1180, Perang Genpei berlaku atas pemberontakan besar-besaran oleh Minamoto yang diketuai oleh Minamoto no Yoritomo.

 

Perang ni berakhir dengan penggulingan kuasa puak Taira dan penaklukan timur Jepun selama 5 tahun.

 

Apa penyebab tercetusnya perang ni?

 

Perang Genpei ialah kemuncak konflik selama beberapa dekad antara dua puak, Taira dan Minamoto atas penguasaan Jepun.

 

1177, hubungan antara puak Taira dan bekas Maharaja Go-Shirakawa jadi sangat tegang.

 

Percubaan rampasan kuasa berlaku untuk gulingkan Daijō Daijin (perdana menteri) iaitu Taira no Kiyomori.

 

Kiyomori kalahkan bekas maharaja dan hapuskan sistem Insei. Sentimen anti-Taira jadi makin kuat.

 

Pada 21 Mac 1180, Taira no Kiyomori angkat cucunya, Antoku (masa tu baru dua tahun) naik takhta lepas Maharaja Takakura disingkirkan.

 

Anak Go-Shirakawa, Putera Mochihito, rasakan dia dinafikan haknya. Dengan bantuan Minamoto Yoritomo, keluarga-keluarga samurai dipanggil untuk berperang.

 

Tak lama kemudian pada Jun 1180, Kiyomori pindahkan pusat pemerintahan empayar ke Fukuhara (Kobe), untuk meningkatkan perdagangan dengan Dinasti Song China.

 

Tak lama kemudian, Putera Mochihito melarikan diri dari Kyoto untuk berlindung di Mii-dera.

 

Tindakan Taira no Kiyomori meningkatkan kebencian Minamoto terhadap puak Taira.

 

Minamoto no Yorimasa dan Putera Mochihito lancarkan perang atas puak Taira.

 

Pertempuran di Sungai Uji berakhir dengan seppuku oleh Yorimasa dan penangkapan Mochihito yang akhirnya dihukum mati.

 

Minamoto no Yoritomo ambil alih pimpinan puak Minamoto dan mula mencari sekutu.

 

Beliau dikalahkan oleh Taira dalam pertempuran Ishibashiyama.

 

Bagaimanapun, beliau sampai ke wilayah Kai dan Kozuke, di mana Takeda dan puak lain membantunya menghalau tentera Taira.

 

Taira no Kiyomori mengepung Nara dan membakar sebahagian bandar sehingga hangus.

 

Tahun berikutnya, Minamoto no Yukiie lancarkan percubaan serangan menyelinap namun gagal terhadap tentera Taira no Tomomori di Pertempuran Sunomatagawa.

 

Taira no Tomomori jatuh sakit semasa mengejar pasukan Yukiie.

 

Taira no Kiyomori meninggal dunia akibat sakit pada musim bunga tahun 1181.

 

Jepun mula mengalami kebuluran yang akan berlarutan sehingga tahun berikutnya. Perang berhenti selama hampir 2 tahun.

 

Perang disambung semula pada musim bunga tahun 1183.

 

Kyoto dikepung. Yoshinaka datang dari timur laut dan Yukiie dari timur. Kedua-dua pemimpin Minamoto berarak masuk ke ibu kota tanpa tentangan dan memaksa Taira untuk meninggalkan bandar.

 

Taira no Munemori menggantikan bapanya dan mengetuai tentera bersama Maharaja Antoku.

 

Puak Taira bakar istana Rokuhara dan daerah sekitarnya. Minamoto no Yoshinaka dibiarkan berkuasa di wilayah sekitar ibu kota.

 

Yoshinaka diberikan kuasa oleh Maharaja Go-Shirakawa untuk musnahkan Taira.

 

Taira menubuhkan kerajaan sementara di Kyūshū. Namun terpaksa keluar tak lama kemudian kerana pemberontakan.

 

Mereka mencari perlindungan di Yashima, sebuah pulau kecil di Laut Seto.

 

Yoshinaka hantar pasukan untuk kejar Taira. Semasa anak buahnya tewas kepada Taira di Mizushima, Yoshinaka berpakat dengan Yukiie untuk rampas ibu kota dan Maharaja.

 

Walau bagaimanapun, Yukiie mendedahkan rancangan ini kepada Maharaja yang menyampaikannya kepada Yoritomo.

 

Awal tahun 1184, Yoshinaka ambil alih Kyoto dan membakar Hōjūjidono serta sumbat Maharaja dalam tahanan.

 

Minamoto no Yoshitsune tiba tak lama kemudian dengan abangnya Noriyori dan pasukan yang besar, menghalau Yoshinaka keluar dari bandar.

 

Selepas bertempur dengan sepupunya di Sungai Uji, Yoshinaka bertempur buat kali terakhir di Awazu, diwilayah Ōmi.

 

Beliau dikalahkan oleh Yoshitsune, dan dibunuh ketika cuba melarikan diri.

 

Bila pasukan Minamoto tinggalkan Kyoto, Taira mula kukuhkan kedudukan mereka di sekitar Laut Sato.

 

Mereka terima beberapa surat daripada Maharaja menawarkan untuk menyerah diri. Minamoto boleh diyakinkan untuk setuju gencatan senjata. Namun ini hanyalah tipu daya maharaja.

 

Taktik ni hanyalah untuk mengalih perhatian kepimpinan Taira.

 

Tentera Minamoto diketuai oleh Yoshitsune dan Noriyori menyerang besar-besaran di Ichi-no-Tani, salah satu kubu utama Taira di Honshū.

 

Taira berundur ke Shikoku. Minamoto tak sedia untuk terus serang Shikoku.

 

Hampir setahun selepas Ichi-no-Tani barulah kubu Taira di Yashima diserang.

 

Kubu Yashima runtuh, bersama-sama dengan istana yang mereka bina, kebanyakan mereka melarikan diri bersama-sama Maharaja Antoku.

 

Perang Genpei berakhir satu bulan kemudian selepas pertempuran Dan-no-ura, salah satu pertempuran yang paling terkenal dan penting dalam sejarah Jepun.

 

Minamoto menggunakan armada Taira di Selat Shimonoseki, sebuah perairan kecil yang memisahkan pulau Honshū dan Kyūshū.

 

Selepas beberapa siri pertarungan memanah, pertempuran jarak dekat berlangsung.

 

Walaupun Taira yang lebih berpengalaman dan berkebolehan diatas laut berbanding Minamoto, Minamoto memiliki kelebihan setelah Taguchi Shigeyoshi, seorang jeneral Taira membelot.

 

Taguchi dedahkan lokasi Maharaja Antoku. Minamoto alihkan fokus pada kapal Maharaja dan pertempuran dengan memihak kepada mereka.

 

Ramai samurai Taira dan Maharaja Antoku lemparkan diri mereka ke dalam laut daripada melihat kekalahan muktamad puak mereka di tangan Minamoto.

 

___

 

Banyak lagi pasal samurai-samurai yang unik, menarik dan ada sejarahnya sendiri dalam era Sengoku!

 

Kalau berminat, boleh dapatkan buku SENGOKU: DINASTI PARA SAMURAI yang akan terbit pada 10 OKTOBER nanti!

 

Jangan lupa tarikh ini dan nantikan pelancarannya!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply