Teh dan rakyat Malaysia ibarat aur dengan tebing kerana tidak akan pernah terpisah. Buktinya lihat sahaja di kedai mamak ataupun Siam, ramai di antara yang gemar menikmati teh tarik. Malah ada sebahagian rakyat Malaysia yang boleh teguk 3 liter air teh masa sehari. Malah ketika trend boba sedang meletup, teh turut terkena tempiasnya apabila boba milk tea mula menjadi kegemaran anak muda.

Senang cerita rakyat Malaysia memang sangat tergila-gilakan teh. Hal ini lantas membuatkan Malaysia menjadi antara negara penggemar teh di dunia. Walau bagaimanapun nak buat teh terutamanya teh tarik bukan mudah kerana banyak ceroi. Kalau nak yang sedap, pekat, likat, kena pakai serbuk dan jangan pakai uncang.

Sekarang ni perasan tak kenapa teh uncang boleh wujud? Padahal boleh je pakai serbuk untuk buat teh, tambah lagi sedap dan lebih pekat.

Jawapannya pada 1901 apabila dua orang wanita iaitu Roberta C. Lawson dan Mary Molaren telah menghasilkan teh uncang bagi menyelesaikan masalah yang sudah membelenggu selama ratusan tahun. Mereka mendapati penyediaan teh secara tradisional sangat tidak pratikal dan membazir. Ini kerana kita perlu menggunakan serbuk the yang agak banyak untuk menghasilkan secawan kopi.

Setelah itu, lebihan serbuk teh itu akan dibuang dan proses ini akan berulang-ulang sehingga berlaku pembaziran. Jadi mereka berdua telah meletakkan sedikit serbuk teh ke dalam uncang bagi mengatasi masalah ini. Buah fikir mereka berjaya apabila teh uncang dapat berfungsi dengan baik dan kita boleh nikmati secawan teh tanpa rasa membazir.

Tapi sayangnya ciptaan mereka itu kurang mendapat sambutan sehingga dilupakan. Mungkin apa yang mereka buat itu tidak menepati citarasa masyarakat. Pakai teh uncang telah buat teh tersebut cair dan rasanya agar tawar. 8 tahun selepas itu, teh uncang telah muncul kembali secara tidak sengaja.

Kisahnya begini, seorang penjual teh iaitu Thomas Sullivan telah memberikan sampel teh yang diletak dalam bungkusan kain sutera kecil kepada pelanggannya. Kebetulan pula, pelanggan tersebut malas nak buka bungkusan tersebut lalu campak terus dalam cawan. Hasil yang berjaya didapatkan sangat menakjubkan kerana secawan teh telah tercipta. Lepas sudah habis minum, bungkusan kecil teh itu boleh dibuang begitu sahaja tanpa perlu melakukan banyak kerja.

Dah macam kain kuning nak sihir orang je

Secara tidak langsung teh di dalam bungkusan kain sutera kecil telah mendapat permintaan tinggi dan Thomas Sullivan menjadi pemula kepada trend baru ini. Tapi lama kelamaan, ramai tidak mampu membeli teh uncang kerana menggunakan kain sutera yang agak mahal. Tak berbaloi nak bayar mahal hanya untuk minum secawan teh semata-mata.

Maka Thomas Sullivan telah menukar kain sutera kepada kain kasa bagi menghasilkan teh uncang yang lebih murah. Inovasi teh uncang tidak terhenti setakat itu sahaja kerana banyak syarikat cuba untuk membaikinya. Ini kerana teh uncang ciptaan Thomas Sullivan sebenarnya belum sempurna lagi. Penggunaan pelbagai kain yang digam telah membuatkan aroma teh yang sebenar telah tercemar. Ditambah lagi, teh uncang sama sahaja banyak mengganggu seperti serbuk teh ketika mahu menghirupnya.

Jadi banyak syarikat mula menukarkan kain bungkusan kepada yang lebih sesuai, gunakan jahitan dan tambahkan tali bagi menyempurnakan teh uncang, Hasilnya adalah seperti hari ini apabila kita menjadi sangat mudah untuk menikmati secawan teh. Bukan setakat cawan sahaja, buat air teh dalam jug juga sudah boleh gunakan uncang teh. Senang cerita memang sangat jimat sehingga ada rakyat Malaysia yang gila minum 3 liter teh sehari.

Ironinya, kepada mat salleh ini tak guna penapis sahaja untuk tapis serdak dan serbuk teh ketika hendak tuang ke cawan? Itulah ada benda senang boleh buat tidak mahu dan suka susahkan diri sendiri.


Kami mempunyai banyak buku – fiksyen dan bukan fiksyen – yang tersedia untuk dinikmati kalian. Buku-buku kami boleh dibeli di https://shopee.com.my/thepatriotsasia

 

RUJUKAN:

Begley, S. (2015, September 3). A brief history of the tea bag. Time. Dipetik daripada https://time.com/3996712/a-brief-history-of-the-tea-bag/

Stone, S. (2015, April 27). How the tea bag was invented. Gizmodo. Dipetik daripada https://gizmodo.com/how-the-tea-bag-was-invented-1700351584


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply