Pernah tak ketika keseorangan di rumah pada malam hari, anda terdengar sayup-sayup bunyi bayi menangis? Pasti anda beranggapan itu adalah gangguan makhluk halus kerana di sekitar kawasan rumah tiada jiran yang ada bayi. Apabila sudah terdengar, anda pun terus masuk tidur dan berharap agar suara itu hilang dengan sendirinya.

Betul ke apa yang anda dengar itu bunyi suara menangis hasil permainan makhluk halus?

Sebenarnya bunyi itu berasal daripada burung lyrebird. Burung berhabitat di Australia ini sangat dikenali sebagai haiwan yang mampu meniru hampir kesemua bunyi disekelilingnya. Bermakna jika lyrebird menghasilkan bunyi bayi menangis di atas atap bumbung rumah anda, burung itu telah meniru suara yang berdekatan.

Persoalannya macam mana burung lyrebird boleh tiru suara bayi menangis?

Burung lyre di Australia (Fir0002/GFDL 1.2).

Ceritanya begini, burung lyrebird secara turun temurun akan mempelajari cara meniru bunyian lain daripada yang lebih tua. Melalui pembelajaran tersebut, burung lyrebird dapat memantapkan lagi latihan meniru pelbagai jenis bunyian sambil membaiki aspek vokal. Selain itu, lyrebird juga dikurniakan syrinx yang lebih istimewa berbanding burung-burung lain.

Kebiasaannya, terdapat 4 pasang otot di dalam syrinx kebanyakan spesies burung. Tapi bagi lyrebird pula, burung itu hanya memiliki 3 pasang otot sahaja dalam syrinx lantas menjadikannya mampu meniru beribu-ribu bunyian. Malah burung lyrebird ini dikatakan mampu melontarkan dua bunyian berbeza dalam masa yang sama. Mungkin ini juga adalah jawapan mengapa selepas bunyi bayi menangis, anda terdengar suara akak cantik mengilai.

Selain itu, tujuan utama burung lyrebird terutama jantan meniru bunyian di sekeliling adalah untuk menarik perhatian pasangan yang berlainan jantina. Jadi untuk memastikan burung betina tertarik, burung jantan akan bikin satu siulan khas yang dicampur dengan bunyian hujan dan pokok bergoncang. Samalah macam orang sedang baca artikel ini yang gemar buat bunyi tikus ketika awek sedang jalan tapi bezanya anda dianggap pervert.

Bunyian yang dtiru ini juga amat penting bagi lyrebird jantan bagi memastikan tiada burung lain cuba mengacau atau mendekati sarang mereka. Mungkin lyrebird akan tiru suara pemangsa untuk takut-takutkan burung lain.

Bagi burung lyrebird betina pula, mereka meniru bunyian lain adalah untuk melindungi anak-anak daripada menjadi santapan lazat sang pemangsa. Bagi memastikan anak-anak selamat, burung lyrebird betina akan buat bunyian orang bersiul yang dicampur dengan jeritan helang. Jadi pemangsa tidak akan berani dekat kerana terpedaya dengan bunyi itu.

Gambar dekat diambil tanpa suntingan warna. (Peter Ellis/CC BY-SA 3.0).

Walau bagaimanapun suatu ketika dahulu, ramai yang meragui kemampuan lyrebird meniru bunyian asing dan mengajarkannya kepada yang lain. Keraguan ini berjaya dipadamkan apabila burung lyrebird miliki seorang lelaki telah dilepaskan kembali ke habitat asal pada era 1930-an. Disebabkan oleh lyrebird sering terdengar bekas pemiliknya memainkan seruling, burung itu telah meniru dan mengalunkannya di hutan.

Secara tidak langsung burung-burung lyrebird yang lain terdengar bunyi itu lantas terus meniru sehingga kekal ke hari ini. Mungkin nampak agak tidak logik tetapi beberapa orang penyelidik telah meneliti sendiri bunyi asli yang dihasilkan oleh lyrebird. Mereka dapati bunyi burung lyrebird berasal daripada alunan lagu Mosquito’s Dance dan The Keel Row yang popular pada era 1930-an. Jadi berkemungkinan besar, benarlah bunyi asli burung lyrebird hari ini terhasil daripada bunyian seruling.

Kesimpulannya, setiap persoalan yang kita rasakan kurang logik itu pasti ada jawapannya. Seperti mana suara bayi menangis dan disusuli akan cantik mengilai, berkemungkinan besar itu adalah bunyi burung lyrebird. Tapi masalahnya burung ini hanya terdapat di Australia saja. Apa-apapun, jangan tegur kalau ada bayi menangis.

 RUJUKAN:

Lee, N. (n.d). The lyrebird can perfectly mimic almost any sound including human voices, chainsaws, and car alarms. Ned Hardy. Dipetik daripada https://nedhardy.com/2020/07/09/lyrebird-chainsaw/

The Conversation. (2014, Febuari 3). Lyrebirds mimicking chainsaws: fact or lie? Dipetik daripada https://theconversation.com/lyrebirds-mimicking-chainsaws-fact-or-lie-22529


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply