Pergo.lakan Myanmar memasuki hari ke-32 pada 5 Mac 2021. Ia bermula apabila Tatmadaw menumbangkan parti pemerintah negara. Liga Kebangsaan Demokrasi (NLD) gagal menghilangkan kuasa stratokrasi dinikmati Tatmadaw.

Angkatan Ket.ent.eraan Myanmar atau lebih dikenali sebagai Tatmadaw

Dan pada hari ramp.asan kuasa, Tatmadaw mengisytiharkan dar.urat yang mengurniakan kuasa kepada Jeneral Min Aung Hlaing. Gandingan Win Myint dan Aung San Suu Kyi terus hilang kuasa dan dibe..rkas (Beech, 2021).

Tatmadaw membuat pendakwaan terhadap Myint dan Suu Kyi. Paling ketara, Suu Kyi dituduh menyelµdµp peralatan komunikasi untuk pasukan keselamatannya tanpa kelulusan daripada mana-mana agensi ketent.eraan (Thura & Wathan, 2021).

IKLAN: Anda sedang mencari novel thriller pembunuhan bersiri? The Patriots baru terbitkan novel keempat kami. Boleh beli di Shopee kami: https://shp.ee/47yzq2k

Walaupun COVID-19 ditunggang sebagai punca dua pemimpin demokrasi ini didakwa, semua orang tahu apa yang sedang berlaku. Tatmadaw sedang mencantas mereka.

Akar Umbi Bangun

Tatmadaw menubuhkan Majlis Pentadbiran Negara yang mendapat sokongan daripada parti pembangkang ditewaskan Suu Kyi dalam pilihan raya pada tahun 2020.

Majlis ini diketuai Min Aung Hlaing yang memegang kuasa eksekutif buat sementara.

Min Aung Hlaing

Akar umbi tidak berpuas hati kerana lama menunggu kehidupan dibawah panji demokrasi.

Sehari selepas rampasan kuasa, sebilangan besar penjawat awam yang terdiri daripada penjawat awam membanjiri ibu negara Naypyidaw untuk menyatakan bantahan.

Rej.im Aung Hlaing berdepan dengan kebangkitan rakyat: “jangan iktiraf, jangan sertai”.

Myanmar dijangka kehilangan 75 peratus daripada penjawat awam negara (Paddock, 2021).

Mogokan disambung dalam kalangan tenaga buruh biasa pula. 100,000 orang guru menyokong semangat anti-Tatmadaw dan tidak segan menyatakannya melalui mog.okan berani.

Pelombong kuprum pun tidak rela dipimpin Tatmadaw, apatah lagi pelantikan politik dibawah Suu Kyi. Paling panas di medan penentangan ialah barisan pelajar yang keras lagi melawan.

Begitu ramai membanjiri Myanmar.

Salah seorang ialah Ma Kyal Sin, anak gadis yang mencintai taekwondo, masakan pedas dan gincu merah.

Kyal Sin merupakan imej anak muda yang lantang menentang golongan dinosaur politik bersen.jata. Beliau membawa mesej mudah yang tertera pada bajunya: “Everything will be OK” (semua baik-baik saja nanti).

Tetapi pada 3 Mac, Myanmar dikejutkan dengan berita panas: Kyal Sin telah dite.mbak di bahagian kepala semasa membantah. Pada hari itu, 38 orang ma.ti dibµnµh… Kyal Sin salah satunya.

Mengenang Keberanian Ma Kyal Sin

Untuk meleraikan bantahan besar-besaran, pihak keselamatan melepaskan gas peme.dih mata.

Siapa sangka gadis ini mendatangkan gerun pada rejim.

Kyal Sin memec.ahkan sebuah paip air untuk kegunaan peserta bantahan. Semua boleh mencuci mata mereka. Beliau juga telah membaling kelon.gsong gas ke barisan polis. Apabila pihak polis membalas dengan temb.akan, Kyal Sin menjerit, “duduk! Takut terkena tem.bak!

Sebelum polis meneruskan serangan, Kyal Sin didengari dalam sebuah video. “Kami takkan lari! Tak perlu tumpahkan darah!” Kemudian, beliau terkena temb.akan (Reuters, 2021).

Dikatakan gambar terakhir beliau masih hidup.

Suara Dunia Berkumandang

Tidak pasti selama mana situasi ini akan berterusan. Myanmar memang tidak jemu dengan kebangkitan rakyat menentang kuasa ten.tera.

Tambah pula dengan dunia yang semakin berglobalisasi, semua negara tidak menyukai kon.flik. Amerika Syarikat mungkin tidak masuk campur, jika Donald J. Trump memenangi pilihan raya demikian hari.

Namun pelantikan Joe Biden bermakna Amerika Syarikat akan lebih lan.tang di peringkat global. Dan beliau sudah menyusun langkah sekatan ekonomi.

Jangankan Amerika Syarikat – negara-negara Asia Tenggara pun tidak senang duduk.

Malaysia membuat gesaan supaya Aung San Suu Kyi dibebaskan dengan segera (FMT, 2021).

Singapura pula menyatakan kebimbangan setelah melihat keadaan di Myanmar. Dan China juga menegur dengan permintaan supaya Myanmar menyelesaikan masalah tanpa menumpahkan dar.ah lagi (Tiezzi, 2021).

Ada satu sebab jelas yang menyebabkan negara-negara luar masuk campur. Malaysia misalnya menerima pelarian sangat ramai daripada Myanmar.

IKLAN: Anda sedang mencari novel thriller pembunuhan bersiri? The Patriots baru terbitkan novel keempat kami. Boleh beli di Shopee kami: https://shp.ee/47yzq2k

Ramp.asan kuasa Tatmadaw menyukarkan usaha Malaysia untuk mengembalikan jumlah pelarian ini.

Jadi secara tidak langsung, kejatuhan kerajaan Suu Kyi memberikan impak tidak diingini kepada kerajaan Malaysia yang sedang bergelut untuk memutuskan rantaian kebolehjangkitan COVID-19.

Jika masalah tidak selesai, krisis pelarian Myanmar hanya akan menjadi keruh.

RUJUKAN:

Beech, H. (2021, Januari 31). Myanmar’s Leader, Daw Ang San Suu Kyi, Is (ditapiskan) Amid (ditapiskan). The New York Times.

FMT. (2021, Mac 2). Release Suu Kyinow, Malaysia tells Myanmar.

Paddock, R.C. (2021, Februari 15). ‘We Can Bring Down the (ditapiskan): Myanmar’s Protesting Workers Are Unbowed. The New York Times.

Reuters.  (2021, Mac 4). ‘Everything will be OK’: (ditapiskan) Myanmar teen’s T-Shirt slogan spurs (ditapiskan). .

Thura, M., & Wathan, M. (2021, Februari 3). Myanmar State Counsellor and President charged, (ditapiskan) for 2 more weeks. Myanmar Times.

Tiezzi, S. (2021, Mac 2). China responds to (ditapiskan) in Myanmar with deafening silence. The Diplomat.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.