Siapa sangka watak Venom boleh jadi unik bila gabung dengan Batik Malaysia kan? Tapi itulah yang berjaya dibuat oleh pelukis tempatan berbakat besar, Arif Rafhan Othman.

 

Sony Pictures siap muat naik gambar dan video lukisan ni sempena Venom: The Last Dance yang akan ditayangkan dan rata-rata netizen Malaysia terus bagi pujian melambung.

 

Gabungan antara seni tradisional dan karakter filem Hollywood ni buat orang terus buka mata pada Batik kita.

 

[Batik Malaysia Dalam Dunia Pop Culture? Seriuslah!]

 

Arif Rafhan memang bukan nama baru dalam dunia seni. Dia ni sebenarnya dah lama berkecimpung dalam dunia komik, mural, dan banyak lagi.

 

Tapi siapa sangka, Batik Malaysia boleh masuk dalam dunia pop culture macam ni?

 

Arif dah buat projek-projek besar sebelum ni, tapi mungkin inilah antara projek yang paling buat orang tersedar akan bakat dia.

 

Arif bukan baru cuba gabung Batik dengan elemen-elemen moden. Tahun lepas, karya Batik bertemakan Star Wars dia pun pernah viral.

 

Tapi bila dia berjaya gabungkan Venom dengan Batik, lagi ramai orang mula kenal dia.

 

Sony Pictures pun nampak keunikan karya ni dan terus jadikan ia sebagai sebahagian daripada promosi filem.

 

[Perjalanan Seni Yang Berliku]

 

Walaupun Arif sekarang ni dah terkenal, perjalanan dia bukan senang.

 

Dia start minat seni dari kecil lagi, sebab ayah dia pun seorang pensyarah seni.

 

Tapi masa dia masuk dunia kerja, dia pernah hilang arah dan fokus pada bisnes teknologi dulu sebelum kembali kepada cinta pertama dia – seni.

 

Dengan sokongan isteri dia, dia akhirnya buat keputusan berani untuk tinggalkan bisnes dan jadi pelukis sepenuh masa.

 

Memang satu risiko besar, tapi berbaloi!

 

Sekarang, karya dia bukan je boleh dilihat kat pameran seni tempatan, tapi dah mula menembusi pasaran luar negara.

 

Projek terbaru dia, Hanya Batik yang berlangsung dari Ogos 2024 sampai Februari 2025 tunjuk betapa kaya dan uniknya sejarah Batik Malaysia dalam bentuk animasi.

 

Kiranya, Arif ni memang pro dalam gabungkan tradisi dengan elemen moden.

 

[Superdoofus: Nama Yang Lucu, Bakat Yang Serius]

 

Kalau korang tertanya-tanya kenapa dia guna nama ‘Superdoofus’, jawapan dia simple je. Nama tu asalnya gurauan dengan kawan-kawan masa zaman kolej, tapi lama-lama lekat sampai jadi identiti dia.

 

Tapi jangan tertipu dengan nama kelakar tu, sebab karya Arif memang serius hebat. Dari komik, mural, sampai karya Batik, semuanya bawa nafas baru kepada seni Malaysia.

 

Bukan setakat tu je, Arif juga dapat peluang kerja dengan lagenda komik Malaysia, Dato’ Lat. Dia jadi ‘inker’ atau orang yang mewarnakan lakaran Dato’ Lat untuk komik Mat Som 2 yang dah lama dinantikan peminat.

 

Kerja dengan idola dia sendiri memang satu pencapaian besar bagi Arif.

 

[Suara Palestin Dalam Seni Arif]

 

Bukan setakat karya komik atau mural, Arif juga guna seni dia untuk sampaikan mesej yang lebih besar.

 

Salah satu projek yang paling menyentuh hati ialah bila Arif keluarkan karya seni yang gabungkan corak Batik Malaysia dengan simbol-simbol perjuangan Palestin termasuklah warna-warna bendera Palestin dan simbol tembikai yang sekarang ni sinonim dengan perjuangan rakyat Palestin.

 

Dalam setahun ni, gema perjuangan Gaza makin kuat terasa kat Malaysia dan seluruh Asia Tenggara. Dari boikot, aktivisme, sampai karya seni, rakyat kat sini memang semangat sokong Palestin.

 

Arif pun tak ketinggalan, dia kata, “Naratif tentang perjuangan Palestin ni banyak dimanipulasi dan disenyapkan. Jadi, saya rasa ini tanggungjawab saya untuk terus buat orang cakap pasal isu ni.”

 

Walaupun Arif tak anggap diri dia aktivis, karya seni yang dia buat banyak beri impak.

 

Seni-seni ni dia edarkan secara percuma. Ada yang dah muncul kat baju T, poster dan shawl hasil kerjasama dengan jenama aktifwear Airaz.

 

Yang menariknya, hasil dari jualan shawl tu disalurkan kepada UNRWA, agensi bantuan PBB untuk Palestin di Gaza.

 

“Saya ni cuma orang yang suka lukis tembikai dan bagi free je,” katanya dengan rendah diri dalam satu temuramah dengan This Week in Asia.

 

Yang lagi menarik, karya dia digunakan dalam satu protes di Perancis bagi solidariti dengan rakyat Palestin.

 

Tapi yang agak mengecewakan, post tu jadi perdebatan besar pasal asal usul Batik oleh netizen Indonesia.

 

Malah, Arif turut pernah dijemput ke Kedutaan Palestin dan dapat berjumpa dengan Duta Palestin di Malaysia, Walid Abu Ali.

 

Jelas sekali, seni dia ni dah jadi satu medium penting untuk terus buka mata dunia tentang perjuangan rakyat Palestin.

 

[Arif Rafhan: Ikon Seni Batik Malaysia]

 

Sekarang ni, Arif bukan sekadar pelukis biasa. Dia dah jadi ikon dalam mengangkat seni tempatan ke peringkat antarabangsa.

 

Karya dia yang unik terutama dalam gabungan Batik dan elemen moden, berjaya buat dunia luar pandang Malaysia dengan lebih dekat.

 

Bagi Arif, batik bukan sekadar corak kain, tetapi sebuah medium untuk menyampaikan cerita dan perasaan.

 

Dan dalam setiap lukisannya, ada sentuhan peribadi dan mesej yang mendalam tentang budaya dan identiti Malaysia.

 

Dari Venom sampai Palestin, Arif terus bawa seni Malaysia ke mata dunia. Siapa tahu, lepas ni Batik Malaysia mungkin jadi trend kat Hollywood?

 

Apa yang pasti, Arif Rafhan Othman dah buktikan yang seni tradisional kita ada tempat dalam dunia moden dan dia takkan berhenti setakat ni je.

 

___

 

Budaya Melayu ni memang unik dan kadang-kadang sebenarnya ia berkait rapat dengan tatacara kehidupan masyarakat kita dulu-dulu.

 

ILMU ALAM MELAYU: MISTIK, MANUSKRIP DAN MITOLOGI tersedia untuk korang cuba hidupkan kembali penghargaan terhadap sejarah dan ilmu tradisional kita. Dapatkan sekarang!

 

https://s.shopee.com.my/9pLbfMv5mO


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Comments are closed.