Beberapa minggu sebelumnya, umat Islam Turki melafazkan rasa syukur tak terhingga kepada Ilahi. Ini kerana pada awal Ramadan 2022, mereka berpeluang menunaikan solat tarawih di Hagia Sophia buat kali pertama sejak 88 tahun lalu. Dan kini, madrasah pertama Mehmed II yang dibangunkan pasca-penaklukan Constantinople kembali menjadi tumpuan.

Beli buku terbaru kami, TERHEMPASNYA PESAWAT MH747 di Shopee kami. Pautan: http://bit.ly/TerhempasnyaShopee

Dibina semula di tapak lama madrasah yang dirobohkan seiring dengan perintah penukaran peranan Hagia Sophia dari masjid kepada muzium, Madrasah Fatih Hagia Sophia dirasmikan dalam satu majlis pada Jumaat lepas. Perasmian madrasah ini dibuat oleh Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan sambil disaksikan oleh beberapa menteri kabinet Turki dan tetamu-tetamu kehormat lain.

Majlis Perasmian Madrasah Fatih Hagia Sophia yang dihadiri Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan tetamu-tetamu kehormat. Sumber: RaillyNews

Mengikut sejarah madrasah ini, pada awalnya ia berperanan sebagai bilik bagi para paderi yang berkhidmat di Hagia Sophia. Tetapi selepas Constantinople jatuh pada 1453, Mehmed II atau Muhammad al-Fatih menitahkan bangunan tersebut ditukar fungsinya sebagai madrasah.

Molla Husrev yang merupakan pakar perundangan ulung Turki Uthmaniyah merupakan orang pertama yang dilantik mengetuai madrasah berkenaan. Sementara Ala al-Din Ali ibn Muhammed atau Ali Qushji juga pernah berkhidmat sebagai tenaga pengajar madrasah ini. Qushiji merupakan seorang ahli matematik dan astronomi terkenal pada abad ke-15.

Ali Qushji pernah menjadi tenaga pengajar Madrasah Fatih Hagia Sophia. Sumber: Bunyamin Kara.

Selama bertahun-tahun, ia berfungsi sebagai pusat pendidikan pelbagai disiplin ilmu. Bagaimanapun, ia dirobohkan dan dibina semula dari 1869 hingga 1874 semasa era Sultan Abdulaziz. Selain berperanan sebagai pusat pendidikan, ia turut digunakan pihak berkuasa Istanbul sebagai rumah anak yatim sehingga 1924.

Bagaimanapun, madrasah ini kemudiannya dirobohkan atas faktor keselamatan pada 1936. Sejak itu, tiada lagi rancangan untuk mewujudkan semula madrasah berkenaan sehingga 2017. Ia direncana oleh Universiti Yayasan Fatih Sultan Mehmed di mana mereka berharap ia dapat menjadi Kampus Hagia Sophia.

Selepas melalui semua proses termasuk diskusi dengan pihak berkuasa tempatan dan antikuiti sejak 2012, pembinaan semula madrasah dimulakan pada 2017 dan siap pada April 2020. Tidak lama selepas madrasah ini siap dibina, Turki mengumumkan penukaran semula status Hagia Sophia daripada muzium kepada masjid.

Madrasah baru ini berkongsi dinding bangunan lama madrasah yang dirobohkan. Ia merupakan penambahan terbaru di Dataran Sultanahmet. Di sinilah, bangunan-bangunan bersejarah dari obelisk era Rom hinggalah Masjid Biru wujud.

Bagi Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Mehmet Nuri Ersoy, kewujudan semula madrasah ini merupakan usaha berterusan pihak kementerian untuk memelihara dan memulihara warisan sejarah Turki termasuk era Turki Uthmaniyah. Tambahnya lagi, madrasah ini diharap dapat melakar pencapaian saintifik yang membanggakan sejarah dan bangsa Turki.

Beli buku terbaru kami, KISAH KLASIK TAMADUN MELAYU di Shopee kami. Pautan: http://bit.ly/KisahKlasikShopee

Dalam ucapan perasmiannya, Erdogan meluahkan rasa gembira kerana dapat mengembalikan satu lagi warisan Istanbul yang dipadam daripada sejarah. Pada masa sama, beliau turut menyindir satu parti tertentu yang dilihat bersungguh-sungguh memadam legasi sejarah Turki tanpa memikirkan kesannya kepada generasi mendatang.

Walaupun tidak menamakan parti politik yang dinyatakan, ia berkemungkinan merujuk kepada pesaing Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP), Parti Republik Rakyat (CHP). Semasa era awal Republik Turki, bukan sedikit jenayah warisan dilakukan oleh parti berkenaan kononnya untuk menonjolkan imej sekularisme yang diangkat parti berkenaan.

Presiden Recep Tayyip Erdogan melihat pameran sejarah Madrasah Fatih Hagia Sophia. Sumber: Yeni Safak.

Ini termasuk membiarkan bangunan-bangunan warisan dalam keadaan tidak terurus, sekaligus membenarkan ia dirobohkan atas sebab keselamatan atau untuk pembangunan. Dalam ucapan sama, CHP juga dittuduh bertanggungjawab menjual ratusan masjid untuk ditukar fungsinya kepada muzium atau sebagai kandang kuda.

Madrasah Fatih Hagia Sophia akan memainkan peranan sebagai pusat penyelidikan dalam pelbagai bidang seperti undang-undang Islam, kesenian Islam dan sejarah termasuk sejarah Mehmed II.

RUJUKAN

Daily Sabah. (2022, 15 April). After Hagia Sophia reversion, Turkey reopens its iconic madrassa.

Railly News. (2022, 15 April). Hagia Sophia Fatih Madrasa Opened.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply