Setiap tahun, satu soalan yang pasti bermain di minda ramai rakyat Malaysia ialah: “Bila kita mula puasa? Sabtu ke Ahad?”

Persoalan ini sebenarnya melibatkan satu proses yang sangat sistematik dan berpandukan kaedah falak yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja.

[ESOK TENGOK ANAK BULAN!]

Di Malaysia, penentuan awal Ramadan dibuat menggunakan kaedah Imkanur Rukyah iaitu gabungan antara Rukyah (melihat anak bulan) dan Hisab (kiraan astronomi).

Kaedah ini digunakan sejak tahun 1995 dan menjadi garis panduan rasmi bagi menetapkan permulaan bulan hijri di Malaysia.

Dulu pernah ada negeri yang puasa awal sehari sebab kita tak seragamkan kaedah ni. Cuba teka negeri apa?

Tapi sebelum kita lebih jauh, jom kita faham macam mana proses ini berlaku.

[Kaedah Imkanur Rukyah – BUKAN MAIN AGAK-AGAK!]

Imkanur Rukyah menetapkan dua syarat penting untuk anak bulan dikira sebagai kelihatan:

1. Ketinggian anak bulan mestilah sekurang-kurangnya 3° dari ufuk.

2. Jarak lengkung (elongasi) antara matahari dan bulan mesti lebih 6.4°.

Jika anak bulan memenuhi syarat ini ketika matahari terbenam, maka keesokan harinya akan diumumkan sebagai 1 Ramadan. Tapi kalau tak cukup syarat, bulan Syaaban akan digenapkan jadi 30 hari dan kita mula puasa sehari selepas itu.

Nak mudah faham? Kalau altitud bulan rendah sangat atau jarak lengkung terlalu dekat, anak bulan sukar dilihat dengan mata kasar walaupun melalui teleskop canggih.

Jadi, kalau bulan “tak cukup syarat”, kita teruskan dengan hitungan 30 hari untuk memastikan takwim kita selari dengan hukum syarak.

[Kenapa Ada Negara Puasa Awal?]

Pernah tak tertanya-tanya kenapa ada negara macam UAE atau Arab Saudi mula puasa sehari lebih awal dari Malaysia? Itu sebab mereka guna kaedah Wujudul Hilal, kaedah yang berbeza dengan kita.

Dalam kaedah Wujudul Hilal, asalkan anak bulan dah wujud di atas ufuk, walaupun tak nampak dengan mata kasar, mereka akan terus isytiharkan esok sebagai 1 Ramadan.

Sebab itu kadang-kadang raya atau puasa kita tak sama dengan negara lain!

[Kenapa Kita Pernah Raya Mengejut?]

Masih ingat tahun 2022 bila raya jatuh sehari awal dan ramai yang kelam-kabut tukar plan?

Berdasarkan kiraan awal, syarat jarak lengkung tak cukup, tapi altitud bulan cukup tinggi dan boleh dilihat di Labuan. Maka, pengumuman dibuat selepas anak bulan benar-benar nampak.

Ini membuktikan bahawa walaupun hisab digunakan untuk kiraan awal, keputusan akhir tetap bergantung kepada cerapan anak bulan secara langsung.

[Siapa Tentukan Puasa?]

Walaupun ahli falak dah buat perkiraan, keputusan rasmi hanya boleh diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja setelah mendapat perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Inilah sebabnya setiap malam 29 Syaaban, kita semua akan setia menunggu pengumuman rasmi di televisyen dan teka baju Melayu warna apa yang dipakai oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja!

Buat masa ini, terdapat 29 lokasi rasmi cerapan anak bulan di seluruh negara, termasuk di:

Bukit Melawati, Selangor
Bukit Peraksi, Kelantan
Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Melaka
Balai Cerap Al-Biruni, Sabah
Pantai Pasir Panjang, Perak

Setiap lokasi ini memainkan peranan penting untuk memastikan keputusan yang tepat dan sahih, selaras dengan ilmu falak dan hukum Islam.

Sebagai umat Islam, kita perlu faham bahawa penentuan awal Ramadan bukanlah sesuatu yang dibuat sesuka hati. Ia melibatkan kiraan teliti, cerapan anak bulan dan persetujuan pihak berautoriti.

Jadi, lain kali kalau ada yang persoalkan kenapa Malaysia mula puasa lambat sehari dari Arab Saudi, bolehlah jawab dengan penuh yakin!

Apa pun, jangan sibuk fikir raya dulu, pastikan puasa cukup dulu!

___

Mesti korang tertanya-tanya, apa lagi benda menarik yang berlaku sepanjang berlangsungnya kemuncak ketamadunan Islam kan?

Jangan lupa dapatkan KITAB TAMADUN ISLAM sementara stok masih ada!
https://shope.ee/7AEiV1lQvL


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Comments are closed.