Dalam sejarah China, Qin Shi Huang ialah orang yang buat kerja mustahil menyatukan tujuh negeri yang bergaduh beratus tahun jadi satu empayar gergasi.
Tapi harga yang dibayar? Tak murah. Banyak nyawa melayang, banyak darah tumpah. Sebab tu walaupun dia dianggap wira penyatuan China, dalam masa yang sama dia juga dilabel kejam, diktator dan tak berhati perut.
Tapi macam mana sebenarnya dia boleh capai semua tu?
Ceritanya bermula jauh sebelum dia jadi maharaja. Nama asal dia Ying Zheng, anak kepada Raja Qin. Tapi khabar angin sejarah menyebut dia bukan anak raja pun.
Katanya dia anak Lu Buwei, seorang pedagang kaya yang “pinjamkan” isteri dia, Zhao Ji, kepada Raja Qin untuk dijadikan gundik.
Maka lahirlah Ying Zheng yang dibesarkan sebagai putera istana, tapi berdarah pedagang.
Masa dia naik takhta umur 13 tahun, Lu Buwei yang jadi pemangku raja. Tapi Lu Buwei takut rahsia asal-usul anak tu terbongkar, jadi dia jarakkan diri dan bagi Zhao Ji kepada orang lain iaitu Lao Ai.
Tak lama lepas tu, bila Ying Zheng dah besar dan bijak, Lao Ai buat rampasan kuasa. Tapi gagal.
Ying Zheng hukum mati Lao Ai, kurung mak dia sendiri dan Lu Buwei pun bunuh diri. Dari situ, Ying Zheng pegang kuasa penuh dan mula tunjuk taring sebenar.
Dia tak tunggu lama. Ying Zheng guna satu falsafah yang dipanggil Legalism iaitu falsafah keras yang kata undang-undang mesti ditegakkan walau apa pun jadi, walau sekejam mana pun hukuman demi kestabilan dan penyatuan.
China masa tu ada tujuh negeri besar iaitu Han, Wei, Zhao, Chu, Yan, Qi dan negeri dia sendiri, Qin.
Satu demi satu dia tawan, mula dengan Han tahun 230 SM dan sembilan tahun lepas tu, tahun 221 SM, semua negeri tunduk. Lepas tu, Ying Zheng isytihar diri sebagai Qin Shi Huang iaitu “Maharaja Pertama Qin”.
Tapi dia tak berhenti setakat tu. Dia tahu kalau nak kekal lama, dia kena ubah sistem. Jadi dia hapuskan sistem feudal lama, tukar kepada pemerintahan pusat.
Semua negeri kena ikut sistem undang-undang sama. Tulisan pun dia seragamkan. Ukuran berat, panjang, mata wang semua dia standardkan.
Dia nak pastikan dari hujung barat sampai timur China, rakyat bercakap dalam satu sistem yang sama.
Dan satu projek gila dia yang kita kenal sampai hari ni iaitu Tembok Besar China. Dia mula bina tembok besar sebagai sempadan utara untuk halang serangan puak gasar.
Tapi harga projek tu? Nyawa manusia. Rakyat dipaksa kerja, ramai mati masa bina tembok tu. Tapi bagi dia, semua tu demi kestabilan.
Dia juga dikenang sebagai maharaja yang sangat paranoid. Tiga kali orang cuba bunuh dia, jadi dia jadi obses nak hidup selamanya.
Maka bermulalah misi cari maulhayat atau air kehidupan abadi. Dia arahkan cendekiawan dan alkimia cari eliksir hidup selama-lamanya.
Tapi malangnya, pil yang diberikan pada dia sebenarnya mengandungi merkuri. Dan ya, racun itulah yang akhirnya bunuh dia.
Tahun 210 SM, Qin Shi Huang mangkat dalam perjalanan balik dari satu ekspedisi mencari ramuan hidup abadi. Tapi sebab dia terlalu yakin dia akan hidup selamanya, dia tak lantik pengganti.
Maka lepas dia mati, empayar dia yang gah tu runtuh dalam masa 4 tahun je. Rakyat bangkit memberontak, pengganti dia gagal dan Dinasti Qin tamat macam tu je.
Walaupun singkat, kesan dia kekal sampai ke hari ini. Tulisan China moden, sistem pentadbiran pusat, konsep empayar semua bermula dari tangan dia.
Orang mungkin kenang dia sebagai maharaja kejam yang kuburkan cendekiawan hidup-hidup dan paksa rakyat kerja sampai mati.
Tapi dalam sejarah, Qin Shi Huang tetap maharaja pertama yang berjaya menyatukan China dengan kuku besi, strategi perang dan undang-undang keras yang tak kenal belas kasihan.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih





