Sebelum Labuan diserahkan oleh Sabah kepada Kerajaan Persekutuan pada 1984 untuk menjadi Wilayah Persekutuan kedua Malaysia, Labuan pernah menjadi sebahagian daripada wilayah kerajaan Brunei Darussalam.

 

Namun, Brunei terpaksa melepaskan Labuan kepada Syarikat Borneo Utara British (SBUB). Apa sebenarnya yang terjadi?

 

Penyerahan Labuan dan Perjanjian 1847 berlaku selepas kematian Raja Muda Hashim yang memberi kesan kepada strategi luar British untuk tidak campur tangan dalam urusan politik Brunei.

 

Sebelum ini, James Brooke berulang kali merayu kepada Kerajaan Inggeris supaya menetapkan kehadiran di utara Borneo untuk menjaga kepentingan perdagangan dan politik mereka di kawasan tersebut, tetapi rayuan tersebut diabaikan.

 

Namun, selepas pembunuhan Raja Muda Hashim, British bimbang golongan anti-British akan menguasai politik Brunei.

 

Pada 25 November 1846, Rodney Mundy diarahkan dari Hong Kong untuk mendapatkan penyerahan rasmi Pulau Labuan daripada Sultan.

 

Setelah Mundy tiba di Bandar Brunei pada 16 Disember 1846, beliau menghantar surat kepada Pengiran Abdul Momin menyatakan bahawa Sultan telah bersalah kerana menembak bendera British semasa pertikaian Julai 1846.

 

Apa ganti rugi yang perlu dibayar Sultan setelah tembak bendera British tu? Ya, sebuah pulau bernama Brunei. Punyalah licik permainan British ni.

 

Oleh itu, keputusan untuk menyerahkan Labuan kepada Inggeris bergantung kepada Sultan dan pengiran-pengiran sama ada perdamaian perlu diteruskan atau tidak.

 

Surat tersebut juga meminta Sultan untuk menyerahkan Labuan kepada Inggeris tanpa syarat, jika tidak, Sultan dan pembesar negara akan berisiko diserang.

 

Pada 17 Disember 1846, Mundy tiba di istana dan perjanjian penyerahan Pulau Labuan ditandatangani.

 

Selepas penyerahan Labuan kepada Inggeris, perjanjian persahabatan dan perdagangan antara Brunei dan Inggeris ditandatangani oleh Sultan Omar Ali Saifuddin II pada 2 Mei 1847, dengan wakil dari Kerajaan Inggeris, James Brooke.

 

Ini berlaku susulan kepada pembunuhan Raja Muda Hashim dan tekanan daripada pedagang Inggeris yang terlibat dalam perdagangan di Sumatera, Jawa, dan Singapura.

 

Labuan mempunyai zaman kemuncak tersendiri setelah itu. Labuan berperanan sebagai hub penting untuk kapal-kapal yang berlayar: ada pelabuhan semula jadi, bengkel penyelenggaraan kapal, dan tapak perlombongan serta stesen penyaluran arang batu untuk kapal-kapal perang British.

 

Namun, era pelayaran itu sudah berlalu, dan ekonomi Labuan semakin merosot. Untuk menyelamatkan Labuan, kerajaan Sabah pada tahun 1984 menyerahkan Labuan kepada Kerajaan Persekutuan untuk dibangunkan, walaupun pendapat di kalangan rakyat Sabah tidak sepenuhnya sebulat suara.

 

Harapan Sabah pada masa itu adalah agar Labuan dapat mencapai tahap kejayaan yang sama dengan Singapura dan Hong Kong.

 

Walau bagaimanapun, apabila Labuan ditetapkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 16 April 1984, Kerajaan Persekutuan sebenarnya tidak mempunyai rancangan khusus untuk Labuan.

 

Selepas lima tahun, Kerajaan Persekutuan akhirnya memilih untuk bangunkan Labuan sebagai pusat kewangan dengan konsep tempat perlindungan cukai dan Labuan menjadi Pusat Kewangan Offshore Antarabangsa (IOFC).

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Anda nak tahu tentang kerajaan-kerajaan Melayu yang hebat pada suatu masa dahulu? Banyak lagi yang anda boleh terokai bersama siri KITAB TAMADUN MELAYU!

 

Dapatkan siri KITAB TAMADUN MELAYU di Shopee kami sekarang!

KTM I: https://shope.ee/7zpBeb0Bt4

KTM II: https://shope.ee/VjAiqEnvb

Kombo KTM I&II: https://shope.ee/7zpA6oaW9Q


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply