Mahabharata (bahasa Sanskrit yang boleh diertikan sebagai ‘Epik Agung Dinasti Bharata’) merupakan salah satu dari dua buah epik puisi Sanskrit terulung India purba. Sebuah lagi epik lain ialah Ramayana.

Secara kasar, Mahabharata berkisar tentang Per4ng Kurukshetra (juga dikenali sebagai Per4ng Mahabharata), iaitu sebuah k0nflik perebvtan takhta Hastinapura antara dua kumpulan kerabat – yakni putera-putera Pandava dan putera-putera Kaurava. Puisi epik ini dianggap signifikan dan sering disebutkan sebagai salah sebuah karya kesusasteraan teragung manusia.

ASAL-USUL MAHABHARATA

Secara umum diperkirakan bahawa Mahabharata mencapai bentuknya seperti kini pada sekitar kurun ke-4 Sebelum Masihi. Ada juga yang berpendapat bahawa penulisan epik ini jauh lebih awal, mungkin sekitar pertengahan milenium pertama Sebelum Masihi. Pada waktu itu, epik ini wujud dalam bentuk hikayat-hikayat masyhur para dewa, raja-raja dan tukang ramal yang besar kemungkinan disampaikan secara lisah oleh para pendeta, pertapa dan penyanyi kembara.

Apapun, bentuk Mahabharata seperti kini mengandungi 100 000 rangkap dan kira-kira 1.8 juta patah perkataan secara keseluruhan, sekaligus menjadikannya sebagai puisi paling panjang di dunia. Dalam erti kata lain, panjang Mahabharata adalah 10 kali ganda gabungan Illiad dan Odyssey karangan Homer. Walaupun epik ini dipercayai tidak dikarang oleh seorang individu tunggal, sumber tradisi meyakini bahawa pengarang puisi Mahabharata ialah pendeta Vyasa sambil Ganesha pula bertanggungjawab sebagai jurutulis.

Vyasa dan Ganesha mengarang Mahabharata

KISAH-KISAH AWAL DALAM EPIK INDIA INI

Mahabharata dimulakan dengan Dhritarashtra yang menjadi buta. Beliau merupakan putera sulung Vichitravirya (pemerintah Hastinapura) dan bapa kepada putera-putera Kaurava. Berikutan kecacatannya itu, Dhritarashtira tidak boleh mewarisi takhta bapanya, justeru adiknya yang bernama Pandu (bapa kepada putera-putera Pandava) dilantik sebagai pemerintah baru Hastinapura sejurus kem4ngkatan Vichitravirya.

Berikutan sumpahan yang dikenakan ke atasnya oleh pendeta Kindama, Pandu bakal meningg4l dvnia andai beliau melakukan hubungan kel4min. Lantaran itu, beliau tidak boleh mempunyai anak tanpa membahayakan dirinya sendiri. Setelah disumpah oleh Kindama, Pandu membawa diri ke hutan dan abangnya yang buta itu diangkat menjadi raja yang baru.

Dhritarashtra si buta menyerang patung Bhima di utara India, 1616-1617

Isteri pertama Pandu, iaitu Kunti, memohon kepada para dewa agar dewa-dewa itu menghamilinya supaya beliau dapat memberikan zuriat kepada Pandu. Permohonannya ini diterima dan beliau pun mengandungkan tiga orang pertama – Yudhishtira (berbapakan Dharma), Bhima (berbapakan Vayu) dan Arjuna (berbapakan Indra).

Isteri kedua Pandu, iaitu Madri juga melahirkan zuriat dengan cara ini. Dua orang puteranya ialah si kembar Nakla dan Sahadeva (berbapakan Ashvin). Di samping itu, Dhritarashtra dan isterinya, Gandhari, mempunyai seramai 100 orang putera yang secara kolektif disebut sebagai putera-putera Kaurava, di samping seorang puteri.

Ketika Pandu dan Madri melakukan hubungan intim, Pandu langsung sahaja meningg4l dvnia lantaran sumpahan yang dikenakan ke atasnya. Madri yang berduka-cita kemudiannya melakukan Sati dan meninggalkan Kunti dan lima orang anak kecil itu menjaga diri mereka sendiri.

Putera-putera Pandava dan ibu mereka lantas pulang ke Hastinapura. Bersama 100 orang sepupu mereka, putera-putera Pandava ini dididik oleh seorang guru yang bernama Kripa. Kemudian, mereka dididik pula oleh Drona. Bibit persetervan kecil mula berputik antara putera-putera Pandava dan Kaurava, mengakibatkan kumpulan yang pertama ini divsir, bukan sekali, tetapi dua kali.

Perjalanan putera-putera Pandava bersama ibu mereka

P3RANG

Setelah divsir buat kali kedua, putera-putea Pandava pun bersiap-siaga bagi memer4ngi sepupu-sepupu mereka. Perutusan demi perutusan dihantar kepada putera-putera Kaurava untuk menuntut pengembalian Indraprastha, wilayah yang dikurniakan oleh Dhritarashtra. Indraprastha sebelum ini dibangunkan oleh putera-putera Pandava, namun jatuh ke penguasaan Kaurava. Cubaan untuk menyelesaikan kemelut ini secara aman tidak berjaya, walaupun Krishna si avatar kepada Vishnu dan sepupu sebelah ibu Pandava sendiri campur tangan.

Susulan daripada keadaan ini, Per4ng Kurukshetra pun meletus. Ilmuwan berbeza pandangan tentang tarikh berlakunya pep3rangan ini. Begitu juga dengan status kesahihan pep3rangan ini, ia turut hangat diperdebatkan. Apapun menurut Mahabharata, Per4ng Kurukshetra berlanjutan selama 18 hari di mana kebanyakan karakter dalam epik ini terbvnuh. Babak yang dianggap paling masyhur dalam epik ini, iaitu Bhagavat Gita, turut berlaku ketika ini, yakni sejurus sebelum peper4ngan bermula.

Ilustrasi manuskrip Pertempvran Kurukshetra, antara putera-putera Kaurava dan Pandava, sebagaimana terekod dalam epik Mahabharata

Melihatkan kekasihnya berada di pihak mvsuh, Arjuna berasa ragu-ragu dan berniat untuk meninggalkan medan per4ng. Arjuna meminta Krishna, yang berkhidmat sebagai pemandu pedatinya untuk membawa beliau pulang. Lantas, avatar kepada Vishnu itu pun memulakan perbualan falsafah yang menerangkan tentang ketidaksempurnaan dalam hidup, kepentingan memenuhi tanggungjawab dan kekal berada dalam jalan yang benar.

Di kiri, Karna dengan Salya sebagai pemandu pedati menent4ng Arjuna bersama Krishna di kanan

NYAWA MELAYANG DARI MEDAN TEMPUR

Pada penghujung pep3rangan, putera-putera Pandava meraih kemenangan walaupun kedua belah pihak menanggung kehilangan yang bukan kecil. Di pihak Pandava, lapan orang putera terselamat manakala hanya empat orang sahaja di pihak Kaurava yang masih hidup. Namun, pep3rangan ini bukanlah penamat epik tersebut.

Mahabharata dilanjutkan lagi dengan kisah tentang putera-putera Pandava menjadi raja Hastinapura dan Indaprastha, dan bagaimana epik ini dibacakan oleh Vaishampayan, pelajar Vyasa kepada Janmejaya, cicit kepada Arjuna dalam sebuah upacara k0rban ular.

Pengakhiran cerita dalam epik Mahabharata memerihalkan penceritaannya dalam sebuah upacara ‘k0rban-ular’ oleh raja Janamejaya

TERJEMAHAN:

Wu Mingren. (3 Jun 2018). The Mahabharata: Unforgettable Lessons in An Indian Epic of Family Fighting. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/myths-legends-asia/mahabharata-indian-epic-family-fighting-0010153

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.