Semua orang sangka sotong kurita berlengan lapan yang boleh tumbuh semula jika terputus. Namun saintis mendapati sotong kurita hanya ada enam lengan – dan dua lagi adalah kakinya (Duray, 2008). Benda ini sangat asas tetapi ramai tidak tahu, membangkitkan persoalan apa lagi yang kita tidak tahu pasal sotong kurita.

Umumnya, ada 300 spesis sotong kurita di dalam laut – rata-ratanya memakan ketam, udang dan moluska. Semua sotong kurita berbisa dan hanya spesis Hapalochlaena lunulata sahaja yang boleh membunuh manusia (Barry, 2009).

Kecil tetapi merbahaya.

Dalam banyak haiwan laut, sotong kurita dipercayai antara yang paling bijak kerana mampu menyamar ikut keadaan. Mereka menyamar dengan cara bertukar warna. Kemampuan menarik ini mesti disingkap untuk mengenal pasti logik di sebalik sains. Kerana sotong kurita mampu bertukar warna paling laju dalam kalangan semua haiwan di dunia ini. Benar, bukan semua spesis sotong kurita boleh bertukar warna. Tetapi banyak sotong kurita ada kemampuan ini.

Ilmu Yang Menandingi Teknologi

Sains mula tahu pasal sotong kurita selepas kajian Aristotle sekitar 2,400 tahun yang lalu. Aristotle adalah seorang cendekiawan Yunani yang ilmunya kemudian diceduk Ibnu Sina, Ibnu Rushdi, Al-Farabi dan ramai lagi. Rata-ratanya ilmuwan Islam menjulang Aristotle dengan gelaran “Guru Sulung”. Bayangkan dua alaf yang lalu, Aristotle boleh terfikir untuk dapatkan sotong kurita semata-mata untuk penyelidikan.

Peminat-peminat alam dan kehidupan luar sana boleh dapatkan buku Biologia melalui shopee kami:
https://shopee.com.my/The-Patriots-Biologia-Pengajian-Tentang-Makhluk-Kehidupan-i.238336777.15557534470

Dan beliau terkejut melihat sotong kurita bertukar warna. Sejak hari itu, manusia sentiasa berminat pada sisi sains ini. Teknologi sekarang membolehkan manusia kaji pasal sisi ini secara mendalam. Namun percaya tidak – buat masa ini – saintis sendiri tidak tahu macam mana sotong kurita tukar warna.

Punca Kebuntuan Saintifik

Apa guna tulis artikel kalau sudut ilmunya tiada? Sabar dulu. Baca lagi. Saintis mengenal pasti yang sotong kurita bertukar warna melalui satu proses unik. Proses ini melibatkan semua komponen sel pada dan dalam badan sotong kurita. Jadi otak sotong kurita menghantar isyarat rangsangan dan semua sel ini bertindak balas. Sel-sel ini pula membentuk organ-organ halus yang dipanggil “chromatophores”.

Tengok di bahagian kepala untuk faham organ chromatophore.

Organ-organ ini terdapat pada seluruh kulit sotong kurita. Sementara mamalia dan reptilia berorgan di dalam, sotong kurita berorgan luar dalam.

Setiap chromatophore pula mengandungi kantung-kantung kecil yang diisi zarah halus. Dan dalam zarah ini pula, ada pigmen iaitu xanthommatin. Semua kantung bertindak balas ikut pada ketegangan otot. Jika otot mengecut atas sesuatu tindak balas (takut, misalnya), kantung melepas xanthommatin yang mempengaruhi pantulan cahaya.

Saintis tidak tahu berapa banyak chromatophore sotong kurita ada. Mungkin ribuan. Mungkin jutaan. Kena tengok pada saiz sotong itu sendiri. Tetapi saintis yakin chromatophore adalah punca utama sotong kurita bertukar warna. Punca utama… bukan satu-satunya punca: kerana sotong kurita juga bergantung pada organ-organ lain iaitu iridophore dan leucophore, yang bantu menambah baikkan proses pertukaran warna.

Penyamaran sotong kurita.

Jadi pada dasarnya, sotong kurita sebenarnya tidak bertukar warna sangat pun. Iridophore mengandungi protein reflectin yang berfungsi macam cermin (Chatterjee, et al., 2018). Permukaan kulit sotong kurita akan berubah sekali, menjadi lembut macam rumpai… atau keras dan menggerutu macam batu.

Semua faktor ini mengukuhkan kebolehan sotong kurita untuk menyamar. Dan kemampuan ini menundukkan kemampuan semua haiwan.

Sementara cicak chameleon mengambil masa beberapa minit untuk bertukar warna. Sotong kurita boleh buat dalam masa 0.1 saat.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN:

Barry, C. (2009, April 18). All octopuses are venomous, study says. National Geographic.

Chatterjee, A. (2018, Mei 24). An introduction to color-changing systems from the cephalopod protein reflectin. Bioinspiration & Biomimetrics. 13 (4): 045001.

Duray, D. (2008, September 14). Study: Octopuses Have Six “Arms” and Two “Legs”. The Huffington Post.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply