Pernah tonton tak wayang berjudul Lucy (2014)? Kalau pernah tonton, ingat tak babak Lucy yang hampir mencapai keupayaan otak sebanyak 100% bertemu dengan seorang individu berupa monyet di tasik berlopak? Individu itu juga namanya Lucy, namun Lucy ini terkenal dalam dunia fosil spesis Homo. Mengapa individu Homo ini begitu terkenal? Apakah keistimewaan makhluk bernama Lucy ini?

Babak Lucy bertemu dengan spesis Homo yang juga bernama Lucy. (Filem Lucy, 2014).

Pertama sekali, kita perlu mengetahui sejarah penemuan Lucy ini. Lucy pertama kali ditemui pada 24 November 1974 oleh kumpulan penyelidikan yang terdiri dari pemburu fosil, ahli geologi, ahli paleoanthropologi (mengkaji fosil spesis Homo), dan pelajar dari AS yang diketuai oleh professor bernama Dr. Donald Johanson.

Lokasi fosil Lucy ditemui ialah di Hadar, Ethiopia, lebih tepat di tapak bernama Afar Locality 288 (A.L. 288). Pada mulanya Johanson sendiri menemui kepingan fosil tulang lutut Lucy semasa mengkaji pembentukan geologi dan penemuan fosil di lapisan tanah berusia 3.2 juta tahun dulu di Hadar pada tahun 1973. Pada tahun seterusnya, Johanson terus membawa pasukannya mencari saki-baki rangka Lucy.

The Patriots berada di PBAKL 2022 bermula 3 June sehingga 12 June. Jumpa di sana!

Akhirnya, mereka menemui beberapa fosil tulang berkait seperti tengkorak, rusuk, rahang, humerus, pelvis, paha, dan kaki. Fosil tersebut diberi nama ‘Lucy’ kerana kebetulan pasukan Johanson melayan lagu ‘Lucy in the Sky with Diamonds’ nyanyian kumpulan The Beatles. Secara tak lansung, mereka namakan fosil itu dengan nama Lucy.

Inilah rangka Lucy yang berusia 3.2 juta tahun, ditemui oleh pasukan Johanson. (Sumber: The Nature Education)

Tetapi, Lucy kan nama wanita. Jadi fosil itu mestilah rangka wanita kan? Bagaimana juka rangka tersebut ialah berjantina lelaki? Bukankah nampak aneh jika namakan rangka lelaki dengan nama wanita?

Sebenarnya, Johanson telah andaikan bahawa fosil rangka itu ialah rangka wanita kerana kepakaran beliau sendiri memerhati rangka spesis Homo sepanjang kerjayanya. Spesis Homo jantan biasanya bertubuh besar dari wanita, maka saiz tulangnya lebih besar. Melihat fosil Lucy, kesemua rangkanya bersaiz kecil berbanding saiz spesis Homo jantan lain. Dari sinilah Johanson mengandaikan Lucy ialah berjantina wanita.

Tambahan lagi, mereka mengukur tulang femur dari rangka Lucy walaupun hujung tulang itu telah hancur. Setelah mengukur, pasukan Johanson andaikan bahawa tinggi Lucy ialah sekitar 104 hingga 106 sentimeter. Kemungkinan spesis Lucy yang jantan mempunyai ketinggian 150 sentimeter.

Rangka Lucy yang kecil tidak semestinya Lucy berada dalam fasa kanak-kanak atau remaja. Memang inilah saiz rangka dewasa Lucy. Kedewasaan Lucy dibuktikan dari keadaan fosil gigi dan tulang. Lucy mempunyai gigi geraham ketiga atau dikenali dengan nama ‘wisdom teeth’.

Inilah rupa Lucy setelah melalui pembentukan semula dari rangkanya. Lucy dipercayai mati akibat terjatuh dari pokok. (Sumber: Discover Magazine)

Gigi geraham ini sebenarnya bukti kumpulan primat mencapai kedewasaan. Biologi tubuh manusia atau spesis Homo Sapiens mencapai fasa dewasa dengan mempunyai gigi geraham ketiga pada usia 18 tahun. Manakala spesis chimpanzi pula ‘wisdom teeth’ akan mereput pada usia 11 dan 13 tahun. Dari perbandingan ini, berkemungkinan usia Lucy ialah sekitar 12 dan 18 tahun ketika meninggal dunia. Tambahan pula, kewujudan tulang pinggul dan tulang anggota yang matang menunjukkan Lucy sememangnya dalam fasa dewasa.

Berkenaan spesis apakah Lucy ini, pada awal penemuan pasukan Johanson tidak mengetahui lagi spesis Homo Lucy ini namun mereka mengetahui Lucy mempunyai ciri berdiri dengan dua kaki, berbeza dengan spesis monyet dan beruk. Beberapa tahun kemudian, Johanson temui beratus spesimen fosil rangka seperti Lucy di lokasi yang sama. Kesemua fosil ini dikaji lebih mendalam. Kemudian, pasukan ini bersepakat bahawa Lucy ialah spesis Homo yang baru, diberi nama saintifik iaitu Australopithecus afarensis pada tahun 1978.

The Patriots berada di PBAKL 2022 bermula 3 June sehingga 12 June. Jumpa di sana!

Baiklah, berbalik kepada persoalan utama. Mengapa Lucy begitu popular? Sebenarnya, banyak sebab mengapa Lucy dilayan sebegitu rupa. Bagi orang Ethiopia, Lucy adalah ‘ikon negara’ mereka. Ramai orang Afrika percaya bahawa Lucy ialah nenek moyang sebenar mereka dan tempat tinggal Lucy dianggap sebagai kelahiran tamadun manusia.

Orang Ethiopia menamakan Lucy dengan nama ‘Dinkinesh’ yang bermaksud ‘kamu mengagumkan’, manakala orang wilayah Afar memanggil Lucy dengan nama ‘Heelomali’ yang bermaksud ‘dia istimewa’. Lihat nama saja kita mengetahui bahawa orang Afrika begitu menyanjungi Lucy.

Perbandingan tubuh badan Australopithecus afarensis dengan kesemua spesis Homo lain. (Sumber: Encyclopedia Britannica)

 

Dalam dunia paleoanthropologi, Lucy adalah satu-satunya fosil rangka tertua dunia yang sempurna dan spesis Homo pertama yang mampu berdiri dengan dua kaki. Maka, bagi pengkaji Lucy ialah ‘moyang’ kepada kelahiran spesis Homo yang pelbagai.

Jika Lucy ialah ‘moyang’ kepada kesemua spesis Homo yang telah direkodkan bersama spesis Homo Sapiens, adakah spesis Lucy penghubung atau ‘missing link’ antara kumpulan primat dan kumpulan Homo? Bagi Johanson, saintis tidak lagi memakai ungkapan ‘missing link’ kerana seiring dengan penemuan fosil spesis kuno, saintis percaya bahawa evolusi flora dan fauna bersifat berterusan dan tidak ada setiap pemula kepada spesis baru. Ungkapan ‘missing link’ hanya mematikan ciri evolusi tersebut jika percaya spesis ‘missing link’ sebagai pemula evolusi spesis baru dari spesis kuno.

Tuntasnya, spesis Australopithecus afarensis hanyalah spesis Homo terawal yang mempunyai ciri berdiri dengan dua kaki, bukanlah pencetus kepada kelahiran spesis Homo baru seperti ramai dakwakan. Lucy hanyalah wanita Homo yang bernasib baik diagungkan oleh warga Afrika kini dan para saintis.

RUJUKAN:

Caitlin M. Schrein. (2015). Lucy: A marvelous specimen. The Nature Education.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply