Siapa pernah dengar pasal Kerajaan Jembal? Mungkin cerita ni tak sefemes Kerajaan Pattani dan Cik Siti Wan Kembang, tapi inilah kerajaan yang pernah memerintah Kelantan satu ketika dahulu.
Macam mana Kerajaan Jembal bermula?
Kerajaan Jembal diasaskan oleh Raja Besar yang dikatakan datang dari keturunan Raja Bersiung yang pernah memerintah Kedah.
Pada awal abad ke-17, Raja Besar dan pengikutnya cari satu tempat yang sesuai untuk dijadikan negeri. Angkatan baginda jumpa satu kawasan tanah subur di tepi Sungai Babong dan Pulau Melaka.
Baginda arahkan pengikutnya dirikan sebuah kota. Dalam kawasan tu ada sebatang pokok yang sangat besar iaitu pokok Jambu Jembal, lalu baginda menamakan tempat tu sebagai Jembal.
Pada 1638M, Raja Besar tabalkan Raja Sakti sebagai raja Jembal dan memerintah bahagian utara dan timur Kelantan.
Tak lama lepas pertabalan Raja Sakti, Raja Besar pun mangkat. Ada yang mengatakan Raja Besar ghaib menghilangkan diri. Sebab itu makam baginda tak wujud di kawasan Jembal.
Setelah Raja Sakti merasa dirinya dah uzur, Raja Sakti serahkan pentadbiran negeri kepada anak-anaknya. Pada 1649M, Raja Loyor ditabalkan sebagai raja Jembal.
Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara, Raja Omar sebagai Raja Muda dan Raja Sungai sebagai Raja Temenggung.
Kerajaan Jembal terus maju dan makmur di bawah pemerintahan Raja Loyor. Baginda buat hubungan dengan kerajaan-kerajaan sekitar termasuklah dengan kerajaan di Gunung Cinta Wangsa di bawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang.
Raja Loyor dikurniakan seorang putera yang diberi nama Raja Sakti sempena ayahanda baginda, tetapi mangkat dalam usia setahun. Seorang lagi puteri diberi nama Puteri Mariam tetapi lebih dikenali sebagai Puteri Saadong.
Cik Siti Wan Kembang ambil Puteri Saadong sebagai anak angkat baginda dan cadang nak serahkan takhta kerana Cik Siti takde anak dan suami.
Setelah pinangan Maharaja Siam ditolak, Puteri Saadong dikahwinkan dengan Raja Abdullah. Tak lama kemudian, Cik Siti Wan Kembang gering. Baginda dibawa balik ke Gunung Cinta Wangsa dan mangkat di sana. Setelah kemangkatan Cik Siti Wan Kembang, seluruh negeri Kelantan diperintah oleh Raja Loyor.
Puteri Saadong dibawa ke Ayuthaya setelah Siam menyerang Kota Jelasin. Ketika Puteri Saadong berada di Siam, ayahandanya Raja Loyor mangkat. Adinda baginda Raja Omar ditabal jadi raja dengan gelaran Sultan Omar.
Dipendekkan cerita, berlakunya tragedi cucuk sanggul antara Puteri Saadong dan Raja Abdullah.
Kelantan amat maju di bawah Sultan Omar. Baginda dapat satukan Kelantan di bawah satu pentadbiran. Baginda buat lawatan ke seluruh jajahan negeri. Baginda buka satu kawasan tanaman padi yang luas di Padang Jembal, Bachok.
Menariknya, baginda adakan hubungan diplomatik dengan negara luar seperti Pattani, China dan Jawa serta negeri jiran seperti Terengganu.
Sultan Omar mangkat pada 1721 setelah memerintah selama 46 tahun. Sultan Omar diganti oleh anakanda baginda Raja Kecil Sulong namun mangkat tak lama kemudian pada 1725.
Waktu ini, putera Raja Kecil Sulong iaitu Raja Abdul Rahman masih kecil. Raja Pah iaitu anak kepada Sultan Omar yang berkahwin dengan Long Bahar mempengaruhi pembesar negeri supaya suaminya dilantik jadi Sultan.
Long Bahar pun ditabalkan jadi Sultan. Raja Abdul Rahman hilang hak beliau. Apabila Long Bahar mangkat, anakanda baginda Long Sulaiman dilantik memerintah Kelantan. Dari keturunan Long Sulaiman inilah datangnya salasilah susur galur Kesultanan Kelantan sehingga hari ini.
Nama Jembal yang begitu bersejarah hanya kekal disebut rakyat jelata sehingga tahun 1922 M sahaja. Bermula pada tahun tersebut, Jembal dikenal dengan nama Kampung Kedai Lalat.
Di sekitar Kedai Lalat, masih terdapat ramai keturunan Raja Jembal. Keturunan kerabat Raja Jembal ni menggunakan gelaran Raja, Tengku, Tuan, Ku dan Nik. Kalau korang ada member yang berpangkal nama gelaran ni, mungkin diorang keturunan Raja Jembal.
Oleh: Azizul Farhan
___
KITAB TAMADUN MELAYU II bakal bawa korang kenal banyak kerajaan Melayu yang pernah atau masih wujud hingga hari ini! Dapatkan segera di Shopee kami:
https://shope.ee/6zw5WznX8B
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih