Tidak sah jika menyebut Tamadun Mesir Purba, cerita mumia sentiasa meniti di bibir. Ya, mumia menjadi subjek cerita budaya popular seperti dipaparkan dalam trilogi siri The Mummy atau filem The Mummy (2017). Tetapi tidak ramai tahu bagaimana proses pemumiaan ke atas m4yat dilakukan.
Amalan pemumiaan m4yat dikatakan bermula sekitar 3500 SM dengan perkataan mumia itu sendiri berasal dari perkataan Parsi, mum yang bermaksud lilin. Dalam kes pemumiaan, ia merujuk kepada proses tersebut di mana m4yat kelihatan seperti patung lilin. Idea pemumiaan dikatakan timbul selepas mereka melihat keadaan m4yat yang masih dalam keadaan baik terpelihara oleh pasir gurun.
Pada Zaman Badarian (sekitar 5000 SM), penduduk menawarkan persembahan makanan dan beberapa barang kubur, petunjuk bahawa masyarakat ketika itu percaya tentang kehidupan selepas kem4tian. Tetapi proses pemumiaan belum lagi dilakukan ke atas m4yat. Kubur ketika itu berbentuk segi empat tepat atau bujur dan cetek dengan m4yat diletakkan di sebelah kiri dalam kedudukan fetus.
Kubur-kubur ini dianggap tempat persemadian terakhir mereka dan jika mengikut tradisi masyarakat Mesopotamia, ia terletak dalam rumah atau berhampiran dengan kediaman keluarga si m4ti. Evolusi kubur dapat dilihat pada era-era seterusnya terutama pada era Dinasti Awal Mesir (3150-2613 SM) di mana makam berbentuk mastaba menjadi ganti kepada kubur ringkas dan tanah perkuburan dianggap satu pemandangan biasa.
Makam mengikut kepercayaan masyarakat ketika itu bukan sebagai tempat persemadian terakhir tetapi tempat transformasi di mana roh meninggalkan badan menuju ke alam barzakh. Tetapi bagi memastikan roh dapat meneruskan perjalanan ke alam berkenaan, m4yat harus berada dalam keadaan baik. Apabila ia keluar dari tubuh, roh memerlukan sesuatu yang memerlukan mereka membiasakan diri dengan perubahan baru.
Justeru, jika anda berpeluang melawat sesetengah tapak arkeologi Mesir era ini, anda akan perasan lukisan atau mantera yang dilukis pada makam-makam ini. Lukisan dan mantera-mantera ini diambil dari Book of the D3ad untuk mengingatkan roh apa yang berlaku dan apa yang perlu dijangka. Makam-makam ini turut mengandungi Teks Piramid dan Teks Keranda yang menceritakan kisah hidup si m4ti.
Menjelang era Kerajaan Lama (2613-2181 SM), proses mumifikasi merupakan proses standard dalam menguruskan m4yat dan kebanyakan ritual pengurusan ada kaitan dengan kultus Osiris yang menjadi sembahan masyarakat Mesir Purba ketika itu. Mengikut mitos Mesir Purba, Osiris dan isterinya, Isis (adik kepada Osiris) merupakan pemerintah awal Mesir selepas dunia diciptakan.
Semasa era pemerintahan mereka, rakyat diberi pengetahuan tentang pertanian dan ketamadunan serta lelaki dan wanita diberi hak tinggal bersama dalam keadaan harmoni dan seimbang. Namun, kemakmuran Mesir mengundang cemburu kekandanya, Set yang bertindak membunuh Osiris dengan baginda dikurung dalam keranda dan dicampak ke Sungai Nil.
Dari situ, Set kemudiannya mem0tong tubuh adindanya itu dan menyebarkan ke seluruh Mesir. Isis berjaya mendapatkan semula tubuh suaminya dan berjaya menyatukan kembali tubuhnya dengan bantuan adindanya, Nephthys. Namun, pemulihan Osiris tidak lengkap kerana bahagian alat sulitnya dimakan oleh ikan.
Akibatnya, Osiris tidak lagi dibenarkan kembali ke alam dunia dan menjadi pemerintah alam kem4tian. Tetapi sebelum baginda berangkat ke alam barzakh, mereka sempat bersama dengan Isis berubah menjadi layang-layang dan mendapat seorang cahaya mata bernama Horus. Bila baginda menginjak usia dewasa, Horus membalas d3ndam terhadap Set, merampas semula kerajaan dan mengembalikan keamanan di bumi Mesir.
Proses pemumiaan dibuat mengikut tahap kewangan keluarga si m4ti. Proses terbaik dikatakan bertaraf Osiris dan dilihat sesuai bagi individu bertaraf raja, bangsawan atau orang kaya. Seterusnya, proses pemumiaan yang berkualiti rendah dan murah dan akhir sekali, proses mumifikasi yang paling rendah kosnya. Semua nilai proses ini direkodkan oleh sejarawan Yunani, Herodotus.
Bagi keluarga yang berkemampuan melakukan proses mumifikasi tetapi memilih untuk tidak melakukannya, bersedialah dihantui oleh si m4ti. Ini kerana si m4ti akan tahu apa jenis proses mumifikasi yang dipilih waris dan akan diberi peluang oleh dewa-dewi Mesir Purba untuk membalas d3ndam sekiranya wujud ketidakadilan terhadapnya.
Selalunya, proses pemumiaan mengambil masa lama antara hari kem4tian dengan upacara pengebumian/pemakaman biasanya mengambil masa 70 hari. Tetapi dalam kes tertentu seperti kes Permaisuri Merensakh III, isteri kepada Firaun Khafre (pembina piramid kedua di Giza), baginda hanya dimakamkan 274 hari selepas kemangkatannya.
Bahan yang diperlukan untuk proses mumifikasi mengikut pemerhatian Herodotus:
- Natron dan salap
- Resin
- Liken dan bawang
- Habuk gergaji, jerami, pasir dan kain buruk
- Rempah ratus
- Lilin lebah
- Kemenyan dan mirh
- Ar4k palma
Proses pemumiaan bermula dengan proses mandian selama tiga hari dalam satu struktur sementara bernama ibw. Selepas siap dibersihkan, m4yat akan dibawa ke wabet (tempat penyucian) atau per nefer (rumah kecantikan) di mana proses mumifikasi sebenar bermula. Menurut Herodotus, pengawet akan mengeluarkan otak daripada m4yat kerana otak bukan pusat logik dan identiti.
Satu cangkuk panjang dimasukkan ke dalam hidung untuk sampai ke bahagian kranium dan dipusing bagi mencairkan otak sebelum dituang ke dalam sebuah mangkuk. Kemudian, organ-organ dalaman seperti usus, buah pinggang dan paru-paru dikeluarkan kecuali jantung yang dianggap pusat logik dan identiti manusia.
Selepas itu, m4yat akan direndam dalam satu campuran natron selama 40 hari dengan setiap ruang badan diisi dengan natron dan dikeringkan dari dalam. Berdasarkan satu eksperimen pada tahun 1994, ahli kaji purba Mesir Bob Brier dan Dr Ronald Wade mendapati untuk setiap proses mumifikasi, si pengawet memerlukan 580 paun natron untuk menutup dan mengeringkan m4yat.
Pelbagai jenis minyak dan resin cair disapu pada m4yat. Ia dibuat bagi mengelak atau melewatkan gangguan serangga dan menutup bau m4yat. Proses ini dikatakan mengambil masa sehingga sebulan berdasarkan catatan sejarawan Yunani, Diodorus Sicolus selepas mengadakan lawatan ke Mesir pada abad pertama SM.
Akhir sekali, barulah m4yat dibalut dengan kain dan ia dibuat dengan penuh penghormatan, kadang-kadang mengambil masa berhari-hari. Jumlah kain yang digunakan berbeza-beza mengikut mumia yang diuruskan dan kadang-kadang pakaian lama si m4ti digunakan untuk si m4ti yang miskin. Tukang awet turut meletakkan pelbagai azimat dan kertas papirus mengandungi mantera bagi melindungi si m4ti semasa di alam barzakh.
Sekiranya si m4ti merupakan golongan elit, mumia akan ditutup dengan topeng dan diletakkan dalam keranda bersesuaian dengan statusnya. Memandangkan pengebumian/pemakaman merupakan hal ehwal awam, jika yang berkemampuan, mereka boleh saja mengupah orang berkabung profesional. Wanita-wanita ini digelar Layang-Layang Nephtys dan mereka menggalakkan orang ramai menyatakan kesedihan melalui mereka.
Bagi setiap kubur atau makam, tidak sah jika tidak ada barang yang menemani si m4ti. Ini termasuklah patung-patung shabti di mana ia boleh diaktifkan di alam barzakah menerusi bacaan mantera bagi melaksanakan apa saja tugas yang diperlukan si m4ti. Bagi pakar-pakar arkeologi, bilangan patung shabti menentukan taraf kekayaan si m4ti.
Selain patung shabti, barangan lain yang disemadikan bersama si m4ti termasuklah bir, pakaian, roti dan mumia haiwan peliharaan. Semua ini akan ada di alam sana dan dianggap berguna kepada si m4ti. Sebelum makam/kubur ditutup, seorang pendeta akan melaksanakan ritual memulihkan semula fungsi mata, telinga, hidung dan mulut si m4ti sambil memanggil nama Isis dan Nephtys.
Selalunya, individu yang bertanggungjawab menguruskan ritual ini ialah anak atau waris si m4ti sekaligus mengaitkan kembali dengan kisah Osiris dan puteranya, Horus. Selepas ritual dilaksanakan, si m4ti akan mendapat fungsi pancainderanya semula sebelum meneruskan perjalanan ke alam barzakh. Setelah itu, selepas mumia dikuburkan/dimakamkan, barulah proses pemumiaan selesai dan kehidupan kembali seperti biasa.
RUJUKAN:
- Mark, Joshua. (2017). Mummification in Ancient Egypt. Ancient.eu. https://www.ancient.eu/article/44/mummification-in-ancient-egypt/
- Alvarez Sosa, Milagros. (2017). How to Make a Mummy in 70 Days or Less. National Geographic. https://www.nationalgeographic.com/history/magazine/2017/03-04/egyptian-mummification-technique-process-purpose/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih