True Beauty merupakan k-drama yang hangat diperkatakan segenap dunia kerana jalan cerita yang diadaptasi daripada webtoon. Konsep drama ini pada mulanya menceritakan tentang dugaan yang dilalui seseorang berwajah hodoh di alam remajanya.

Drama yang berlatarbelakangkan alam persekolahan remaja ini tampak menenekankan konsep good-looking. Im Jugyeong merupakan pelajar sekolah menangah yang diabggap hodoh. Dia kerap dibuli sehingga akhirnya ditukarkan sekolah. Dia mula belajar tentang solekan, sehingga menjadi suatu kebiasaan bagi menyesuaikan dirinya dengan sekolah baharunya.

Mengambil pengalaman ketika di sekolah lamanya, dia tahu bahawa masyarakat sangat mementingkan wajah dan rupa. Pelajar sekolah menengah di Korea Selatan kebanyakannya berminat hal ehwal kecantikan dan persolekan, tidak terkecuali pembedahan plastik. Remaja kebiasaannya menerima pembedahan plastik pada hari jadi atau graduasi mereka [1].

Salah seorang ahli falsafah pernah berkata, tiada siapa yang dilahirkan hodoh, tetapi kita lahir dalam kalangan masyarakat yang menilai. Seharusnya, falsafah yang diperkatakan ini bertepatan dengan konsep dibawa drama True Beauty.

Tidak sekadar mengajar untuk bersolek dan dikatakan ‘menipu diri sendiri’, drama ini juga mengajar orang supaya menerima baik dan buruk kerana setiap orang ada kelemahannya seperti mana Lee Su Ho (hero) boleh jatuh hati kepada Im Jugyeong (heroin) meskipun dia tahu wanita tersebut berwajah hodoh.

Mengikut data di Korea Selatan, orang yang berwajah cantik atau elok mendapat peluang pekerjaan yang lebih mudah berbanding yang tidak bermuka elok. Mengikut sumber, terdapat ramai selebriti Korea Selatan yang berwajah elok dari yang berbakat.

Terdapat juga masyarakat Korea yang tersepit dengan trend K-Beauty. Mereka terlalu obses dengan kecantikan, sehingga sanggup berbuat apa sahaja. Malahan ada yang sanggup tidak keluar dari rumah tanpa ‘mekap’ setebal 10 inci. [2].

Lookisme merupakan suatu perkara serius di Korea. Selain rasisme, masalah lookisme juga menjadi semakin tenat di Korea. Hal ini adalah kerana wajah menjadi suatu hierarki masyarakat Korea. Lebih baik wajahnya, lebih dipandang mulia. Lebih hodoh wajahnya, lagilah diejek dan ditolak mentah. [3]

Seperti mana yang dilihat di permulaan drama True Beauty, Im Jugyeong dibuli cukup teruk sekali oleh pembuli yang dianggap cantik di mata masyarakat. Malahan, pada episod baru-baru ini Jugyeong dianggap dewi sehinggalah video berserta wajah hodohnya itu tular.

Dihimpit masalah Lookisme yang menjadi-jadi, tidak terkecuali masalah pembulian yang semakin menular, remaja kini tersepit dengan keadaan dinilai oleh orang lain. Tidak kira sama ada di Korea Selatan mahupun Malaysia sekalipun, lookisme bukan sesuatu dipandang remeh.

Trend yang berbahaya ini boleh memberi kesan hilang keyakinan diri, tiada semangat malahan boleh membawa kepada kes bunuh diri dan sebagainya. [4]

RUJUKAN:

[1] https://www.creatrip.com/en/blog/7717

[2] https://amp.scmp.com/lifestyle/fashion-luxury/article/2125286/k-beauty-ugly-face-south-koreas-obsession-women-looking

[3] https://medium.com/@05hhHiFtTNAltLl/the-seriousness-of-lookism-in-south-korea-the-importance-of-appearance-in-south-korea-b84830eac039

[4] https://www.arcgis.com/apps/Cascade/index.html?appid=2121cc20254d4a01af584851feace5f0#:~:text=%E2%80%9CThe%20lookism%20syndrome%20extends%20beyond,others%20or%20an%20ungainly%20walk.
 

Artikel dikirimkan oleh MYdrama untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.