Kalau sebut Loki, ramai terus terbayang pelakon Tom Hiddleston: rambut “slick” ke belakang, senyuman licik, dan lawak sinis. Dalam dunia Marvel, dia dewa penipu yang kelakar, kadang jahat, kadang tolong abang dia, Thor.
Tapi realitinya, Loki yang asal dari mitologi Norse adalah jauh lebih kacau, lebih gelap, dan lebih mengancam dalam erti kata kemusnahan. Loki tidak pernah jadi adik angkat Thor. Dia pun tidak lahir dari kalangan dewa Aesir. Loki sebenarnya anak kepada makhluk gergasi bernama Fárbauti dan Laufey.
Dalam mitos asal, dia tidak dibela oleh Odin, tapi dia tetap rapat dengan para dewa. Walaupun sering bantu mereka, dia juga sering menyusahkan mereka. Dan akhirnya, dialah yang mencetuskan peristiwa paling dahsyat dalam mitologi Norse: Ragnarok.
Loki ialah bapa kepada tiga makhluk paling mengerikan. Pertama, Fenrir iaitu seekor serigala gergasi yang akan membaham Odin dalam perang terakhir. Kedua, Jörmungandr iaitu seekor ular laut raksasa yang melingkari dunia dan akan bertempur dengan Thor. Ketiga, Hel iaitu penguasa alam kematian yang menjaga roh-roh yang tidak ke Valhalla.
Salah satu dosa paling besar Loki ialah peranannya dalam kematian Balder, dewa paling disayangi dalam kalangan Aesir. Peristiwa itu menjadi titik mula kepada kejatuhan semua dewa. Apabila Ragnarok bermula, Loki beralih pihak. Dia mengetuai tentera jötunn dan menentang bekas rakan-rakan seperjuangannya. Dia akhirnya tewas dan mati dalam pertempuran besar yang menamatkan dunia lama.
Tak pasti nak letak Loki ni dalam kategori apa. Dia bukan sekadar jahat. Dia ialah lambang kekacauan, perubahan, dan sisi kelam dalam diri manusia. Kadang dia selamatkan dewa, kadang dia jadi punca malapetaka. Dia penuh helah, cerdas, dan sangat sukar diramal.
Versi Marvel cuma ambil rupa luar: nama, gaya, dan jenaka. Tapi Loki dalam mitos asal jauh lebih tragik dan berat. Wataknya ditulis dengan lapisan emosi dan konflik yang lebih dalam.
Melalui cerita seperti ini, kita lihat bagaimana manusia zaman silam cuba faham dunia dan takdir. Mereka ciptakan watak-watak pelik untuk gambarkan kuasa alam, perubahan nasib, dan sifat manusia itu sendiri. Tapi kita sebagai Muslim percaya bahawa segalanya berada dalam kawalan Allah, bukan dalam tangan makhluk ghaib.
Mitos seperti ini menarik untuk difahami, bukan untuk dipercayai. Ia bantu kita kenal cara berfikir orang dulu, dan dari situ kita boleh bimbing anak-anak kita melihat dengan jelas antara kisah dongeng dan hakikat hidup.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.