ukuran sempadannya sahaja pernah mengatasi ukuran sempadan Empayar Rom pada zaman yang sama.

Maharaja Han Wudi

Namun, kos perbelanjaan besar yang berkaitan dengan kempen ketent3raannya, perluasan sempadan wilayah, dan membina istana yang mewah, akhirnya menyebabkan Dinasti Han mengalami kejatuhan ekonomi, dia telah mengeringkan harta menjatuhkan moral rakyatnya, dan melemahkan negaranya.

Menjelang akhir tempoh pemerintahannya, Maharaja Wu menyesali akan kesilapan dasar-dasarnya yang lalu dan secara terbuka telah bertindak mengkritik dirinya sendiri, lalu membuat permohonan maaf kepada rakyatnya dengan menerbitkan titah bertulis yang dinamakan sebagai “Titah Taubat.”

Dia akhirnya telah membatalkan dan menolak segala cadangan meningkatkan kekuatan tent3ra untuk berkempen di barat, dan sebaliknya beliau menyokong cadangan untuk mempromosikan bidang pertanian. Maka, tradisi penaklvkan melalui peper4ngan dan pengembangan wilayah secara umumnya telah berakhir untuk zaman pemerintahannya.

Ironinya, walaupun dia menerbitkan Titah Taubat, menyesali kesilapan lampau, malahan berusaha menebus kesalahannya, pencapaiannya dalam ketent3raan tetap sebati dan sesuai dengan dirinya yang memegang gelaran “Wu” yang bermaksud “tent3ra.”

Pendek kata, Maharaja Wu telah menubuhkan dan membentuk negara, budaya, dan bangsa China seperti yang kita kenali dan kita fahami hari ini.

Dinasti Qin telah diperintah mengikut dasar-dasar Legalis yang penuh malap3taka dan kehancvran yang menyebabkan kejatuhannya dan tiada sesiapa pun yang mahu menghargai idea-idea di dalamnya.

Maka penggantinya, Dinasti Han awal, adalah seumpama pemandu kereta profesional yang menggantikan pemandu amatur dalam sebuah kereta yang sama, jika pemerintahan Qin terlalu berpusat, Han mengambil alih bukan untuk meleraikan sistem pemusatan itu, tetapi Han menstabilkan pusat pemerintahannya.

RUJUKAN:

Kings & Generals : Emperor Han Wudi – Ancient China’s Greatest Conqu3ror


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.