Semenjak awal sejarah kemanusiaan hinggalah zaman moden, patung hadir dalam pelbagai bentuk dan kegunaan – baik sebagai sembahan, barang persemadian, simbol kemegahan, perhiasan, mainan, mahupun peneman hidup. Bahkan, patung juga tidak tinggal dari diselubungi oleh bermacam-macam unsur misteri dan mistik yang kemudiannya diarusperdanakan ke dalam budaya popular (pop-culture).
Bagi masyarakat Thailand, kesemua elemen ini digabungkan menjadi satu trend yang cukup fenomenal khususnya pada tahun 2016, iaitu fenomena patung Luk Thep. Luk Thep atau maksud harfiahnya, ‘Malaikat-Malaikat Kecil’, adalah patung bayi atau kanak-kanak yang umumnya dijadikan sebagai azimat kekayaan, tangkal perlindungan, dan penyeri kehidupan.
Patung Luk Thep menggamit perhatian dunia kerana ia dilayan seperti seorang manusia. Ia diberikan nama, dipakaikan baju, diberi makan minum, dibawa bersiar-siar, diajak bersembahyang di tokong, dibawa menaiki kapal terbang dan mengunjungi restoran, serta pelbagai lagi. Bagi yang berkemampuan, mereka bahkan menghiaskan patung tersebut dengan aksesori dan barang kemas yang mahal (HMetro, 2016).
Kepopulariti Luk Thep turut disumbangkan dan pada masa yang sama, dimanfaatkan oleh pemain-pemain industri tempatan. Misalnya pada 24 Januari 2016, sebuah restoran di Bangkok, Neta Grill, menawarkan hidangan khusus untuk Luk Thep pada harga kanak-kanak. Begitu juga dengan syarikat penerbangan tambang murah, Thai Smile Airways yang membuat tawaran serupa pada minggu sama. Luk Thep dibenarkan duduk di kerusinya sendiri dan dilayan seperti manusia jika tambangnya dibayar.
Dalam erti kata lain, ia dihidangkan dengan makanan dan minuman sepanjang tempoh penerbangan di samping perlu mematuhi peraturan kabin pesawat seperti memakai tali pinggang keledar. Bagaimanapun, tawaran tersebut ditarik semula setelah menerima khidmat nasihat daripada pegawai keselamatan udara dan pihak kerajaan (BBC News, 2016).
Antara individu terawal yang memiliki Luk Thep sekali gus bertanggungjawab menularkannya ialah Mananya Boonmi atau lebih dikenali sebagai Mama Ning (Mustard & Ramsey, 2016).
Sebagaimana kebanyakan trend yang menjalar dalam mana-mana masyarakat, antara faktor yang membuatkan Luk Thep menerima sambutan hangat adalah dakwaan kononnya ia mampu mengubah kehidupan pemiliknya secara spiritual dan mistik, baik dari sudut emosi mahupun ekonomi (Sakaowan, 2015); yakni kehidupan bertambah ceria atau positif dan rezeki semakin berlimpah-ruah.
Nada yang sama turut dikongsi oleh Asama Mungkornchai, ahli antropologi dari Prince of Songkla University (BBC News, 2016). Beliau berpendapat Luk Thep mendapat tempat yang khusus dalam kalangan wanita kelas pertengahan Thailand kerana ia mampu memenuhi naluri keibuan dan keperluan sosial mereka, di samping memberikan rasa terjamin khususnya dalam hal kewangan.
Ada juga yang berpendapat tradisi Luk Thep merupakan kembangan daripada sebuah lagi tradisi yang hampir serupa, dikenali sebagai Kuman Thong (Proebst, 2017). Walaupun tujuannya agak sama, Kuman Thong bukanlah patung plastik yang dibeli di kedai serbaneka. Sebaliknya, ia adalah janin manusia yang men!ngg4l dunia akibat kegvgvran sebagaimana yang akan diceritakan lebih lanjut di bawah kelak.
Berbicara lebih lanjut tentang patung ini, kebiasaannya setelah ia dibeli dengan lingkungan harga 1,500 baht (RM171) hingga puluhan ribu baht (Mustard & Ramsey, 2016), patung Luk Thep akan dibawa ke mana-mana tokong Buddha untuk menjalani upacara Ploo Sek. Dalam upacara tersebut, patung Luk Thep akan disembahyangkan oleh sami bagi tujuan memasukkan roh atau semangat ke dalamnya, Semangat inilah yang kononnya nanti akan membuatkan patung tersebut hidup dengan jiwa kanak-kanak (BBC News, 2016).
Memandangkan ia mempunyai jiwa kanak-kanak, maka patung Luk Thep didakwa sukakan manisan seperti biskut dan gula-gula. Minuman kegemarannya pula ialah Nam-daeng atau ‘air merah’, iaitu air manis yang dicampurkan pewarna merah, jus buah salak, atau paling tidak pun, air Fanta berperisa strawberi. Kononnya, kecenderungan ini berasal daripada tradisi perdukunan lama yang memberikan d4r4h haiwan sebagai hidangan kepada roh atau hantu. Sememangnya, Luk Thep dikaitkan dengan satu lagi tradisi yang lebih mistik, iaitu Kuman Thong (Sullivan, 2016).
Menurut masyarakat Thailand, patung Luk Thep dan Kuman Thong perlu ditatang bagaikan minyak yang penuh supaya ia mengimbal pemiliknya dengan tuah dan keberuntungan. Jika keperluan hariannya tidak dipenuhi, patung tersebut akan meragam seperti kanak-kanak dan berbuat onar. Seandainya patung tersebut tidak lagi dapat ‘dinafkahi’ dengan sebaiknya, zahir mahupun batin, ia tidak boleh dibuang sesuka hati. Sebaliknya, ia perlu dihantar ke kuil untuk menjalani satu ritual khusus bagi membebaskan pemiliknya dari beban penjagaan patung tersebut (Zander, 2014).
Kepercayaan sebegini dipercayai berasas daripada cara penghasilan Kuman Thong itu sendiri. Asal-usul tradisi Kuman Thong diceritakan di dalam sebuah novel kurun ke-19 yang dikarang oleh Sunthon Phu, berjudul Kuhan Chang Khun Phaen.
Dalam novel yang berlatarbelakangkan era Ayutthaya itu, dikisahkan bahawa Khun Phaen, seorang tentera berpangkat tinggi yang mempunyai kedudukan khusus di sisi raja, menarik perhatian seorang dukun handal. Dukun tersebut sangat meminati Khun Phaen sehingga menawarkan anak perempuannya untuk dikahwini lelaki tersebut. Namun pada suatu tempoh, Khun Phaen dan bapa mertuanya bertengkar hinggakan si dukun merancang mahu membvnvh Khun Phaen. Untuk itu, beliau menyuruh anak perempuannya mer4cvni Khun Phaen.
Khun Phaen yang berang dengan hal tersebut lantas mer0b3k perut isterinya yang ketika itu sedang hamil lalu mengeluarkan janin di dalamnya. Janin tersebut kemudian dibalut dengan kain yang telah dibacakan jampi, lalu ia dis4l4i di atas api yang menyala di sebuah kuil sambil Khun Phaen terus mengkumat-kamitkan serapah yang entah apa bunyinya. Setelah janin itu mengering, ritual pun berakhir dengan janin tersebut berubah menjadi hantu yang mampu berkomunikasi dengan Khun Phaen sekali gus berkhidmat sebagai pendamping atau pelindungnya.
Kisah ini secara langsung menunjukkan amalan nekr0m4nsi dalam budaya masyarakat Thai. Sememangnya, ritual menyeru roh Kuman Thong melibatkan janin yang m4t! kegvgvran. Menurut manuskrip lama, janin tersebut perlu dibawa ke tanah perkuburan dan dis4l4i sehingga kering sambil dibacakan jampi sebelum matahari terbit. Selepas ritual tersebut selesai, janin itu perlu diwarnakan dengan lakuer khas, disebut sebagai Ya Lak, lalu dibalut dengan daun emas. Oleh kerana itulah ia dipanggil sebagai Kuman Thong, yang bermaksud ‘Anak Kecil Emas’.
Sebahagian Kuman Thong bahkan direndam di dalam Nam Man Phrai, iaitu sejenis minyak yang dihasilkan dengan meletakkan lilin di bawah dagu wanita yang men!ngg4l dunia semasa bersalin atau mana-mana individu yang men!ngg4l dunia secara tr4g!s.
Bagaimanapun, Nam Man Phrai dan Kuman Thong yang berasaskan manusia telah pun dih4r4mkan pada hari ini (Sullivan, 2016). Ia digantikan dengan patung kanak-kanak yang dipakaikan dengan pakaian tradisi Ayutthaya, bertocang atas, dan dilengkapi dengan beg kecil yang dipenuhi emas sebagai simbolik tuah yang diberikannya kepada keluarga pemiliknya.
Dalam tempoh tiga dekad kebelakangan, banyak tangkapan yang dibuat melibatkan j3n4yah menghasilkan Kuman Thong (Lo, 2014). Misalnya pada Mei 2012, seorang lelaki Taiwan di Bangkok diberkas kerana didapati membawa beg berisi enam janin manusia yang telah disal4i dan dibalut dengan daun emas. Menurutnya, janin-janin yang dibeli pada harga $6000 itu bakal dijual semula sebagai Kuman Thong di Taiwan pada harga enam kali ganda. Kes yang hampir serupa juga pernah berlaku pada 1995, di mana seorang sami bernama Han Raksachit diusir dari tokong tempat dia berkhidmat dan ditangkap pihak berkuasa kerana menghasilkan Kuman Thong.
Tahun 2010 pula menyaksikan beberapa kes melibatkan pembelian janin manusia dari klinik-klinik yang menawarkan perkhidmatan menggvgvrkan bayi secara haram. Pada Jun 2010, sebanyak 14 janin manusia ditemui di sebuah rumah terbiar di Ubon Ratchathani dan seorang bekas jururawat diberkas kerana didakwa bersubahat menjual janin-janin tersebut pada harga $30 (RM122). November tahun sama, dilaporkan sebanyak 348 janin manusia ditemui di dalam sebuah beg plastik di biara Wat Phai Ngoen, dipercayai dibeli dari lima buah klinik untuk diedarkan kepada dukun-dukun dan penjual-penjual azimat.
Secara tidak langsung, laporan-laporan sebegini memberikan gambaran betapa tradisi Luk Thep yang sedikit-sebanyak mempunyai kaitan dengan Kumanthong bagaikan dua sisi duit syiling yang sama. Pada satu sisi, ia menjanjikan keberuntungan. Pada sisi yang lain, ia mendatangkan ratapan.
RUJUKAN
BBC News. (28 Januari 2016). The privileged world of Thailand’s supernatural dolls.
Lo, Kevin. (27 Februari 2014). Bl4ck M4gic Baby: The Macabre History of Kuman Thong. Atlas Obscura.
Media Sensasi. (n.d.). Apa istimewanya patung “Luk Thep” hingga dapat layanan istimewa dalma pesawat.
http://sensasiselalu.blogspot.com/2016/01/apa-istimewanya-patung-luk-thep-hingga-dapat-layanan-istimewa-dalam-pesawat.html
Mustard, Amanda. & Ramsey, Adam. (18 April 2016). The mother of Thailand’s doll children. Mashable.
HMetro. (7 Februari Ahad). Pembawa Tuah.
https://www.hmetro.com.my/node/113103
Proebst, Iona. (11 Disember 2017). Luk Thep: Thailand’s Baby Doll Tradition. The Culture Trip.
Sakaowan, Prae. (8 Jun 2015). In the House of Haunted Dolls, A Creator Bares Her Heart. Coconuts.
Sullivan, Kerry. (5 September 2016). Child Angels, Golden Boys, Supernatural Dolls and N3cr0mancy in Thailand. Ancient Origins.
Zander, Ryan. (19 Julai 2014). Kuman Thong – Thailand’s Golden Ghost Boy. Siam and Beyond.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih