Pada hujung era 1990-an, muzik Malaysia dikatakan sedang berada diambang kejatuhan apabila lagu leleh semakin menjadi pilihan masyarakat. Bagi yang anti-lagu leleh, mereka lebih selesa bergerak di arena alternatif. Ketika kedua-duanya semakin terasing, secara tiba-tiba muncul sebuah kumpulan dan genre yang sangat asing berjaya menjadi popular dengan sekelip mata.

Kumpulan itu bukan popular kosong sahaja malahan telah berjaya mencatatkan jumlah jualan album tertinggi di Malaysia dan turut merevolusikan dunia. Persoalanya bagaimanakah kumpulan tersebut boleh popular pada ketika masyarakat lebih memilih leleh dan alternatif?

Aku kau panggil sayang, dia kau panggil sayang. Mana satu mahu mu?

Semuanya bermula apabila Farihin Abdul Fattah iaitu seorang punk rockers daripada Singapura telah mengesan bakat satu kumpulan nasyid yang bersama The Zikr. Jadi beliau telah sedaya upaya menarik The Zikr untuk bernaung di bawah Warner Music. Bagi menambahkan nilai komersial, bilangan ahli telah dikurangkan dan nama The Zikr ditukar kepada Raihan.

Selepas sahaja Raihan bernaung di bawah Warner Music, mereka diminta untuk mengubah sedikit muzik agar lebih mesra pendengar. Ini kerana muzik nasyid sangat dipengaruhi elemen padang pasir dan turut dinyanyikan dalam bahasa Arab. Siapa yang mendengar pasti ingat itu satu qasidah ataupun doa lantas menadah tangan. Apa yang Warner Music buat adalah cuba menggunakan model lagu gospel dari barat untuk diaplikasikan dalam lagu nasyid.

Akhirnya Warner Music berjaya menghasilkan lagu nasyid yang lebih kontemporari dan sesuai dengan jiwa kemelayuan. Berbekalkan perubahan itu, Warner Music yakin bahawa album Puji-Pujian daripada Raihan akan laku keras dan memberi kejutan besar kepada industri muzik Malaysia.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Namun apa yang diharapkan telah musnah apabila album Puji-Pujian langsung tidak laku kerana masyarakat masih dibuai leleh dan metal. Dia punya teruk tak laku itu sampaikan tiada langsung versi cetak rompak untuk album Puji-Pujian. Pencetak rompak pun fikir banyak kali nak duplicate Puji-Pujian sebab yang ori pun tak ada orang beli. Melihat trend ini bikin Warner Music agak sedikit tertekan ketika itu kerana modal yang banyak telah dikeluarkan sehingga mengambil keputusan untuk jual album Puji-Pujian di pasar malam.

Warner Music sedar lagu nasyid memang tiada tempat di Malaysia kerana sebelum ini pun kumpulan nasyid hanya bergerak secara underground. Album dan EP mereka pula hanya boleh didapati di pasar malam sahaja. Jadi mahu tak mahu, nasyid memang perlu kembali ke pasar malam.

Kalau jual dekat pasar malam memang tak untung dan fikir punya fikir, Warner Music dapat juga idea yang sangat bernas. Warner Music menyedari majoriti rakyat di negara ini beragama Islam dan bulan Ramadan pula sudah hampir tiba, jadi mereka serahkan salinan album Puji-Pujian kepada RTM.

RTM telah memainkan album tersebut berulang-ulang terutamanya ketika program keagamaan sehingga lagu nasyid stuck di dalam kepala penonton. Hal ini telah membuatkan ramai penonton RTM mula mencari album Puji-Pujian bagi mendengar keseluruhan lagu. Dalam masa yang singkat sahaja, album Puji-Pujian telah terjual sebanyak 300,000 unit.

6 bulan selepas pelancaran, angka jualan telah meningkat kepada 700,000 unit lantas menjadikan Puji-Pujian sebagai album terlaris di Malaysia. Ditambah pula, golongan pencetak rompak tidak menyangka album ini akan mendapat permintaan tinggi. Jadi mereka tidak dapat mengaut keuntungan secara haram dan pendengar pula hanya akan membeli album original sahaja.

The Zikr sebelum menjadi Raihan

Secara keseluruhannya, sebanyak 1.5 juta album Puji-Pujian telah terjual di Malaysia. Bagi pasaran antarabangsa pula, lebih 3.5 juta unit berjaya diedarkan. Kehadiran Raihan juga disokong penuh oleh kerajaan bagi mengekang muzik pelik-pelik masuk ke dalam negara. Buktinya Raihan berjaya membuat konser berskala besar di Kelantan.

Bermula dari situ, Raihan terus berjaya membuat konsert di seluruh dunia dan dapat merevolusikan muzik nasyid. Biarpun Raihan agak berdiam sedikit dan nasyid terus sunyi, apa yang mereka sumbangkan tidak boleh dinafikan. Walaupun ketika itu jiwa rakyat Malaysia sangat sendu dan melawan, Raihan berjaya menasyidkan mereka.

 


 

Ada banyak buku-buku menarik yang menanti anda di https://shopee.com.my/thepatriotsasia.

RUJUKAN:

Chen May. (1998, April 24). Malaysian rock band is saved by work of savvy marketers. The Wall Street Journal. Dipetik daripada https://www.wsj.com/articles/SB893358229760806500#_=_

Harian Metro. (2016, Mac 27). Legenda Raihan. Dipetik daripada https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2016/03/125715/legenda-raihan


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply