Lakonan M. Zain sebagai Labu dalam filem Labu dan Labi (1962) telah membawa tuah kepadanya. Sebelum itu, dia hanya bergelar pelakon tambahan di studio Jalan Ampas. Namun P. Ramlee berjaya membentuk M. Zain menjadi seorang pelawak superstar.
Tentu ramai peminat P. Ramlee masih teringat aksi lucu M. Zain dalam siri Labu Labi. Tetapi mungkin juga ramai yang tidak mengetahui kisah peribadi M. Zain di belakang tabir.
M. Zain dilahirkan di Jalan Perak, Pulau Pinang pada tahun 1921. Nama sebenarnya Mohd Zain bin Shariff. Bapanya seorang penjual mi di Pulau Pinang.
Di zaman kanak-kanak, M. Zain selalu ponteng sekolah kerana lebih tertarik untuk menonton pertunjukan bangsawan di Pulau Pinang. Ketika umurnya 14 tahun, M. Zain membuat keputusan untuk mengikut sebuah kumpulan bangsawan yang aktif di Pulau Pinang.
Tugas awal M. Zain adalah memasang, mengecat dan mengemas pentas dan dibayar upah harian. Selepas dua tahun, dia menjadi pelakon tambahan dan banyak menjelajah ke seluruh pelusuk Tanah Melayu dengan rombongan bangsawan Sri Noran Opera.
M. Zain mempunyai hubungan yang rapat dengan Normadiah. Normadiah dan suaminya, Abdul Rahman yang banyak memberi peluang M. Zain menyinar di pentas bangsawan sebagai pelawak.
Apabila kumpulan bangsawannya gulung tikar, M. Zain terpaksa menganggur buat seketika. Tapi atas bantuan Normadiah, M. Zain mendapat pekerjaan di studio Jalan Ampas pada tahun 1958. Normadiah ketika itu sudah menjadi salah seorang pelakon utama di sana.
M. Zain bermula dari bawah. Dia menjadi pembantu jurusolek dan pembuat prop di studio Jalan Ampas. Peluangnya untuk berlakon tiba apabila pengarah Jamil Sulong mengambilnya berlakon peranan kecil dalam filem Raja Laksamana Bintan pada tahun 1959.
Kemunculan awal M. Zain kebanyakannya sebagai pelakon pembantu saja. Tapi ada beberapa wataknya yang sangat memorable.
Antara watak M. Zain yang diingati:
1. Che’ Kachung yang diberi minum kopi arang (Nujum Pa’ Blalang)
2. Jurulelong hamba (Ali Baba Bujang Lapok)
3. Lelaki India yang bergaduh dengan isterinya (Seniman Bujang Lapok)
4. Abang Ali pemilik rumah sewa Kassim Selamat (Ibu Mertua Ku)
P. Ramlee nampak ada sesuatu yang istimewa pada M. Zain iaitu dia mampu berlawak dengan bersahaja. Untuk mengetengahkan bakatnya itu, P. Ramlee mengambilnya berlakon dalam filem Labu dan Labi. Inilah kali pertama dia memegang penanan utama selepas berlakon dalam 16 buah filem.
Di tangan P. Ramlee, M. Zain menjadi king of comedy yang baharu. Peranannya sebagai orang gaji Haji Bakhil telah membuatkan popularitinya menjulang tinggi. Chemistry antara M. Zain dan P. Ramlee memang tip top.
P. Ramlee mendapat ilham watak Labu dan Labi ni daripada watak Laurel and Hardy, pasangan komedi yang sangat popular di Hollywood ketika era silent film.
Babak perlawanan boxing dalam filem sekuel Nasib Si Labu Labi (1963) pula diambil daripada filem City Light lakonan Charlie Chaplin. P. Ramlee suntik elemen kemelayuan sikit dalam babak ni: ada bukaan langkah silat dan pakai gong sebagai ring bell.
Komen M. Zain ketika berlakon di bawah arahan P. Ramlee: “Teruk betul berlakon untuk babak boxing. Dia suruh saya tumbuk dia sampai 100 kali. Apabila saya kena tumbukan dia pula, tiga kali kena tumbuk dah bengkak muka saya!”
M. Zain dan P. Ramlee bergambar dengan pegawai dan kakitangan Outram Prison selepas selesai penggambaran filem Nasib Si Labu Labi (1963). Turut kelihatan penolong pengarah S. Sudarmadji di sebelah M. Zain.
Ini pula adalah skrip original filem Nasib Si Labu Labi. Setiap kali selesai shooting sesebuah babak, P. Ramlee akan sign dekat tepi. Kami berpeluang tengok skrip ni ketika ia dipamerkan di Pustaka Peringatan P. Ramlee awal tahun lepas.
P. Ramlee adalah individu yang bertanggungjawab dalam menaikkan nama M. Zain. Malangnya, M. Zain tidak lagi berpeluang berlakon bersama P. Ramlee selepas itu kerana P. Ramlee berhijrah ke Studio Merdeka di Kuala Lumpur pada April 1964.
M. Zain kemudiannya bergandingan dengan seorang lagi pelawak legend, Aziz Sattar dalam filem Pileh Menantu arahan Omar Rojik. Tapi dalam tahun 1964-1967 ni studio Jalan Ampas ni banyak sangat masalah dan selalu terjadi mogok artis. Kualiti filem pun kian merosot.
Dalam kalangan rakan-rakan artis, M. Zain disifatkan sebagai seorang yang jujur dan periang. Jarang orang tengok dia bad mood. Filem-filem lakonan M. Zain sepanjang kariernya:
Filem Aksi Kuching pada tahun 1966 merupakan filem terakhir yang dilakonkan oleh M. Zain. Walaupun babaknya sedikit dan kelihatan tak berapa sihat, namun M. Zain tetap memberi 100% komitmen. Dapat dilihat kemesraannya dengan Normadiah yang turut berlakon dalam filem itu.
M. Zain meninggal dunia pada 31 Januari 1967 ketika baru berusia 46 tahun. Jenazahnya diuruskan di rumah Normadiah sebelum dikebumikan di Pusara Bidadari, Singapura. Al Fatihah buat rohnya.
“Pendek kata selagi belum tutup mata, kerja kerja kerja…”
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih