1936, Louis Zamperini layak ke Sukan Olimpik di Berlin ketika berusia 19 tahun dan beliau kekal sebagai pelari Amerika termuda yang layak ke acara 5000 meter balapan dan padang.
1938, Zamperini mewakili University of Southern California mencatatkan rekod kebangsaan peringkat kolej selama 4 minit 8.3 saat dalam “Mile Run.”
September 1941, Zamperini memilih untuk berkhidmat sebagai Kor Udara Tentera Darat dan tak lama kemudian ditauliahkan sebagai Leftenan Kedua.
Hujung 1942, Zamperini ditugaskan di Funafuti, Kepulauan Pasifik. Zamperini selalunya bertugas sebagai pengebom dan menyertai misi pengeboman di Kiribati dan Nauru.
Ketika pulang dari misi di Nauru, pesawat Zamperini diserang 3 pesawat Zero Jepun. Beliau terselamat dan berjaya mendarat semula di Funafuti.
Zamperini dipindahkan ke Hawaii dan menyertai misi mencari tentera bersama pesawat yang hilang. 27 Mei 1943, pesawatnya mengalami masalah teknikal dan terhempas ke laut. Hanya tiga yang terselamat termasuk Zamperini.
Mereka hidup di atas rakit penyelamat berminggu-minggu. Mereka diserang jerung namun jerung tu pergi bila dipukul dengan dayung rakit. Rakit mereka hampir terbalik ketika ribut dan beberapa kali diserang pesawat pengebom Jepun.
Selepas 33 hari, seorang daripada mereka meninggal dunia. Hari ke-47, Zamperini dan Russell Allen Philips terdampar di Kwajalein Atoll di Kepulauan Marshall dan terus ditawan tentera Jepun. Mereka dipindahkan ke kem tawanan perang di tanah besar Jepun dan terpisah.
Zamperini dipindahkan ke kem tawanan perang Naoetsu di utara Jepun sehingga tamat perang. Beliau selalu diseksa dengan teruk oleh warden Mutsuhiro Watanabe yang dikenali sebagai 40 penjenayah perang paling dikehendaki di Jepun namun beliau terlepas hukuman mati.
Zamperini yang dikatakan telah terbunuh dalam perang secara tiba-tiba pulang ke rumah selepas perang tamat.
Beliau kembali ke Jepun pada 1950, bertemu dengan ramai bekas warden dan memaafkan mereka. Tapi, Watanabe taknak berjumpa, beliau hanya menulis surat kepadanya.
1998, Zamperini menyertai larian obor untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 1998 di Kyoto, Jepun. 2010, sebuah buku biografi beliau ditulis dan empat tahun kemudian, filem biografi Zamperini bertajuk ”Unbroken” ditayangkan di layar perak. Zamperini meninggal dunia pada 2014 di Los Angeles pada usia 97 tahun.
Oleh: Azizul Farhan
…
PERANG DUNIA KEDUA ni konflik antarabangsa yang paling berdarah dalam sejarah! Nak tahu lebih lanjut, korang boleh baca buku PERANG DUNIA KEDUA ni dan mudah didapati di link shopee ni: https://bit.ly/perangduniakedua
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.