Bunyi macam kelakar, kan?
“Muzik boleh robohkan USSR.”
Tapi kalau kita lihat balik sejarah kejatuhan Soviet Union, muzik jadi salah satu sebab kejatuhan USSR. Khususnya muzik rock dari Barat. Dan ya, muzik seperti rock and roll memang ada kesan terhadap komunisme di USSR.
Ketika zaman Perang Dingin, Amerika Syarikat dan USSR bukan saja berlawan dalam soal ketenteraan dan teknologi, tapi juga dalam perang budaya. Amerika guna muzik, filem, fesyen dan gaya hidup sebagai senjata halus. Senjata ini disasarkan terus ke hati dan jiwa masyarakat Soviet.
Lagu-lagu dari Elvis Presley, The Beatles dan Pink Floyd mula bocor masuk ke negara-negara Blok Timur secara haram. Ada yang dengar melalui radio gelap macam Voice of America, ada yang dapat melalui kaset dan piring hitam seludup. Ada juga yang rakam lagu-lagu ini atas x-ray lama, yang digelar “bone records”.
Apa yang berlaku? Anak-anak muda Soviet mula jatuh cinta dengan muzik itu. Mereka dengar dalam senyap. Dalam bilik tertutup, di lorong-lorong sunyi. Tapi apa yang mereka dengar bukan sekadar muzik mereka dengar pasal kebebasan, individualisme, pemberontakan. Nilai-nilai ini jelas bertentangan dengan masyarakat komunisme yang rigid dan dikawal kerajaan.
Waktu ini muncul satu sub-kultur dipanggil Stilyagi. Anak muda yang pakai pakaian pelik-pelik ikut gaya Amerika, sukakan jazz dan kemudian rock. Mereka jadi simbol generasi yang enggan akur dengan norma USSR ketika itu.
Sudah tentu kerajaan USSR tak duduk diam. Mereka larang muzik Barat, gelar ia sebagai “penyakit budaya kapitalis”. Mereka rampas kaset, tutup stesen radio, bahkan penjarakan mereka yang degil. Tapi tekanan itu cuma buat muzik Barat makin popular. Makin larang, makin ramai nak dengar.
Perkara ini perlahan-lahan lemahkan kepercayaan rakyat terhadap ideologi komunis. Bila generasi muda dah tak percaya pada sistem sendiri, yang runtuhnya bukan saja ekonomi, tapi keyakinan. Dan ini membawa kepada gelombang pembaharuan pada era Gorbachev iaitu glasnost dan perestroika yang akhirnya membuka jalan kepada kejatuhan USSR pada 1991.
Benar, rock and roll bukan penyebab utama kejatuhan Soviet Union. Faktor utama tetap pada ekonomi yang gagal, konflik dalaman dan tekanan politik. Tapi muzik barat adalah pemangkin. Ia tak robohkan tembok Berlin, tapi ia robohkan tembok mental dalam fikiran anak-anak muda Soviet.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Comments are closed.