Antara persoalan paling menarik tentang manusia prasejarah adalah hubungan antara ibu dan anak. Hubungan ini adalah sebuah fitrah yang tidak dapat disangkal. Memang benar, ramai ibu tidak mahu anak.
Malah ada ibu sebenarnya mahu anaknya tetapi fikirannya dikaburi tekαηαη perasaan akibat kemurungan pasca-bersalin (post-partum depression). Sisi saintifik banyak mendedahkan ciri-ciri hubungan ibu dan anak.
Tumbesaran bayi dikaji habis, sampai hari ini saintis tahu pasal risau berpisah (separation anxiety) dalam kalangan bayi mula merangkak (Pelaez, et al., 2013).
Benda yang sama berlaku beratus ribu tahun dahulu, ketika manusia prasejarah menjelajahi dunia ini. Perlu cakap dengan jelas: manusia prasejarah adalah manusia. Fitrah mereka adalah sama seperti orang zaman sekarang dengan kebolehan bertutur, berbahasa dan berbudaya.
Kenyataan ini harus diterima, bahawasanya Charles Darwin (dan mana-mana pelopor sains) tidak pernah berkata manusia berasal daripada beruk.
Maka ketepikan gambaran dan stigma keberukan terhadap manusia prasejarah. Tidak perlu bayang muka penuh bulu, padahal muka manusia sekarang pun apa kurangnya dengan janggut penuh kutu bagai.
Terlalu banyak penekanan tentang budaya prasejarah sampai jarang sekali saintis sentuh perihal hubungan sosial ibu dan anak. Pihak Universiti Kebangsaan Australia menyedari kelompangan ilmu ini.
Jadi mereka mula berfikir luar kotak dan cuba mengenal pasti tentangnya (dan mencari jawapan di sebalik punca kemαtiαη bayi yang sangat tinggi ketika itu). Spekulasi paling mudah adalah, kualiti penjagaan kesihatan yang tidak setanding dengan αηcαmαη penyakit.
Tetapi pihak universiti ini menemui sesuatu yang tidak dijangka selama ini. Kadar kemαtiαη bayi ketika itu tidak sama sekali mencerminkan bab penjagaan kesihatan dan penyakit.
Bermakna andaian selama ini sebenarnya tiada asas. Dulu ada yang berkata, 40 peratus bayi yang dilahirkan pada zaman prasejarah tidak sempat capai usia setahun. Tiada bukti langsung dapat mengesahkan andaian ini.
Sebaliknya, lagi banyak rangka bayi dikaji, lagi banyak jawapan ditemui. Dan semua jawapan ini bercerita tentang kadar kelahiran… bukan pasal penyakit yang menyebabkan kemαtiαη (McFadden, et al., 2021).
Dapatan ini membuktikan bahawa ibu-ibu prasejarah sebenarnya pandai jaga anak. Mereka mampu membesarkan anak masing-masing sampai lanjut usia. Dan mana yang pergi buat selamanya diberi penghormatan terakhir, iaitu kυbυr diisi manik atau apa-apa hadiah kebudayaan.
Jika mereka binatang, tentu sekali perkara ini takkan berlaku. Sebaliknya, anak-anak akan ikut ibu bapa sampai satu masa… apabila fitrah kehaiwanan mengambil alih seolah-olah kehidupan mereka berjadual tanpa sebarang naluri manusiawi.
Sebaliknya, keibubapaan (parenting) prasejarah jauh sekali sebegitu primitif. Sekitar 12,000 tahun lalu, ibu bapa prasejarah menggendong bayi mereka pada dada atau belakang dengan selembar kulit.
Jadi anak boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Malah dari segi saintifik, perbuatan ini mengakrabkan ibu bapa dan anak kerana ada hubungan kulit (skin to skin). Dan setiap jam, ibu atau bapa akan memastikan bayi tidak menangis (Zeidman, 2016). Fikir sendiri kenapa – kalau bayi menangis, mesti binatang bυαs terdengar.
Orang dewasa prasejarah juga akan menggalas tanggungjawab ibu bapa angkat. Jika anak orang lain sedang menangis, mereka akan datang begitu cepat seolah-olah itu anak mereka. Nilai kebersamaan sebegini adalah punca kenapa manusia tidak pυpυs. Kerana semua dalam kalangan manusia prasejarah saling menjaga antara satu sama lain.
RUJUKAN:
McFadden, C., et al. (2021). Determinants of infant mortality and representation in bioarchaeological samples: A review. American Journal of Biological Anthropology.
Pelaez, M., et al. (2013). Social referencing in infants of mothers with symptoms of depression. Infant Behavioral Development. 36 (4): 548-556.
Zeidman, A. (2016, Ogos 16). Why Prehistoric Parenting Wasn’t As Primitive As You Might Think. Fatherly.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih