Ulek Mayang, satu urban legend yang takkan dapat dipisahkan dengan negeri Terengganu.
Masakan tidak, pernah sekali masa saya belajar di UniSZA, saya cari lirik ulek mayang di google. WiFi UniSZA pun siap block lirik lagu tu.
Macam mana sebenarnya cerita legenda Ulek Mayang ni?
Beberapa versi wujud dalam kisah Puteri Tujuh ni iaitu diorang dikatakan berasal dari benua India yang bermastautin di Pulau Besar Melaka.
Kisah lain pula mengatakan puteri tujuh atau bidan tujuh ni berasal daripada Langkawi iaitu kawasan pentadbiran Panglima Hitam.
Dan ada juga mengaitkan bidan tujuh/puteri tujuh itu sebagai sosok dalam lagu Ulek Mayang.
Bidan tujuh ni merupakan “pakar” ilmu perbidanan Melayu sehingga turut disebutkan dalam Hikayat Malim Deman. Sekadar pengetahuan, hikayat ni ditulis sekitar 500 tahun yang lalu.
Bidan tujuh ini telah ditugaskan menjaga Puteri Bongsu iaitu isteri Malim Deman yang berasal dari Kayangan.
Mengikut cerita masyarakat tempatan, pada suatu hari beberapa orang nelayan telah turun ke laut namun tidak lama kemudian perahu mereda telah dibadai oleh ombak.
Mereka kemudiannya dihanyutkan ombak ke pantai.
Kesemua mereka sedar kecuali seorang sahaja kawan mereka yang tidak sedarkan diri. Pada awalnya mereka menyangka, kawannya itu sudah mati tetapi kawannya itu masih bernafas.
Akhirnya mereka memanggil bomoh untuk memulihkan kembali semangat kawannya itu. Rupa-rupanya kawannya itu terkena sampuk dengan Semangat Laut. Maka bomoh itu pun membaca mentera untuk mengembalikan semangat lelaki tersebut yang terperangkap di alam bunian.
Bomoh itu terpaksa berlawan dengan 6 orang puteri bunian tersebut sehinggalah puteri tujuh yang juga puteri sulong itu datang. Bomoh tersebut telah merayu puteri tujuh itu untuk membebaskan semangat lelaki tersebut.
Akhirnya puteri tujuh tersebut bersetuju untuk membebaskan semangat lelaki tersebut. Sebagai tanda terima kasih maka bomoh tersebut telah menjamu bunian tersebut dengan nasi kuning. Akhirnya lelaki tersebut sedarkan diri.
Kemudian ulek mayang ini terus digunakan sebagai salah satu cara perubatan oleh masyarakat Melayu lama. Kini perubatan “mistik” ini sudah dilupakan namun ulek mayang masih dipersembahkan untuk tujuan pertunjukan sahaja.
___
Budaya Melayu ni bukannya semua melanggar akidah Islam. Setiap adat dan budaya tu dibentuk semula mengikut acuan Islam.
Sebab tu korang kena dapatkan ILMU ALAM MELAYU: MISTIK, MANUSKRIP DAN MITOLOGI. Dapatkan sekarang!
https://s.shopee.com.my/9pLbfMv5mO
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih