Kalaulah Batu Rosetta tak ditemui, mungkin Hieroglif tak dapat dibaca semula. Benarkah dakwaan tersebut? Mari kita terbang ke era Napoleon di Mesir.
Kisah penemuan semula Batu Rosetta bermula pada tahun 1798, tahun di mana Napoleon Bonaparte menyerang Mesir.
Julai 1799, Perancis membaiki sebuah kubu usang yang terletak berhampiran kota pelabuhan Rashid, pantai utara Mesir. Perancis memanggil kota tersebut sebagai Rosetta.
Semasa kerja pembinaan semula kubu tersebut, seorang jurutera tentera yang bernama Pierre-Francois Bouchard terjumpa sebongkah batu yang penuh dengan tulisan.
Maka beliau pun hantar batu itu ke Institute d’Egypte (Institusi Keilmuan Mesir) yang terletak di Kaherah. Napoleon sendiri turun bagi memeriksa Batu Rosetta sebelum beliau kembali ke Perancis pada bulan Ogos tahun sama.
Keberadaan Perancis di Mesir tak lama, memandangkan mereka menyerah kalah kepada British dan Uthmaniyah pada tahun 1801. Salah satu rampasan yang diambil oleh British ialah Batu Rosetta.
Akhirnya, Batu Rosetta disimpan di Muzium British di London. Kapur putih digunakan untuk menyerlahkan tulisan pada batu itu agar lebih mudah dibaca.
Sebelum Batu Rosetta ditemui, banyak usaha telah dilakukan untuk membaca Hieroglif antaranya dilakukan oleh ahli kimia Arab abad ke-9, Abu Bakr Ahmad Ibn Wahshiyah yang berjaya menterjemah beberapa abjad Hieroglif.
Namun, penemuan Batu Rosetta dan penyebaran meluas salinan serta teksnya menyebabkan usaha-usaha baru dilakukan.
Salinan dan transkripsi prasasti purba itu dibuat untuk dikaji oleh ilmuwan di seluruh dunia. Pada masa itu, tulisan Hieroglif dan demotik di Batu Rosetta masih belum difahami, jadi ramai ilmuwan beralih kepada tulisan Yunani.
Walaupun bahasa Yunani sudah dikuasai oleh ilmuwan Barat, menterjemahkan teks menjadi cabaran kerana variasi bahasa Yunani pada Batu Rosetta kurang difahami.
Setelah teks Yunani diterjemahkan, ilmuwan cuba menterjemahkan teks Hieroglif dan Demotik.
Salah seorang ilmuwan yang menyelidiki teks itu ialah Silvestre de Sacy, seorang orientalis Perancis. Beliau cuba menterjemahkan teks Demotik dengan merujuk kepada teks Yunani.
De Sacy cuba mengenal pasti nilai fonetik dalam setiap simbol, tetapi kajian beliau tidak membuahkan sebarang hasil.
Ilmuwan pertama yang berjaya menemui sesuatu tentang Batu Rosetta adalah Thomas Young dari Britain. Beliau memfokuskan penyelidikan ke atas teks Demotik dan Hieroglif.
Young mengemukakan hipotesis bahawa simbol Hieroglif dalam cartouche merupakan ejaan fonetik bagi nama-nama kerabat diraja.
Namun, Hieroglif pada Batu Rosetta masih sukar diterjemahkan kerana kurangnya kefahaman terhadap nilai fonetik pada simbol-simbol tersebut.
Jean-Francois Champollion kemudiannya membantah pandangan Young dan menyatakan bahawa beberapa simbol Hieroglif mempunyai nilai fonetik. Dia juga mengatakan bahawa teks Hieroglif itu merupakan terjemahan dari teks Yunani.
Champollion bukan sahaja menganalisis Batu Rosetta malah juga hubungan antara Hieroglif dengan bahasa lain seperti Koptik Mesir – salah satu tulisan yang digunakan di akhir era Mesir Purba. Dengan itu, abjad bahasa hieroglif akhirnya dapat didengar hari ini.
Pada 27 September 1822, beliau mengumumkan bahawa beliau berjaya membuka kunci yang membuka kembali sejarah Mesir Purba.
Oleh: Azizul Farhan
___
Anda pastinya tak sabar dengan buku terbaharu The Patriots, KITAB TAMADUN MESIR PURBA yang bakal menjelma semasa PBAKL nanti.
Buku ini lengkap menceritakan sejarah dan budaya masyarakat Mesir Purba sesuai untuk bacaan semua peringkat umur.
Baca bab-bab awal SECARA PERCUMA di sini: https://thepatriots.store/ktmp/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih