Ballon d’Or itu, Ballon d’Or ini, kali ini hangat apabila semalam, peminat-peminat bola sepak di seluruh dunia diperlihatkan bahawa Ousmane Dembele tampil sebagai pemenang anugerah Ballon d’Or, sebuah anugerah ulung yang menjadi tanda akan kehebatan mereka pada musim lepas dalam kalendar bola sepak.

Ousmane Dembele tampil menjadi pendahulu selaku merangkul gelaran pemenang Ballon d’Or, sekaligus mengalahkan Lamine Yamal, Vitinha, Raphinha, Mohamed Salah dan sebagainya. Hal ini sejurus selepas kejayaannya dalam menjaringkan 37 gol dan 15 assist, sekaligus menyumbang Paris Saint-Germain dalam memenangi UEFA Champions League dengan bergaya.

Selain Dembele, anugerah Ballon d’Or dalam kategori wanita dijulang oleh Aitana Bonmati selepas memenanginya tiga tahun berturut-turut sejak tahun 2023 selepas anugerah itu mula diperkenalkan pada tahun 2018.

Sejak beberapa tahun ini, kita melihat banyak benda diperkatakan tentang anugerah Ballon d’Or ini. Ada yang kata kebanyakannya diberi secara tidak adil, atau pemenang itu pula dituduh sebagai anak FIFA. Itulah lontaran yang diberikan kepada Lionel Messi, sebagai satu-satunya pemenang terbanyak, iaitu dengan 8 kali.

Kali ini, kita akan patah balik dalam lipatan sejarah dalam bagaimana Ballon d’Or ini menjadi sebuah anugerah dunia bola sepak yang menjadi idaman pemain-pemainnya.

Sebenarnya, anugerah Ballon d’Or ini bermula pada tahun 1956 oleh majalah France Football. Terima kasih kepada dua jurnalis bola sepak, iaitu Gabriel Hanot dan Jacques Ferran, Ballon d’Or diangkat sebagai sebuah anugerah ulung yang diberikan kepada pemain-pemain Eropah atas pencapaian dan prestasi mereka.

Anugerah Ballon d’Or disandang buat pertama kali oleh Sir Stanley Matthews sebagai pemenang anugerah ini pada tahun 1956. Tetapi, sayangnya anugerah ini pada awalnya hanya diberikan pengiktirafan kepada pemain-pemain Eropah sahaja, sekaligus kita tidak dapat melihat Diego Maradona, Pele dan lain-lain dalam memenangi Ballon d’Or.

Sehinggalah pada tahun 1995, apabila undang-undang baru dipinda yang meluaskan kepada semua pemain yang berada dalam kelab Eropah. Akhirnya, George Weah menjadi pemain pertama bukan Eropah yang memenangi anugerah Ballon d’Or. Tahun 2007 kemudian memperlihatkan bahawa Ballon d’Or menjadi sebuah anugerah yang meluas kepada pemain di seluruh dunia, tidak kira kelab atau negara mana.

Ada satu ketika di mana di antara tahun 2010 hingga 2015, FIFA mengambil keputusan untuk menggabungkan anugerah Ballon d’Or dengan FIFA’s World Player of the Year dengan dinamakan sebagai FIFA Ballon d’Or.

Namun, ia tidak bertahan lama apabila France Football bertindak berpisah dan menjadi Ballon d’Or semula pada tahun 2016.

Ballon d’Or menjadi sebuah anugerah yang bersifat dinamik, terus dimenangi oleh pemain-pemain yang kalau kita sebut, mereka ini bukan calang-calang orangnya. Bermula dari tahun-tahun awal seperti Franz Beckenbauer, Johan Cruyff dan Michel Platini, sehinggalah kepada era legenda seperti Zinedine Zidane, Ronaldo Nazario, Ronaldinho.

Namun, semuanya berubah bermula pada tahun 2008 apabila anugerah ini menjadi dominasi dua pemain yang memecahkan dunia sehingga menjadi dua bahagian. Kalau tak Cristiano Ronaldo, mesti Lionel Messi.

Direkodkan bahawa Ronaldo telah memenanginya sebanyak 5 kali iaitu pada tahun 2008, 2013, 2014, 2016 dan 2017. Manakala, Messi pula cantas semua pemain sebagai pemenang terbanyak anugerah Ballon d’Or iaitu pada tahun 2009, 2010, 2011, 2012, 2015, 2019 dan 2021.

Walaupun Ballon d’Or dikira sebagai ikonik, ia tidak terlepas daripada kritikan ramai. Ada yang kata bahawa Ballon d’Or ini tidak adil, kerana ada beberapa pemain yang menang sebenarnya hasil daripada kejayaan kelab mereka, bukan pencapaian individual semata-mata. Bahkan, ada juga pemain yang sebenarnya lebih baik kepada pemenang itu tetapi gagal mendapatnya kerana tidak memenangi trofi pada musim tersebut.

Lagi satu, anugerah ini juga terlalu berat sebelah kepada pemain berposisi penyerang dan tengah, meninggalkan serta-merta pemain pertahanan dan penjaga gol. Paling-paling pun, Lev Yashinlah satu-satunya penjaga gol yang mendapat Ballon d’Or pada tahun 1963. Kalau kita nak cerita zaman moden pula, Manuel Neuer adalah contoh sebagai penjaga gol yang mendapat top 3 dalam Ballon d’Or, di belakang Messi dan Ronaldo.

Itu belum lagi ramai yang bising tentang pembatalan pemberian anugerah Ballon d’Or pada tahun 2020 dengan alasan pandemik COVID, walhal ramai kata bahawa anugerah tersebut sebenarnya layak diberikan.

Apa-apa pun, anugerah ini telah menjadi sebuah tanda kejayaan bola sepak bagi mereka yang merangkulnya.

Tetapi agak sayanglah, ramai juga yang mengata-ngata Yamal bawa 20 ahli keluarga dan nak buat parti jika menang, tetapi tidak kesampaian. Sampai ayah dia mengamuk tak tentu pasal.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.