Sebut saja Kapal van der Wijck, ia mengingatkan semua kepada novel Buya Hamka yang bertajuk Tenggelamnya Kapal van der Wijck. Dan bila ia diadaptasi ke layar perak, ramai mengingati dialog Zainuddin ini, “Demikianlah perempuan, dia hanya ingat keke.ja.man orang kepada dirinya, walaupun kecil, dan dia lupa keke.ja.mannya sendiri kepada orang lain walaupun bagaimana besarnya.”

Dan terbaru, sepasukan penyelidik dari Pusat Pemuliharaan Warisan Budaya Jawa Timur (BPCB) diketuai Wicaksono Dwi Nugroho percaya mereka telah menemui ba.ng.kai kapal yang tenggelam pada 20 November 1936. Ini berdasarkan penemuan bahagian kapal seperti serombong asap, cerucuk, tangga dan peti kargo. Lokasi kapal terletak kira-kira 17 batu dari Pelabuhan Brondong, Lamongan pada kedalaman 54 meter.

Pada hari kejadian, van der Wijck sedang berlayar dari Surabaya ke Batavia/Betawi dengan membawa 223 orang penumpang. Apabila kapal dilaporkan karam, hanya 153 orang penumpang yang terselamat dengan 70 lagi hilang. Kapal yang diberi nama sempena Gabenor Jeneral Hindia Belanda, Jonkheer Carel Herman Aart van der Wijck ini karam dalam tempoh enam minit sekaligus menimbulkan persoalan bagaimana ia boleh karam dalam masa yang pantas.

Antara teori yang popular berkenaan insiden tersebut ialah kapal van der Wijck membawa kargo berisi batang-batang besi sehingga mengakibatkan ia terlebih muatan. Yang pasti, terima kasih kepada pelbagai dokumen sejarah pada ketika itu, ini membantu pasukan BPCB mengenalpasti lokasi sebenar kapal.

Pencarian kapal van der Wijck telah dibuat sejak 29 April lalu. Pencarian melibatkan bukan saja BPCB tetapi juga pihak berkuasa udara dan maritim, Pejabat Pelancongan dan Kebudayaan Lamongan dan nelayan-nelayan tempatan. Dan pada hari pertama pencarian, pasukan penyelam berjaya mengesan kedudukan ba.ng.kai kapal berkenaan.

Matlamat usaha ini bukan sekadar untuk mendokumentasi ba.ng.kai kapal yang didakwa sebagai kapal van der Wijck. Sekiranya kapal ini merupakan kapal sama yang menjadi subjek novel Hamka itu, maka menjadi tanggungjawab kerajaan Indonesia untuk melindungi kapal ini daripada pemburu harta karun. Ini berikutan kedudukannya terletak di kawasan perairan yang penuh dengan ba.ng.kai kapal yang karam sejak era Pe.ra.ng Dunia Kedua.

RUJUKAN

Nazirmuddin, Aiman. (2021, 22 Oktober). Penyelidik Dakwa Temukan ‘Tenggelamnya Kapal van der Wijck’ Di Dasar Laut Indonesia. The Vocket.

Utusan Malaysia. (2021, 24 Oktober). Tenggelam pada 1936: Lokasi kapal Van Der Wijck ditemukan?.

Sumber gambar: Agensi.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.