Tahukah anda yang Alexander the Great, bukan sahaja mencipta empayar yang luas tetapi juga diiktiraf sebagai Firaun di Mesir. Tapi macam mana seorang raja dari Yunani ini boleh jadi Firaun?
Pada tahun 332 SM, Alexander menakluk Mesir tanpa sebarang tentangan yang besar. Pada masa itu, Mesir berada di bawah pemerintahan Parsi dan rakyatnya sudah lama merasa tertekan di bawah pemerintahan asing.
Kedatangan Alexander dilihat oleh rakyat Mesir sebagai satu peluang untuk melepaskan diri daripada cengkaman Parsi.
Beliau disambut sebagai penyelamat dan dibawa masuk ke Memphis dengan penuh gemilang.
Alexander memahami kepentingan simbolik dan spiritual Firaun di kalangan rakyat Mesir. Untuk mengekalkan kestabilan dan mendapatkan sokongan penuh dari rakyat Mesir, beliau segera mengadopsi gelaran dan tanggungjawab Firaun.
Beliau diisytiharkan sebagai anak kepada dewa Amun, salah satu dewa tertinggi dalam pantheon Mesir. Pengisytiharan ini bukan sahaja memperkukuhkan kedudukannya tetapi juga memberikan beliau legitimasi sebagai penguasa yang sah di mata rakyat Mesir.
Langkah seterusnya yang diambil oleh Alexander untuk memperkukuhkan kedudukannya ialah dengan membina kota Alexandria di pesisir Laut Mediterranean. Kota ini dirancang sebagai pusat kebudayaan dan intelektual yang menghubungkan dunia Yunani dan Mesir. Alexandria bukan sahaja menjadi pusat perdagangan yang penting tetapi juga simbol kebesaran dan keagungan Alexander.
Semasa pemerintahannya sebagai Firaun, Alexander menghormati dan memelihara tradisi dan budaya Mesir. Beliau memerintahkan pembinaan kuil-kuil untuk dewa-dewa Mesir dan memastikan upacara keagamaan dijalankan seperti biasa.
Pendekatan ini membuatkan rakyat Mesir menerima beliau sebagai Firaun yang sah dan memberikan sokongan penuh kepada pemerintahan beliau.
Walaupun Alexander tidak lama memerintah Mesir, kesan pemerintahannya sangat membekas. Beliau meninggalkan legasi yang bertahan lama dalam sejarah Mesir. Kota Alexandria berkembang menjadi salah satu pusat ilmu dan kebudayaan terbesar di dunia dan berjaya menarik para ilmuwan dan cendekiawan dari seluruh pelosok empayar.
Jadi, bagaimana Alexander the Great boleh menjadi Firaun? Jawapannya terletak pada keupayaannya untuk menyesuaikan diri dan menghormati budaya serta kepercayaan rakyat yang ditaklukinya.
Dengan cara ini, beliau bukan sahaja menakluk wilayah-wilayah baru, tetapi juga menakluki hati rakyatnya, termasuk rakyat Mesir yang menyambutnya sebagai Firaun mereka.
—
Perasan tak, ramai orang kita yang ingat Firaun itu hanya seorang? Tapi tahu tak yang sebenarnya, ada banyak Firaun dalam sejarah!
Nak kenal dengan mereka?
Jom dapatkan KITAB TAMADUN MESIR PURBA dan pelajari tentang Firaun-firaun terhebat dalam sejarah.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.