Tahun lepas, pembantu teknikal jabatan kimia bernama Anthony Romilio dari University of Queensland, Australia menyelidik lukisan dinding makam berusia 4,600 tahun di Meidum, kawasan ekskavasi yang mempunyai piramid di selatan Mesir.
Dalam lukisan yang ditemui oleh ahli arkeologi bernama Auguste Mariette and Luigi Vassalli pada 1871 dan sekarang disimpan dalam Muzium Bulaq, Romolio tertarik akan lukisan 6 ekor burung yang mereka gelar sebagai ‘Angsa Meidum’.
Menariknya tentang Angsa Meidum ini adalah pengkaji tidak dapat mengaitkan lukisan angsa-angsa ini dengan spesis angsa pada abad kini. Lukisan itu juga dipenuhi dengan ketelitian ciri-ciri yang terdapat dalam Angsa Meidum ini dan apabila pengkaji cuma kaitkan, mereka gagal untuk menentukan apakah spesis angsa dalam lukisan dinding makam tersebut, walaupun merujuk kepada mana-mana buku senarai spesis burung.
Romilio akur atas kegagalan para saintis untuk mengidentifikasikan Angsa Meidum ini. Menurut beliau, haiwan-haiwan yang biasa direkodkan dalam dinding piramid Meidum seperti anjing, lembu, harimau bintang, dan rusa putih bernama addax adalah haiwan yang telah diawet dan masukkan dalam bekas, kemudian disimpan dalam sebuah bilik bersama makam putera Raja Sneferu, Nefermaat dan isterinya bernama Itet.
Namun angsa-angsa yang dilukis dalam dinding makam itu tidak pula mereka temui bekas berisi angsa diawet seperti apa orang Mesir Purba dulu lakukan. Kerana kemisterian lukisan Angsa Meidum ini, perdebatan bermula antara pengkaji sejarah Mesir Purba, dan saintis seperti ahli biologi.
Merujuk kepada lukisan Angsa Meidum ini (Gambar 1 dan 2), angsa yang berada di hujung kiri dan kanan lukisan mempunyai dua kemungkinan, sama ada angsa itu adalah spesis angsa Greylag (Anser anser), atau spesis angsa Bean (Anser fabalis).
Manakala pasangan angsa belah kiri lukisan, kebanyakan pengkaji bersetuju bahawa pasangan angsa itu adalah spesis angsa Greater White-fronted (Anser albifrons). Akhir sekali, pasangan angsa belah kanan lukisan pula berkemungkinan adalah spesis angsa berdada merah (Branta ruficollis).
Kesemua angsa-angsa yang pengkaji teliti sebenarnya berasal dari Hemisfera Utara dan tidak pernah angsa-angsa ini berhabitat di seluruh Mesir Purba. Jadi, bagaimana orang Mesir Purba kenal dengan angsa-angsa ini kemudian merekodkan spesis burung ini ke dinding makam?
Romilio mempunyai cara tersendiri untuk mengkaji spesis angsa apakah dalam lukisan tersebut, menggunakan kertas kerja yang terdiri dari perbandingan 13 ciri haiwan yang dikaji menggunakan skala kesamaan yang dipanggil sebagai ‘Tobias Criteria’.
Bagi Romilio, teknik ini adalah teknik berkesan dalam mengidentifikasikan sebarang spesis dengan mengira kuantitatif ciri spesis angsa itu dan juga mengukuhkan data kriteria spesis yang telah dibentangkan oleh para pengkaji ekologi dan zoologi.
Salah satu data yang Romilio temui adalah pasangan angsa belah kanan lukisan sebenarnya bukan spesis angsa berdada merah kerana ciri fizikal dalam pasangan angsa itu berbeza sekali dengan ciri fizikal angsa berdada merah.
Satu ciri fizikal keseluruhan angsa-angsa yang dilukis itu, sayapnya lebih besar hampir menutupi tubuhnya berbanding sayap angsa-angsa sekarang. Sayap tersebut menjadikan ciri unik bagi angsa-angsa tersebut dan mustahil spesis-spesis angsa ini ditemui lagi sekarang.
Ramilio berkata, menurut perspektif bidang zoologi, lukisan Angsa Meidum ini sajalah lukisan yang menjelaskan ciri-ciri fizikal angsa yang tepat dan berbeza dari spesis-spesis angsa sekarang, serta telah diisytiharkan sebagai pupus . Apakah yang menyebabkan kepupusan spesis angsa ini masih misterilagi untuk dijawab.
Maka, Angsa Meidum adalah spesis-spesis angsa yang pernah menetap di tanah Mesir beribu tahun dulu, bersama komuniti tamadun Mesir Purba, kemudian pupus oleh sebab yang misteri. Orang Mesir Purba kemudian melukiskan angsa-angsa ini di mana-mana dinding kuil atau makam sebagai rekod kehidupan komuniti mereka.
RUJUKAN:
McRae, M (24 February 2021). Gorgeous Egyptian Art From 4,600 Years Ago Reveals an Extinct Goose. Science Alert.
Saplakoglu, Y. (24 Februari 2021). Ancient Egypt’s Mona Lisa? An elaborately drawn extinct goose, of course. Live Science.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih