Selepas Sepanyol tiba di benua Amerika pada abad ke-15 dan 16, bukan sedikit kerajaan mahupun puak pribumi benua berkenaan dihapuskan dan barang berharga mereka dirampas. Antara kerajaan yang menerima penangan Sepanyol ialah kerajaan Inca dengan pemerintahnya yang terkenal, Maharaja Pachacuti bersemayam di Machu Picchu. Tetapi satu kajian baru-baru ini mendedahkan Machu Picchu sebenarnya jauh lebih tua daripada apa yang disangka pengkaji arkeologi.

Empayar Inca dibawah maharaja berbeza.

Sebelum ini, ramai pengkaji percaya Machu Picchu dibina sekitar 1440 hingga 1458 Masihi. Mereka percaya berdasarkan catatan Conquistador (penakluk-penakluk yang datang dari Sepanyol) yang tiba di situ, ia dibina tidak lama selepas baginda menaiki takhta pada 1438. Menariknya, citadel ini tidak diwariskan kepada penggantinya Topa Inca Yupanqui dan terus dihuni selama 80 tahun.

Setelah itu, ramai percaya ia kemudiannya ditinggalkan susulan kejatuhan banyak wilayah Inca di tangan pihak Sepanyol. Dan tidak mustahil ramai penghuninya jatuh sakit dan mati selepas dijangkiti cacar yang dibawa oleh pengembara yang pernah berhubungan dengan Conquistador.

Semasa ia dikelaskan sebagai estet diraja, terdapat 750 orang pekerja yang berperanan sebagai staf sokongan. Kadang-kadang ia turut dihuni sementara oleh artisan dan golongan pendeta bagi memenuhi permintaan pemerintah Inca. Apabila cuaca buruk melanda, bilangan staf berkurangan kepada 100 orang dengan peranan mereka ialah menyelenggara keseluruhan Machu Picchu.

Tetapi analisis pada 26 buah rangka tulang yang ditemui di tiga buah kawasan perkuburan semasa ekskavasi tahun 1912 mendapati mereka sudah menghuni Machu Picchu antara 1420 hingga 1530. Ini sekaligus menunjukkan mereka sekurang-kurangnya telah berada di situ 20 tahun lebih awal berbanding Pachacuti. Ini juga memaksa saintis untuk menyemak semula tempoh yang digunakan berdasarkan rekod-rekod Conquistador sebelum ini.

Rajah 1: Pachacuti

Machu Picchu terletak di kawasan garis sesar antara kawasan Pergunungan Andes dan Lembangan Amazon pada ketinggian 2,400 meter di atas paras laut. Ia terdiri daripada 200 buah struktur termasuk bangunan untuk upacara keagamaan, kawasan diraja untuk golongan bangsawan, kawasan kediaman pekerja dan teres-teres tanah untuk tujuan pertanian.

Ia sengaja dibina di atas garis sesar bagi membolehkan ia mempunyai sistem pengairan yang lebih baik dan tenaga buruh mempunyai akses kepada batu-batu pecah. Bagi mengelak ia roboh, batu-batu yang dilombong dari kuari berhampiran dibentuk dan disusun dengan sempurna sekaligus menstabilkan Machu Picchu.

Disebabkan kedudukannya yang terletak di kawasan tanah tinggi, orang Inca sedar antara ancaman kepada monumen ini ialah tanah runtuh dan hakisan tanah. Bagi mengelakkan isu ini berlaku, mereka membina teres yang dilapisi dengan kepingan batu, pasir, tanah dan tanah atas. Binaan ini dibuat dengan tujuan menyerap air dan menghalang air dari terus mengalir ke bawah. Lapisan sama turut digunakan untuk melindungi kawasan pusat bandar daripada ancaman banjir.

Disebabkan sesetengah batu yang besar, ada berpendapat orang Inca menggunakan roda untuk memindahkan batu ke kawasan pembinaan Machu Picchu. Bagaimanapun, ia dianggap tidak praktikal kerana mereka tidak mempunyai haiwan yang mempunyai kudrat yang kuat seperti kuda atau lembu, permukaan bumi yang curam dan lambakan tumbuhan hutan.

Ramai pengkaji arkeologi percaya batu-batu diangkut ke Machu Picchu dengan cara menggunakan ratusan buruh untuk menolak batu ke kawasan pembinaan. Beberapa batu berbentuk bonjol digunakan sebagai tuas sebagai cara meletakkan batu-batu pada kedudukan yang diperlukan.

Ramai pengkaji percaya Machu Picchu merupakan citadel di mana Pachacuti merancang usaha mengukuhkan kedudukan Empayar Inca. Semasa era pemerintahan baginda, bukan sedikit kawasan menjadi jajahan takluk kerajaan itu sehingga ke pantai barat Amerika Selatan. Ia terus kekal sehinggalah Sepanyol muncul pada 1532.

Selepas kerajaan Inca tumbang di tangan Sepanyol pada abad ke-16, Machu Picchu tersembunyi daripada dunia luar selama beberapa abad. Dalam tempoh tersebut, ia menjadi terbiar dan mula dilitupi dengan pelbagai tumbuhan hutan. Dunia moden hanya mengetahui perihal kota ini apabila ahli arkeologi Hiram Bingham menemui semula kota itu pada tahun 1911 dan mengetuai ekspedisi ekskavasi sekitar monumen berkenaan.

Disebabkan pendedahan kajian ini, para saintis merasakan cara terbaik mengukur semula semua artifak yang berkaitan dengan Inca. Justeru, cara terbaik untuk mengukur tempoh masa artifak atau rangka yang dijumpai ialah menerusi pentarikhan karbon. Ini kerana kaedah tersebut jauh lebih baik dalam menentukan dan memahami kronologi orang Inca berbanding rekod sejarah Conquistador yang penuh dengan kontradiksi.

RUJUKAN:

Hale, Tom. (2021). Machu Picchu Even Older Than Previously Thought, New Dating Methods Show. IFLScience.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.