Siapa yang tidak kenal dan tahu peristiwa keluarnya Bani Israil dari bumi Mesir di bawah pimpinan Nabi Musa a.s atau di dalam Perjanjian Lama, ianya lebih dikenali sebagai peristiwa Exodus.

Di dalam agama Islam, Allah swt memerintahkan kepada Nabi Musa a.s untuk membawa keluar pengikutnya yang majoritinya berbangsa Israil keluar dari bumi Mesir menuju ke bumi Kana’an (Tanah Yang Dijanjikan Tuhan). Bukti dari kitab suci agam Islam, Quran mengenai Nabi Musa a.s bersama pengikutnya melintasi Laut Merah dapat kita membacanya di surah al-A’raf ayat 130-136 dan.

Dalam Perjanjian Lama, pada bahagian Book of Exodus, kronologi peristiwa keluarnya Nabi Musa a.s bersama umatnya, Bani Israil seramai 2.4 juta orang (pendapat lain menyatakan seramai 600 ribu orang) keluar dari Mesir menuju ke Kana’an. Sesampainya di tepian pantai Nuweiba, Teluk Aqaba, Nabi Musa a.s pun menghentamkan tongkatnya ke atas air lalu terbelahnya lautan Teluk Aqaba sepanjang 1,800 km, selebar 900 m dan berkedalaman ratusan meter.

Terbelahnya laut Merah merupakan salah satu mukjizat dari Allah swt kepada Nabi Musa a.s. Ketika dalam perjalanan melintasi Laut Merah ini, Nabi Musa a.s bersama rombongannya dikejar oleh bala tentera Mesir yang dipimpin langsung oleh Firaun Ramesses II.

Setelah semua ahli rombongan keluar dari belahan lautan ini, maka Allah swt menutup kembali perlahan-lahan belahan lautan tersebut lalu tenggelamlah bala tentera Mesir termasuk Firaun Ramesses II.

Dari sinilah Nabi Musa a.s bersama pengikutnya menuju ke Gunung Sinai (Gunung Musa) yang dimana di sinilah baginda menerima 10 perintah Allah swt (The Ten Commandment) untuk diajarkan kepada Bani Israil.

Bukti kukuh yang dikenalpasti Teluk Aqaba di Laut Merah sebagai lokasi tenggelamnya pasukan Mesir Firaun Ramesses II ditemui oleh ahli arkeologi, Ron Wyatt pada tahun 1988 apabila beliau menemui beberapa buah bangkai kereta tempur (chariot) milik Firaun, tulang belulang manusia dan kuda. Ron Wyatt mengakui penemuannya terbabit ditemui di sekitar dasar laut di perairan Teluk Aqaba, Laut Merah.

Penemuannya ini boleh dilihat di dalam gambar-gambar yang diakuinya sebagai kenderaan Firaun Ramesses II ketika mana mengejar rombongan Nabi Musa a.s. Tetapi ad sebahagian ilmuwan dan pakar sejarah menolak dakwaan Ron Wyatt disebabkan penemuannya ini berkemungkinan palsu ataupun roda, kereta tempur yang ditemuinya ini adalah batu karang yang membentuk seakan-akan objek yang diakuinya.

Ron Wyatt terkenal sebagai ahli arkeologi yang kontroversial kerana beliau sebelum ini pernah mendakwa menemui lokasi sebenar penyaliban Jesus Christ, Ark of Convenant dan bangkai bahtera Nabi Nuh a.s.

Di dalam Quran tidak menyebutkan secara jelas di bahagian Laut Merah manakah ronbongan Nabi Musa a.s dan rombongannya melintas belahan lautan serta tenggelamnya pasukan tentera firaun. Tetapi ilmuwan Islam dan sebahagian ilmuwan Barat menyatakan Laut Merah (Bahr al-Ahmar) lokasi yang tepat terjadinya peristiwa ini.

Berbeza pendapat dalam kitab Perjanjian Lama (Old Testament), ilmuwan Barat yang lainnya pula berpendapat lokasi yang terjadi peristiwa ini adalah di Migdol (lokasi kuno di sekitar Memphis) dan Baal-Zaephon (Teluk Suez). Ilmuwan yang memegang pendapat ini menyatakan perkataan yang menterjemahkan Red Sea sebenarnya adalah Sea of Reeds. Sea of Reeds merujuk kepada lokasi di Laut Tengah, Mesir berdasarkan lokasi Migdol dan Bael Zaephon yang dikatakan terletak di delta sungai Nil dan tepian pantai Mesir.

Tetapi pendapat yang paling mahsyur dan diakui oleh para ilmuwan adalah di Laut Merah tetapi lokasi yang tepat belum ditemuinya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

'Creative. Celibate. Crybaby.'

Comments are closed.