Surat-Surat Amarna adalah rekod bertulis yang penting bagi para pengkaji Mesir Purba. Surat-surat ini adalah jendela bukan hanya kepada situasi Mesir Purba dan kerajaan-kerajaan sekitarnya, tetapi juga kepada sejarah Firaun Akhenaten.

 

Surat-Surat Amarna terdiri daripada 382 tablet tanah liat yang berusia lebih 3,000 tahun. Surat-surat ini ditemui di kota Amarna, ibu kota Akhenaten, sekitar tahun 1880-an.

 

Pada mulanya, penemuan ni dianggap tak penting dan disangka sebagai dokumen biasa. Sebahagian daripada surat ini dibawa ke Muzium British, Muzium Mesir di Kaherah, dan Muzium Staatliche di Berlin.

 

Namun, situasi berubah apabila ahli arkeologi William Flinders Petrie mengetuai ekspedisi di Amarna pada 1890-an. Mereka menemukan sebuah bangunan yang dipercayai menyimpan dokumen penting era Akhenaten, dibuktikan dengan penemuan cap Biro Surat-Menyurat Firaun pada batunya.

 

Petrie menyedari penemuan ini penting bukan sahaja dari segi arkeologi, tetapi juga sebagai cara untuk mendapatkan lebih banyak dana untuk kerja ekskavasi di Amarna.

 

Tidak semua surat ditemui pada masa yang sama. Pada awal abad ke-20, pakar bahasa Norway Jorgen Alexander Knudtzon menyusun 358 tablet yang ditemui mengikut kronologi dan geografi. Baki 24 tablet lagi ditemui sekitar abad ke-20 dan dimasukkan ke dalam sistem angka Knudtzon yang masih digunakan oleh para cendekiawan hingga hari ini.

 

Mungkin ada yang menyangka surat-surat ini ditulis dalam Bahasa Mesir Purba. Hakikatnya, semua surat ini dikarang dalam Bahasa Akkadia, bahasa yang digunakan di Mesopotamia dan menjadi bahasa perhubungan di Timur Tengah ketika itu. Kebanyakan tablet adalah surat yang diterima oleh Firaun dengan sebahagian kecil surat yang dikarang oleh baginda.

 

Surat-Surat Amarna dibahagikan kepada dua kategori. Pertama, surat yang diutus kepada Firaun oleh raja-raja di mana negeri atau wilayahnya adalah jajahan takluk Mesir Purba.

 

Kedua, surat yang diutus oleh raja-raja setaraf yang mewakili kuasa-kuasa bebas di rantau tersebut.

 

Raja-raja yang wilayahnya adalah jajahan takluk Mesir Purba biasanya memberi gelaran mulia kepada Firaun dalam surat mereka sebagai bukti pengiktirafan kekuasaan baginda. Mereka sering mengadu permasalahan mereka untuk tindakan segera.

 

Contohnya, dalam surat antara pemerintah Tyre dengan Akhenaten, beliau mengadu tentang pakatan antara wakil sebuah wilayah dengan puak Habiru yang mengancam wilayahnya, mendedahkan wilayah yang dahulunya dikawal Mesir Purba kini dikawal oleh pakatan tersebut.

 

Surat dengan pemerintah serantau ditulis secara berhati-hati untuk menunjukkan kedudukan setaraf mereka. Mesir Purba adalah sebahagian daripada kelab kuasa besar serantau termasuk Babylon, Assyria, Mitanni, Hittite dan Alashiya (Cyprus). Walaupun kecil, Alashiya disertakan dalam kelab ini kerana rizab tembaganya yang banyak.

 

Contoh surat-menyurat antara Amenhotep III dengan Raja Kadasman-Enlil I dari Babylon menunjukkan pertukaran hadiah dan harapan agar seorang puteri raja Babylon diutus ke Mesir. Namun, Kadasman-Enlil I kecewa apabila permintaannya untuk mengahwini puteri raja Mesir Purba ditolak.

 

Dalam koresponden antara Tushratta, pemerintah Mitanni, dengan Akhenaten, baginda mengadu hadiah yang dikurniakan Amenhotep III tak setaraf dengan statusnya. Tushratta berharap bantuan Mesir Purba untuk mengekalkan prestijnya walaupun kedudukannya semakin terancam.

 

Assyria mula bangkit sebagai kuasa baru dengan mengurniakan hadiah mahal kepada Akhenaten sebagai tukaran pengiktirafan. Mesir Purba tetap dengan prestij yang sukar digugat oleh kuasa lain.

 

Zaman kegemilangan Amarna berakhir dengan kemangkatan Akhenaten.

 

Selepas menaiki takhta, Tutankhamun memadamkan legasi ayahandanya termasuk meninggalkan ibu kota yang dibinanya.

 

Sebahagian Surat-Surat Amarna diletakkan dalam lubang di bawah lantai bangunan, tersembunyi selama ribuan tahun sebelum ditemui semula pada akhir abad ke-19.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Anda pastinya tak sabar dengan buku terbaharu The Patriots, KITAB TAMADUN MESIR PURBA yang bakal menjelma semasa PBAKL nanti.

 

Buku ini lengkap menceritakan sejarah dan budaya masyarakat Mesir Purba sesuai untuk bacaan semua peringkat umur.

 

Baca bab-bab awal SECARA PERCUMA di sini: https://thepatriots.store/ktmp/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply