Tahun 1767, Ayutthaya tumbang. Kota yang megah selama lebih 400 tahun diserang dan dibakar oleh tentera Burma.
Rajanya melarikan diri, rakyat diperhambaka, dan negara berpecah kepada lima negeri iaitu Phimai, Phitsanulok, Sawangburi, Nakhon Si Thammarat dan Thonburi.
Dalam kekacauan ini, munculnya Taksin. Seorang gabenor muda yang berani dan bijak, beliau tidak rela melihat tanah airnya hancur.
Dengan kumpulan yang kecil, beliau memulakan misi sukar menyatukan kembali Siam.
[Perjalanan Epik Taksin]
Mengetahui Ayutthaya tidak dapat diselamatkan, Taksin dan 500 pengikutnya berundur ke Chanthaburi.
Dalam perjalanan, mereka bertempur dengan tentera Burma, namun tetap mara. Di Chanthaburi, beliau mengumpulkan tentera baru dan membina kekuatan.
Tidak lama kemudian, beliau bersedia untuk kembali merebut Siam.
[Menawan Semula Ayutthaya]
Pada akhir 1767, Taksin bergerak ke Ayutthaya. Sepanjang perjalanan, beliau menumpaskan pasukan kecil Burma.
Di Pho Sam Ton, pertempuran besar berlaku. Dengan strategi licik, Taksin menang dan Ayutthaya jatuh ke tangannya.
Namun, Ayutthaya sudah hancur. Beliau memilih Thonburi sebagai ibu kota baru yang lebih strategik dan mudah dipertahankan.
Pada 28 Disember 1767, beliau ditabalkan sebagai raja, membuka lembaran baru dalam sejarah Siam.
[Penyatuan Siam: Dari Utara ke Selatan]
Siam masih berpecah. Taksin perlu menakluk satu demi satu wilayah untuk mengembalikan kekuatan negara.
Di utara antara 1768 hingga 1770, beliau menawan Phitsanulok dan Sawangburi yang dikuasai Chao Phra Fang, seorang sami yang menubuhkan kerajaan sendiri. Dengan mengejut, Taksin menghapuskan pemerintahannya.
Di timur laut pada 1768, beliau menumpaskan Putera Thepphiphit di Phimai yang menuntut hak ke atas takhta lama. Thepphiphit dihukum bunuh dan Phimai diserap ke dalam Thonburi.
Di selatan pada 1769, Nakhon Si Thammarat diperintah oleh Nakhon Nu yang enggan tunduk. Taksin menghantar armada laut dan selepas pertempuran di Thamak, wilayah itu jatuh ke tangannya. Nakhon Nu ditangkap dan dibawa ke Thonburi.
Pada 1771, Hà Tiên yang diperintah oleh Mạc Thiên Tứ mengancam kestabilan Siam. Taksin menyerang dan menawan wilayah itu, mengukuhkan lagi kekuasaannya.
[Raja Taksin: Pahlawan yang Diingati]
Dalam empat tahun, Taksin berjaya menyatukan Siam. Keberanian, strategi dan kebijaksanaannya menjadikannya pemimpin luar biasa dalam sejarah Thailand.
Namun, tahun 1782, beliau digulingkan dalam rampasan kuasa oleh Chao Phraya Chakri yang kemudian menjadi Raja Rama I dan mengasaskan Dinasti Chakri.
Walaupun begitu, legasi Taksin tidak mati. Beliau dikenang sebagai raja yang menyelamatkan Siam dan mengembalikan maruah negara.
Sehingga kini, beliau masih dihormati sebagai pahlawan yang menyatukan bangsa.
___
Anda peminat sejarah benua Siam? Dari kerajaan Melayu seperti Sri Dharmaraja yang pernah memerintah benua Siam, sehinggalah ke sejarah kemasukan orang Thai membina kerajaan seperti Sukothai dan Ayutthaya, sehingga kepada pembentukan negara Thailand di bumi Siam, maka buku terbaru kami, KITAB TAMADUN SIAM ialah untuk anda.
PRA-TEMPAH SEKARANG dengan DISKAUN di https://s.shopee.com.my/4fhJ0MwbRT
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih