Mesti anda tak tahu yang Empayar Mesir Purba sebenarnya pernah menawan Palestin. Semua ini kerana Pertempuran Megiddo yang menjadi salah satu pertempuran yang paling bersejarah dalam tamadun Mesir Purba.
Pada tahun 1457 SM, seorang firaun muda bernama Thutmose III berjaya menawan tanah Palestin dengan strategi ketenteraan yang luar biasa.
Thutmose III merupakan anakanda kepada Thutmose II dan ibu tirinya, Hatshepsut yang mengambil alih tampuk pemerintahan sebagai pemangku raja ketika Thutmose III masih kanak-kanak.
Walaupun begitu, baginda tidak mengadakan kempen ketenteraan yang besar. Setelah kemangkatan Hatshepsut, Thutmose III mengambil alih tampuk pemerintahan dan menggalas tugas untuk mengukuhkan empayar Mesir.
Setelah kemangkatan Hatshepsut juga, raja-raja Kanaan di Megiddo dan Kadesh menganggap Thutmose III sebagai pemerintah yang lemah dan mula memberontak.
Ini bukan perkara yang luar biasa kerana dalam dunia purba, adalah lumrah bagi negeri-negeri jajahan untuk cuba melepaskan diri ketika peralihan kuasa.
Thutmose III tidak membiarkan pemberontakan ini berlanjutan. Baginda segera mengumpulkan pasukan tenteranya dan berarak dari Thebes ke Megiddo.
Dalam masa 10 hari, pasukan tentera Thutmose III telah sampai di Gaza dan bersedia untuk bergerak ke Megiddo.
Sampai di Gaza, Thutmose III menghadapi pilihan yang sukar. Terdapat tiga jalan menuju Megiddo. Satu laluan sempit yang berbahaya dan dua jalan yang lebih luas dan mudah dilalui.
Para jeneralnya menasihati Thutmose III untuk mengambil jalan yang lebih mudah, namun baginda memilih laluan sempit, yang dianggap lebih berisiko.
Keputusan ini membuktikan keberanian dan kecerdasan strategik baginda.
Dengan melalui laluan sempit ini, Thutmose III dan tenteranya berjaya mengejutkan pasukan pemberontak yang menanti di laluan lain.
Mereka tidak menjangka tentera Mesir akan memilih jalan yang sukar itu. Kejutan ini memberikan kelebihan kepada Thutmose III dalam pertempuran tersebut.
Pada hari pertempuran, Thutmose III memimpin tenteranya dari hadapan. Pasukan Mesir menyerang dengan penuh semangat, mengejutkan musuh dan memaksa mereka berundur ke dalam kota Megiddo.
Namun, tentera Mesir tidak mengejar musuh mereka ke dalam kota kerana mereka sibuk mengumpulkan harta rampasan perang di medan pertempuran.
Thutmose III kemudian mengepung kota Megiddo. Baginda memerintahkan pembinaan parit dan tembok di sekeliling kota, memastikan tiada sesiapa yang dapat keluar atau masuk.
Pengepungan ini berlangsung selama tujuh hingga lapan bulan sebelum raja-raja Kanaan yang memberontak menyerah diri.
Kisah Pertempuran Megiddo diabadikan dalam inskripsi pada dinding Kuil Amun di Karnak oleh seorang penulis tentera bernama Tjaneni.
Inskripsi ini memberikan gambaran terperinci tentang pertempuran tersebut. Dalam inskripsi tersebut, Thutmose III digambarkan sebagai seorang pemimpin yang berani dan bijak.
Kemenangan Thutmose III di Megiddo bukan sahaja memberikan kekayaan kepada Mesir tetapi juga mengukuhkan kawalan Mesir ke atas Palestin dan kawasan sekitarnya.
Kemenangan ini juga membuka jalan untuk kempen-kempen ketenteraan berikutnya yang membawa Mesir ke zaman kegemilangan sebagai empayar paling berkuasa.
Pertempuran Megiddo adalah bukti jelas kebijaksanaan dan keberanian Thutmose III. Kejayaannya ini telah mengukir namanya dalam sejarah sebagai salah satu firaun terbesar Mesir Purba.
Oleh: Azizul Farhan
___
Nak tahu kenapa Ramses II dianggap sebagai Firaun yang mengejar Nabi Musa (as)? Jawapannya ada di dalam KITAB TAMADUN MESIR PURBA! Dapatkan segera sementara stok masih ada!
https://s.shopee.com.my/6fLxzjJ10q
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih