Lepas penat buat kerja, korang perasan tak? Kalau member korang menguap dekat sebelah, tak lama lepas tu mesti korang menguap jugak. Eh memang saja mengajuk ke? Atau ada penjelasan saintifik disebalik benda ni?

 

Ada sebenarnya. Menguap yang berjangkit ni sebenarnya disebabkan tindak balas psikologi yang dikenal sebagai “Non-Concius Mimicry.”

 

Benda ni jadi bila kita nampak orang menguap dan secara tak langsung otak kita memproses maklumat untuk meniru perlakuan yang sama tanpa sedar. Keadaan ini berada di luar kawalan kita dan ia dikawal sepenuhnya oleh otak.

 

Manakala teori yang kedua pula, menguap yang berjangkit adalah disebabkan dorongan “Neuron Cermin.” Dalam otak manusia, ada bahagian-bahagian yang dipenuhi neuron cermin yang mana asalnya berfungsi untuk proses pembelajaran dan kesedaran individu.

 

Teori ketiga pulak, kajian menggunakan teknologi fMRI buktikan bila seseorang tu nampak atau dengar orang menguap, sesetengah kawasan dalam otaknya yang dipenuhi neuron cermin ni akan aktif dan membuatkan seseorang tu menguap jugak.

 

Teori keempat pulak disebabkan oleh penglibatan tindak balas psikologi dipanggil “emphaty.” Kita sebenarnya akan lebih terdorong untuk berjangkit untuk menguap dengan orang yang kita kenal berbanding orang asing kerana tindak balas ini disokong oleh sifat empati dalam diri.

 

Kajian oleh University of Vienna mendapati individu akan terdorong untuk menguap apabila berada dalam suhu tinggi.

 

Semakin panas otak, semakin tinggi keberangkalian seseorang untuk menguap. Suhu otak seseorang juga akan menurun sebaik selepas menguap.

 

Kajian oleh pengkaji bernama Georgina M. Jackson pula mendapati manusia cenderung untuk berjangkit menguap yang dicetuskan secara automatik oleh tindakan refleks secara tidak sedar atau primary motor cortex.

 

Secara mudahnya, bahagian itulah yang bertanggungjawab pada fungsi motor otak seseorang.

 

Kajian sama jugak kata semakin kita tahan daripada menguap lepas nampak seseorang menguap, semakin bertambah rasa nak menguap.

 

Sebenarnya, kecenderungan untuk menguap berbeza-beza pada setiap individu.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Mungkin masa korang baca trivia ni pun korang boleh menguap sebab nampak gambar ni. Pernah tertanya-tanya tak kenapa manusia jahil boleh mengaku bijak? Persoalan ni terjawab di dalam buku THE HUMAN’S COMPLEX! Dapatkan segera sementara DISKAUN KINI SETINGGI RM15! Boleh beli sini:

https://bit.ly/TheHumanComplexShopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply