Di Malaysia ni, rata-rata anak muda sekarang mesti nak pakai iPhone. Sikit-sikit iPhone.

 

Tapi korang tahu tak, kalau Steve Jobs tak mulakan iPhone, mesti kita masih guna telefon picit-picit lagi sampai sekarang!
Macam mana sebenarnya Steve Jobs bawa iPhone melangkaui satu dunia baru telefon?
Selepas Apple berjaya dengan iPod pada 2005, Steve Jobs merasakan pasaran telefon bimbit bakal menjadi pencabar beliau walaupun ketika itu pasaran telefon bimbit masih belum berkembang pesat.
Steve Jobs bercita-cita nak bangunkan sebuah telefon pintar yang memiliki segala-galanya, boleh dengar lagu, main game, kamera dan akses internet. Memang idea iPhone ni akan membunuh produknya sendiri.
Waktu tu, telefon-telefon bimbit mewah semuanya berstyle picit-picit seperti Blackberry. Paling canggih pun mesti kena pakai pen stylus khas. Sejujurnya, Steve Jobs memang benci pen stylus seperti Samsung.
Maka para jurutera Apple pun fikir reka bentuk macam mana nak unik yang bakal mencipta fenomena industri telefon pintar ni.
Sebenarnya, Apple memang tengah R&D teknologi skrin sesentuh untuk buat tablet yang boleh gantikan komputer riba. Akhirnya teknologi tersebutlah yang digunakan untuk cipta iPhone dan diikuti telefon-telefon pintar lain sampai sekarang.
Banyak sebenarnya yang perlu difikirkan masa nak keluar iPhone ni. Tak semua aplikasi bersedia untuk berfungsi pada telefon berteknologi baharu ni. Tapi Apple dan Steve Jobs tetap berani nak cuba benda baru.
Pada 9 Januari 2007, pengumuman pertama untuk iPhone dibuat dan pada 29 Jun 2007 iPhone dikeluarkan di tengah-tengah perhatian media yang sangat hangat.
Sekiranya terdapat sebarang keraguan tentang kejayaan telefon itu, ia telah dihapuskan sebaik sahaja ia tersedia untuk dijual.
Berjuta-juta buah iPhone berjaya dijual pada tahun pertama di Amerika Syarikat sahaja dan ia menjadikan semua reka bentuk lain kelihatan primitif dan lapuk.
Kisah kejayaan iPhone adalah hasil daripada visi yang luar biasa di sebalik ciptaannya serta usaha membolehkan visi itu direalisasikan.
Sekiranya Apple takde pandangan jauh untuk masuk dalam arena telefon bimbit, mungkin kita takkan nampak telefon pintar akan jadi seperti yang kita lihat hari ini.
Oleh: Azizul Farhan
___
Bagaimana tokoh-tokoh terkemuka di dunia capai kejayaan seperti hari ini? Ada satu buku terbaharu yang kami terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu iaitu Hidden Genius. Pra-tempah segera: https://shope.ee/2q7ba2UIUA
Untuk bacaan bab-bab awal percuma, boleh muat turun di sini dulu:

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply