Setiap bangsa di dunia mempunyai sejarah pengamalan sihir baik di timur mahupun di barat. Bagi orang Yunani, cara terbaik untuk mereka menyihir sesiapa yang dimahukan mereka ialah menerusi tablet sihir!

Tablet sihir ialah tablet yang diperbuat daripada plumbum di mana jampi/sihir diukir di atasnya menggunakan huruf kecil. Selepas ukiran siap, ia akan dilipat, digulung atau ditusuk dengan paku sebelum ditanam. Kebiasaannya, tablet ini akan ditanam di kawasan perkuburan.

Tetapi penemuan 30 buah tablet sihir di sebuah bilik air di Kerameikos, Athens pada 2016 mencabar idea berkenaan. Kesemua tablet ini dikatakan ditanam di situ sejak akhir abad keempat hingga awal abad ketiga SM. Ahli arkeologi Dr Jutta Stroszeck percaya perubahan taktik dibuat atas faktor perubahan polisi yang berlaku di Athens ketika itu.

Disebabkan keinginan orang ramai ketika itu yang mahu menanam tablet sihir masing-masing, bukan sekali kes menceroboh dan merosakkan kubur dilaporkan. Justeru, bagi mencegah perkara ini daripada terus berlaku, pengawal keselamatan ditempatkan di situ bagi menghalang individu-individu tidak bertanggungjawab daripada masuk.

Namun begitu, itu bukan penghalang orang Yunani yang berdendam daripada terus menghantar tablet sihir. Ini mendorong mereka beralih kepada lokasi lain seperti perigi dan bilik air. Dua lokasi ini dipilih kerana ia menawarkan pilihan alternatif bagi mereka yang berdendam mengakses alam barzakh dan memastikan sihir mereka menjadi.

Polisi anti-sihir Demetrius of Phaleron mendorong orang ramai Yunani membuang tablet sihir mereka di perigi atau biilik air.

Dr Stroszeck percaya perkara ini berlaku semasa era pemerintahan Demetrius of Phaleron iaitu sekitar 317/307 SM. Pada ketika itu, negara kota Athens sibuk menyusun semula nekropolis mereka dan mengharamkan semua bentuk perlakuan sihir. Tambah Dr Stroszeck lagi, kubur menjadi pilihan tablet sihir ditanam kerana ia dianggap pembawa sihir pelakunya yang terbaik.

Malah, dalam sesetengah kes, ada artifak yang menjelaskan bagaimana tablet sihir ditanam di kawasan perkuburan. Misalnya di Kourion, Cyprus, terdapat satu tablet dari abad ketiga SM yang menjelaskan kubur mana sesuai sebagai pembawa tablet sihir. Antara kubur yang dicadangkan ialah kubur kanak-kanak dan bayi yang masih kecil, kubur orang yang mati akibat keganasan dan orang yang ditanam dalam kubur besar.

Bentuk tablet sihir yang berbentuk hempedu. Sumber: Dr Jutta Stroszeck / German Archaeological Institute

Tetapi akibat perubahan undang-undang yang dibawa Demetrius of Phaleron, maka pembuat tablet sihir terpaksa menjadikan perigi sebagai alternatif. Tambah Dr Stroszeck lagi, penemuan 30 tablet sihir itu turut mendedahkan pelbagai bentuknya yang berbeza-beza. Ada yang berbentuk hempedu dan ada juga yang dibentuk mengikut bentuk pisau.

Tablet sihir amat popular terutama di Athens. Ia dilihat sebagai satu cara menghalang pihak lawan daripada bersuara, bergerak atau berfikir di mahkamah sekaligus memberi kelebihan kepada si polan. Ada juga menggunakannya sebagai cara mencederakan bekas kekasih, bekas rakan kongsi perniagaan atau pesaing dalam dunia sukan.

Dan usah terkejut penunggang kereta kuda juga turut menggunakan tablet sihir sebagai cara untuk memenangi perlumbaan. Bagi golongan penjenayah Yunani pula, tablet sihir boleh disampaikan secara terbuka disebabkan status mereka sebagai sampah masyarakat. Jika dibaca sekali pandang, perlakuan sihir sebegini sama saja baik pada zaman Yunani mahupun dunia moden yang kita diami hari ini.

Namun begitu, dalam sesetengah tablet sihir, ada juga sihir yang diukir mempunyai permohonan positif. Ini turut menjelaskan mengapa sesetengah pakar arkeologi enggan mengelaskan perbuatan ini dalam kumpulan sama dengan tablet sihir. Sebaliknya, mereka lebih suka merujuk apa yang tertulis dalam tablet berkenaan sebagai doa memohon mendapatkan keadilan buat mereka.

Orang paling teruk terkena akibat tablet sihir ialah seorang jeneral bernama Alcibiades. Menurut riwayat, beliau memusnahkan sebahagian patung Hermes dalam keadaan mabuk. Perlakuan tersebut mencetuskan keributan dalam masyarakat Yunani kerana patung tersebut merupakan objek keagamaan yang suci.

Akibatnya, Alcibiades dikenakan tablet sihir berkali-kali oleh golongan agamawan Athens. Tambah memalukan, harta beliau juga dirampas. Melihat semua ini layak dikenakan terhadapnya atas apa yang berlaku, Alcibiades mengambil keputusan untuk hidup dalam buangan di negara kota Sparta.

RUJUKAN

Ishak, N. (2020, 5 Februari). Ancient Greeks Hid ‘Curse Tablets’ In Wells And Graves To Hex Their Enemies Even After They Died. AllThatsInteresting.

Funnell, R. (2022, 7 Jun). Discovery Of 30 Curse Tablets Shows How Athenian Bathhouse Well Became A Chute To The Underworld. IFLScience.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply