Orang Berber atau Amazigh merupakan etnik peribumi yang bertaburan di sekitar wilayah Maghribi, Algeria dan Libya serta sekitar Afrika Utara. Orang Berber ni berbeza dengan Arab lebih-lebih lagi dalam penggunaan bahasa.

 

Macam mana diorang boleh peluk Islam?

 

Penaklukan orang Islam ke atas Afrika bermula sejak zaman pemerintahan Umar al-Khattab (ra). Ekspedisi orang-orang Arab ke Mesir pada 642M merancakkan lagi misi Futuhat Islamiyah.

 

Ketika pemerintahan Bani Umaiyyah sekitar 665M hingga 689M menyaksikan penaklukan baharu di bahagian barat Afrika Utara.

 

Panglima Umaiyyah, Uqba ibn Nafi memimpin 10,000 tentera Islam menuju ke Tunisia. Kota Kairouan dibuka oleh beliau pada 670M sebagai pusat ketenteraan di Afrika.

 

Selepas Uqba tak berjaya takluk Tangier, beliau berundur lalu diserang hendap oleh Gabungan Berber-Byzantine di bawah raja berber dari Kerajaan Altava yang dikenali sebagai Kusaila. Tentera Islam dan Uqba dihancurkan dan Uqba terkorban disana.

 

Pada 698M, akhirnya tentera Islam berjaya menakluk Carthage dibawah Hassan ibn al-Nu’man. Kemudian, berlaku pemberontakan Berber terhadap pemerintah Arab yang seterusnya membawa kepada kemenangan penting dalam Pertempuran Meskian.

 

Selepas penaklukan Muslim di wilayah Maghreb, kebanyakan puak Berber akhirnya menjadi Muslim.

 

Musa ibn Nusair dilantik menjadi Gabenor Ifriqiya. Beliau terkenal dengan jumlah pendakwah yang banyak yang beliau kumpulkan yang terdiri daripada orang Berber yang memeluk Islam dan orang dari wilayah lain juga.

 

Tapi orang-orang Berber ni dianak tirikan dan dilayan tak sama dengan orang-orang Arab. Diorang dikenakan banyak cukai, sebagai mualaf diorang dianggap sebagai masyarakat kelas kedua dan diperhambakan. Malah orang-orang Berber yang jadi tentera turut dibayar rendah.

 

Akibatnya, pemberontakan berlaku dibawah Khawarij bersama orang-orang Berber melawan Khalifah Hisham ibn Abdul Malik.

 

Bani Umaiyyah berjaya halang pemberontakan, tapi Ifriqiya dan al-Andalus jatuh ke tangan pemberontak dan Maghreb tak pernah kembali ke tangan Umaiyyah.

 

Selepas gagal menawan ibu kota wilayah Umaiyyah di Kairouan, tentera pemberontak Berber dibubarkan dan Maghreb berpecah-belah menjadi kerajaan-kerajaan kecil Berber yang diperintah oleh ketua suku dan imam Khawarij.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Korang yang meminati budaya tamadun, mesti teruja nak baca TAMADUN UNTUK PEMULA. Buku ni akan jadi pintu untuk korang selam lagi banyak tamadun di dunia yang mempesonakan korang! Klik: https://shope.ee/9ewudsn58J


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply