Kalau anda fikir Hawaii tu sebahagian dari Amerika sejak dulu lagi, anda silap besar. Sebenarnya, Hawaii pernah jadi sebuah kerajaan berdaulat dengan raja dan perlembagaan sendiri. Tapi semua itu berubah bila ada kuasa luar yang tamak haloba campur tangan.
Sekitar akhir abad ke-19, Hawaii diperintah oleh Ratu Liliʻuokalani, raja terakhir kerajaan Hawaii. Tapi masa tu pun, Amerika dah lama intai Hawaii. Bukan sebab pantai cantik, tapi sebab lokasi strategik dan industri gula yang lumayan di pulau itu.
Ramai peladang Amerika yang tinggal di Hawaii tak puas hati dengan pemerintahan ratu yang cuba kukuhkan balik kuasa diraja yang semakin lemah.
Jadi pada tahun 1893, satu kumpulan elit peladang dan peniaga yang kebanyakannya orang Amerika, dengan sokongan marin tentera laut AS, merancang satu rampasan kuasa.
Mereka paksa Ratu Liliʻuokalani turun takhta kononnya untuk “kestabilan”. Tapi realitinya, ini plot terancang untuk kuasai pulau itu. Lepas rampasan kuasa berjaya, mereka tubuhkan “kerajaan sementara” dan desak Amerika supaya ambil alih Hawaii.
Walaupun Presiden Grover Cleveland masa tu tak setuju dan anggap rampasan kuasa tu salah, tekanan politik dan ekonomi akhirnya buat Hawaii digabung secara rasmi ke Amerika pada tahun 1898 oleh Presiden McKinley.
Rakyat Hawaii ramai yang tak setuju, tapi suara mereka ditenggelamkan oleh kepentingan geopolitik dan ketamakan ekonomi Amerika Syarikat. Akhirnya, Hawaii jadi negeri ke-50 Amerika hanya pada 1959. Apapun, luka sejarah itu masih terasa sampai hari ni.
Jadi, jangan ingat semua wilayah masuk dalam peta Amerika Syarikat secara sukarela. Ada yang dirampas secara paksa macam Hawaii. Amerika memang handal bermain seni diplomasi palsu, tekanan ekonomi dan senjata di belakang tabir untuk memenuhi kehendak mereka.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.