Cakap pasal llama, mesti anda terbayang haiwan leher panjang dan berbulu macam bulu biri-biri, dengan wajahnya nampak macam kebosanan, kan? Untuk trivia ini, kita berkenalan dengan ‘unta gunung’ yang hanya ditemui di Amerika Selatan!

 

Llama, atau nama saintifiknya ialah ‘Lama glama’ ialah haiwan ternakan yang hanya menetap di Pergunungan Andes. Haiwan ini sebenarnya berkeluarga dengan unta, jadi kita boleh panggil llama ini sebagai ‘unta gunung’.

 

Sekitar 40 juta tahun lalu, populasi llama banyak merebak di Amerika Utara, sehinggalah pada 3 juta tahun lepas, llama memulakan migrasi besar-besaran ke Amerika Selatan. Sehingga tahun 2007, populasi llama dan sepupunya iaitu alpaca (Lama pacos) berjumlah lebih 7 juta ekor!

 

Llama seperti gabungan biri-biri dan unta, di mana ia boleh dijadikan sebagai haiwan pengangkutan sebab mampu mengangkat beban sekurang-kurangnya 30 kilogram dan mampu pergi sejauh 13 kilometer.

 

Manakala bulu llama pula sangat berharga bagi warga Amerika Selatan, terutamanya rakyat pada era Empayar Inca (1438 – 1533). Bulu llama begitu penting bagi haiwan itu kerana dapat memerangkap haba untuk panaskan badan apabila berada di ketinggian 4,000 meter dari paras laut yang begitu sejuk.

 

 

Bagi para kerabat diraja Inca, bulu llama ialah ‘kot emas’ yang perlu didapati melalui upacara yang suci. Pertama sekali, sekumpulan llama dikumpulkan dan seterusnya memulakan upacara Chaccu iaitu upacara mencukur bulu llama.

 

Selesai mencukur bulu llama, kumpulan llama itu dilepaskan. Bulu llama itu dijahit sebagai pakaian untuk mereka. Manakala daging llama juga dimanfaatkan sebagai sumber makanan orang Inca.

 

Kerana llama, populasi orang Inca meningkat dan empayar semakin berkuasa. Sebab inilah ramai para penternak memuja llama sehingga lahirnya dewa penternakan bernama Urcuchillay yang berupa llama jantan. Pengebumian orang Inca pula biasanya sertakan dengan patung llama sebagai simbol pemberian untuk masuk ke alam sana.

 

Setelah ketibaan para penjajah Sepanyol, mereka mengetahui betapa bernilainya haiwan llama ini, sehingga ia diburu secara besar-besaran. Akhirnya populasi llama berkurang begitu cepat kerana eksploitasi bulu llama oleh penjajah ini.

 

Pada tahun 1960-an, populasi llama hanya berjumlah 6,000 ekor saja. Kerajaan Peru kemudian mengharamkan pemburuan llama besar-besaran bagi memuliharakan unta gunung ini.

 

Tambahan lagi, Kerajaan Peru mewujudkan sebuah rizab khas berkeluasan 40 batu persegi bernama Pampas Galeras di Ayacucho, untuk menempatkan populasi llama ini. Rakyat Peru pula diberikan kebenaran untuk melindungi haiwan comel ini.

 

Upacara Chaccu pula masih diteruskan oleh rakyat yang menetap di kawasan pedalaman, sekaligus sebagai tarikan pelancong untuk mengenali llama lebih dekat. Bulu llama juga masih digunakan tapi secara terkawal kerana bulu ini membantu ekonomi negara Peru.

 

Seekor llama mampu hasilkan bulu seberat 500 gram dan hanya dicukur dalam 2 tahun sekali. Sekilo Sekilo bulu llama boleh sekitar mencecah $399 dan $600 sekiranya dijual di pasaran. Jadi, sebanyak 4 tan bulu dieksport ke luar negara setiap tahun.

 

Bulu llama begitu mahal kerana ia ringan berbanding kain bulu lain dan tidak mencetuskan sebarang alahan bulu. Jadi, tak hairanlah kenapa orang Inca dulu panggil bulu llama sebagai ‘kot emas’!

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply