Kejayaan Universiti Sains Malaysia dalam usaha memberi wajah pada Penang Woman membuka jendela perbincangan baharu. Ramai tertanya-tanya macam mana saintis mencipta fizikal untuk membayangkan rupa paras sesuatu fosil. Macam biasalah – ada yang mempertikai terus kononnya saintis bersembang lebat sebegini:

 

Pertikaian ini wujud kerana puak Hollywood yang menggambarkan banyak dinosaur dengan ciri-ciri keraksasaan. Pelukis berilmu paleontologi C.M. Koseman sendiri pernah menyindir apa Hollywood akan buat kalau dapat fosil babun atau gajah misalnya. Memang nampak merepek.

Jadi untuk faham cara saintis, kena ketepikan teknik penggambaran Hollywood. Langkah perekaciptaan fizikal fosil tidak semudah itu. Tulang misalnya dari luar nampak sama – putih dan keras. Namun setiap spesis mempunyai ciri-ciri yang membolehkan saintis bezakan antara satu sama lain.

Benda ini lagi mudah faham kalau kalian ada ilmu asas tentang kehidupan. Kami sedia membantu dengan buku BIOLOGIA yang mungkin boleh bantu jadi mukadimah pada cabang rumit ini. Tatkala kalian baca pendahuluan ini, barangkali jantung kalian sudah berdegup dan berdetak beberapa kali. Bagi setiap degupan tersebut, otot jantung kalian sudah mengembang dan menguncup sebanyak degupan jantung kalian. Darah kalian juga sudah bergerak menderu ke seluruh badan. Link pembelian: https://bit.ly/3AlFFOg

Tangga Evolusi Menjadi Jawapan

Apabila saintis terjumpa rangka anthracotherium misalnya, mereka tidak membayangkan apa-apa sekelip mata. Mereka akan tengok dulu tangga evolusinya supaya dapat faham ciri-ciri fizikal sebenar. Melalui tulang, mereka mengumpulkan dapatan DNA – dan mereka mengesahkan anthracotherium adalah spesis moyang badak air (Black, 2010). Maka dari situ, mereka berjaya merangka ciri-ciri fizikal anthracotherium seperti berikut:

Anthracotherium magnum (Dmitry Bogdanov/CC BY 3.0.)

Rangkaan ini mengambil masa lama – beberapa minggu barangkali. Kerana saintis perlu faham pembentukan otot untuk dilapiskan pada setiap tulang-temulang haiwan ini. Proses ini juga tidak bersifat mutlak, yakni boleh berubah-ubah dengan penemuan baharu. Ambil contoh sekitar 1960-an, dinosaur dianggap gergasi alam paya yang bangang dan perlahan (Liebendorfer, 2012). Penemuan-penemuan baharu mengesahkan status sebenar dinosaur. Imbasan tomografi (CT) sendiri mengambil masa bertahun, untuk mendapat maklumat paling tepat – dan bayangkan, maklumat itu pun masih belum tepat, kerana ditambah baik saban dekad.

Kalau ikut zaman sekarang, fosil akan diimbas terlebih dahulu. Hasil imbasan akan dikumpul dalam bentuk 3D yang digunakan untuk tujuan penyelidikan. Dengan cara ini, saintis akan kurang guna tulang sebenar supaya tidak rosak disebabkan sentuhan misalnya. Bentuk 3D ini akan dipasang secara digital sebelum mula lukis, juga berpandukan maklumat sedia ada ikut pada tangga evolusi. Otot, urat dan kulit dilayarkan secara terperinci untuk dapatkan gambaran paling tepat (Dorey, 2020).

Jadi ilmu ini perlu pengetahuan dan kemahiran begitu tinggi. Bukan sekadar semberono seperti diterangkan meme tersebut. Kena tahu pasal biologi. Kena tahu pasal ciri-ciri fizikal. Hubungan antara sel, tisu, organ, sistem dan organisme.

Perkembangan Teknologi Yang Banyak Membantu

Penyelidikan sebegini menggunakan kos sangat tinggi, yang sanggup dibiayai institusi penaung saintis. Kos ini adalah keuntungan bagi pembikin teknologi, yang berusaha memudahkan proses penyelidikan sebaik mungkin. Sekarang saintis mendapat manfaat daripada perkembangan teknologi – manfaat yang sangat luar biasa. Dulu mereka bergantung pada tisu-tisu lembut yang bertahan selama berjuta tahun dalam bentuk fosil. Namun pembikin teknologi menemui cara untuk ‘bakar’ fosil dengan menggunakan haba, tekanan dan tanah liat supaya fosil sendiri ‘mendedahkan’ keadaan tisu (Hunter, 2018).

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Teknologi ini terjadi selepas saintis sudah pandai bezakan cara rangka menjadi fosil. Mereka cuba mencipta fosil ayam dan cicak – dan memang betul, teknik digunakan memang betul-betul menjadi. Maka mereka hanya perlu ‘reverse’ teknik ini supaya dapat mencipta rekabentuk dinosaur daripada fosil. Pendekatan sebegini masih belum sempurna, kerana tidak mampu bercerita pasal hubungan biologi dan geokimia. Tetapi ia cukup untuk mengekalkan molekul organik (Saitta, et al., 2018) untuk tujuan penyelidikan.

RUJUKAN:

Black, R. (2010, Oktober 28). Of Fossil Ghosts and Hippos Past. National Geographic.

Dorey, F. (2020, Julai 16). Preparing fossils, reconstructing the past. Australian Museum.

Hunter, A. (2018, Ogos 14). These labmade fossils could reveal how dinosaurs really looked. Science.

Liebendorfer, A. (2012, Januari 1). Digital Dinosaurs: How do scientists reconstruct the anatomy of ancient beasts? Ohio University.

Saitta, E., et al. (2018). Sediment-encased maturation: a novel method for simulating diagenesis in organic fossil preservation. Paleontology. 62 (1): 135-150.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply